Khamis, Oktober 29, 2009

MY DAY!!!!!

HARI NI 29.10.2009. HARI NI GENAP 35 TAHUN SAYA DI LAHIRKAN. SYUKUR ALHAMDULLILAH ATAS LIMPAH KURNIANYA..

TIMA KASIH BUAT MAK YANG TELAH MELAHIRKAN SAYA, YANG DAH BERJAYA MENDIDIK & MEMBESARKAN SAYA SEHINGGA KINI.

TIMA KASIH UNTUK HUBBY YANG SENTIASA MELINDUNGI & MENJAGA SEGALA KEBAJIKAN SAYA, YANG SUDI MENJADI SAHABAT & TEMAN YANG PALING MEMAHAMI DIRI SAYA.

TIMA KASIH UNTUK ANAK2 SAYA, AIMAN..AFIQ..IZZATI..KEHADIRAN KALIAN BERTIGA AMAT2 BERMAKNA DALAM HIDUP IBU

TIMA KASIH UNTUK KAKAK, ABANG & ADIK2 YANG TAK JEMU2 MENCURAHKAN KASIH SAYANG BUAT DIRI SAYA.

TIMA KASIH UNTUK KAWAN2 & SAHABAT2 YANG SUDI MENGINGATI HARI INI. TIMA KASIH UNTUK UCAPAN & DOA2 ANDA SEMUA...

SAYA SAYANG ANDA SEMUA!!!


SELAMAT HARI LAHIR!!!!



ps: opss!!!kenapa tiba2 saya rasa macam berada d atas pentas yang d bawahnya dihuni oleh ribuan manusia????....award apakah yang dah saya menangi???


Isnin, Oktober 26, 2009

Minggu D Melaka...

Rasa macam nak tulis 'sumthing'...tapi tak tau apa yang nak di tulis. 2009 dah semakin ke penghujung, banyak perkara yang masih lagi tak berjaya di capai seperti yang diazamkan. Kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan DIA yang satu.

Sabtu lepas kami ke Seremban menghadiri kenduri kawin adik kawan hb. Dari Seremban kami terus ke Melaka. Susahlah pulak nak cari hotel kali ni, semua yang penuh. Entah apa xtvt yang berlangsung tapi yang nyata hotel semua full.

Keluar je tol Air Keroh terus ke Jasin, ke Hotel Sri Impian..penuh!!!! Dari Jasin pusing balik ke Mitc, try tanya hotel kat sekitar tu...pun penuh jugak....eeeiiiii...nasib je mak saya tak ada kat rumah, kalau tak memang lepas gi kebun memang balik kampunglah gamaknya...

Kalaulah saya tak berbaju kurung memang dah berkhemah kat kebun, tapi mengenangkan kami ni semua shantek2 makanya haruslah cari port untuk tukar baju yang sesuai. At last kami terpaksalah menerima ketentuanNYA...bermalam di hotel yang sama sebelum ni. Hotel ni sangatlah masalah...paling tak tahan bab lampu...memang murah RM 88 je tapi tulah..lampu satu je..itu pun lampu yang jenis disko warna kuning...bantal pulak kalau susun 4 bijik pun sama je tinggi dengan satu bantal yang besaiz normal. u olls pahamlah sendiri ya.

Lepas dah tukar uniform, barulah kami berangkat ke kebun...Seronoknya tengok buah2 mangga yang bergayut-gayutan, makanya xtvt balut membalut pun bermulalah. Aiman, Afiq & Izzati dengan xtvt masing2...sibuk menangkap ikan...saya & hb lah yang duk pulun membalut buah2 tu...

Setengah jam lagi nak masuk Maghrib barulah kami balik. Kalau ikut2kan hati memang nak berlama2 lagi kat kebun...seronok...aman & damai je...dengan angin sepoi2...

Malam lepas dinner semua 'pengsan'. mula2 ingatkan nak gi ronda2 kat bandar Melaka tapi hb tak berani takut nanti sesat kemana pulak...sebab jauh jugaklah dari Jasin ke bandar Melaka dalam 25km.

Pagi, lepas check out terus ke Mydin Melaka..shopping barang2 dapur....hahaha...punyalah jauh bershoppingkan..tapi seronok tau bershopping kat Mydin ni...selain daripada harga murah, orang pun tak ramai mana...memang selesa gilers lah...

Dari Mydin kami terus balik KL, singgah lunch kat Hentian Air Keroh. Sampai KL dalam pukul 3....

Selasa, Oktober 20, 2009

KURUS vs GUMUK !!!!!

Tajuk cam gempak je kan.....tapi itew lah masalah saya buat masa sekarang ni...GUMUK!!

Betul ke saya dah GUMUK???

YA!! Betul jawapannya. Selama bersara ni, dah nak masuk setahun setengah, saya dah berjaya meng GUMUK kan badan saya yang dulu SLIM me LIM.

Kalau time keje dulu berat maintain je 50kg - 53kg tapi sekarang ni 2 kg lagi je nak cecah 60kg, sangatlah ter LAMPAU. Nasib baik jugaklah saya tergolong dalam kategori makhluk Allah yang tinggi. 162cm...kalau tak...lu pikirlah sendiri!!!!

Apakah yang harus saya buat???? DIET ter LAMPAU??? Tak sanggup rasanya nak DIET ni. Bukan apa...saya ni dahlah salah seorang pesakit GASTRIK, kang tak pasal2 dapat pulak penyakit lain.

Sebulan puasa hari tu, macam tak ada perubahan, lagi naik adalah...dan time raya pulak, ramainya yang bersuara tentang reka bentuk tubuhku..

Stok kebaya yang dalam almari, memang dah tak muat. Memang kena simpan je tu...

Buat masa sekarang ni, saya cuma control makan jelah...kalau dulu makan tak hingat dunia. Apa ada, semua nak belasah, tapi sekarang ke ingat dunialah...

Nak gi buat treatment kat SLIM WORLD tak mampu. Rasanya duit yang ada tu, baiklah di gunakan ke jalan yang BETUL...bukanlah saya kata yang SLIM WORLD tu tak betul, tapi kalau ada takat 5 - 10 ribu je...jangan kau mimpilah...

Ofismate saya dulu ada buat treatment kat SLIM WORLD ni...kalau tak silap, dia kata dekat 30 ribu jugak habisnya, mungkin lagi lebih kot sebab time saya berhenti tu dia masih tak SLIM lagi.

Awal tahun ni saya tengok posing dia kat FACEBOOK, mak aiiiii!!!! MENGANCAM... macam tak percaya je...lagi SLIM dari zaman anak dara dulu... memang TABIK SPRING lah kat dia. Akceli ofismate saya ni saiz besar tau, memang stok pakai jubah je, itu pun pakai jubah yang jenis pakai sudut ke sudut tapi sekarang macam2 fesyen dia bergaya.

Tapi yalah kan, itu cerita orang yang banyak duit, macam kita yang tak mampu ni kena lah pikir sendiri cara apa yang patut..

Turun brat badan shgga 5kg dlm 10 hari shj!trial pek 10 biji(utk 10 hari) hnya brhrga RM 30.hnya 10hr pun anda dah blh nmpk kesan YG MENAKJUBKan mklumat lanjut hubungi saya di mail
Nak Slim? Try SIY dapatkan harga promosi

Macam tau2 je saya ni dah GUMUK...2 msg ni saya copy dari tagboard saya. Nak makan pil KURUS??? Rasanya buat masa sekarang ni saya tak perlukan lagi ubat2an yang nak menguruskan badan ni. Bukan tak percaya, cuma ada rasa TAKUT & NGERI pulak.

Biarlah saya guna cara ORIGINAL. Kurangkan makan nasi, banyakkan minum air putih, buah2an dan sayur2an...insyaallah DIET ORIGINAL ni akan BERJAYA. Cuma kena ada DISPLIN yang amat TINGGI lah kan...kalau tak ada DISPLIN pun tak menjadi jugak...

Isnin, Oktober 19, 2009

Tajuk Apa Yang Patut D Tulis...ENTAH!!!

Hari ni budak2 still CUTI sempena Deepavali, so...seperti biasa bila budak2 bercuti, rumah ni akan bertambah gamat dengan gaduh2 ganaz antara Afiq & Izzati...

Hubby pulak terlebih2 bz sekarang ni. Ada event yang nak d uruskan. Akceli dari last week lagi hubby bz. kalau tidak memang hari ni kita orang akan keluar jalan2.

Semalam pun terpaksa kejer, so kita orang yang dah boring giler duk umah ni, ngikutlah sekali. Kami ke Bangi, tempat d mana event tu akan berlangsung. Nasiblah tak lama mana....

Lepas ke Bangi, kami ke Putrajaya, tempat fav. kitaorang kalau ada masa di hujung minggu. Tapi semenjak hubby sibuk dengan ladang d Melaka, jarang giler dah ke Putrajaya ni. Saya suka jalan2 kat Putrajaya ni dari berjalan sekitar KL. Aman-damai & nyaman je...Orang pun tak berapa ramai, tak sesak macam kat KL.

Tempat yang biasa pergi mestilah Alamanda, dan kedai yang WAJIB masuk mestilah MPH. Walaupun tak membeli tapi mesti nak masuk jugak. Banyak ek novel yang keluar sekarang ni, macam cendawan tumbuh, ramai penulis baru...

Akceli saya nak cari buku untuk mengait benang, entah kenapa sekarang ni macam ter gilers pulak ngan xtvt kait mengait ni. Ni semua sebab tengok gambar2 posting si PJAN. Cantik & sangat2 cute segala bagai baby booties yang dia buat.

Kagum betullah saya dengan si PJAN ni. Buat JAHIT MANIK pandai, KAIT MENGAIT pandai, MASAK MEMASAK pandai, SULAM REBEN pandai...nasiblah dia ni nun jauh d utara..kalaulah duk dekat2 area KL ni, rasanya memang tiap2 ari gi menuntut ilmu ngan dia.

Nak masak apa ek hari ni???? Kalau bab2 masak memasak ni saya memang2 lah lemah. Tak tau nak fikir menu apa dah. Baru setahun setengah jadi suri rumah, orang yang dah bertahun2 duk umah tu lagi lah pulakkan...

Rasanya macam nak masak nasi ayam, tapi bahan2 tak bape nak cukup plak...hhmmm...

Jumaat, Oktober 16, 2009

SALAM AIDILFITRI

Lama betul blog ni bersawang. Dari awal Ramadhan sampai nak ke penghujung Syawal. Apa2 pun di kesempatan ini, yang tinggal beberapa hari saja ni, saya nak ucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua pengunjung setia blog ni.

AMPUN & MAAF jika ada terkasar bahasa, tersalah laku dan perbuatan sepanjang saya ber blog ni...

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Khamis, Ogos 20, 2009

Salam Ramadhan...

Assalammualaikum wbt....

Lama tak update apa2 n3 kat sini. Entah! Terasa macam malas nak menaip sebenarnya. Kisah yang nak di hikayatkan memang banyak, tapi.....eeeiiiiii virus M. Erk! Setahun, entah bape kali kena serang arr saya ni kan....

Sekarang ni saya bz dengan keje silang pangkah aka cross stitch. Tekun & gigih mengusahakan. Nanti saya buat tayangan perdana kat sini.

Hari ni 29 syaaban, bersamaan hari melihat anak bulan ramadhan. Cuaca cerah semacam je, tak ada tanda2 hari nak hujan, agaknya anak bulan nampak ke tak? Kalau anak bulan nampak, esok seluruh umat Islam akan menunaikan salah satu daripada lima rukun Islam dan malam ni akan bermulalah sembahyang sunat Terawih.

Kalau dulu, time saya kecik2 umur dalam 8, 9 tahun tiap kali bila Penyimpan Mohor Besar Raja2 ( <--- betul ke ni ) buat pengumuman tarikh bermulanya Ramadhan & Syawal mesti dalam hati berdebar2, puasa ke tidak, raya ke tidak, tapi sekarang ni tak lagi dah. Tarikh 1 Ramadhan & 1 Syawal bole dikatakan dah diketahui sejak awal2 tahun lagi. Kalau dalam kalendar kuda tu siap dah tayang gambar kartun pakai baju raya. Macam tak surprise je kan.

Okeylah, sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf, zahir dan batin pada semua kakak2, abang2, adik2 & kawan2 yang menjadi pengunjung blog saya ni.

Semoga Ramadhan kali ini tidak menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Waallahualam...



** credit utk tuan hj arshad blog utk gambar ni. terima kasih.

Jumaat, Julai 31, 2009

Tazkirah - Nifsu Syaaban



Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hbsya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepadaAllah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati didalam iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (adadidalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x4. Berpuasa pada siangnya. Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki1
1. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun kelangit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Isnin, Julai 20, 2009

Jabatan Pergigian Institut Pediatrik Hospital Besar Kuala Lumpur

Sikit punya panjang tajuk kat atas tu. Apa ada dengan tajuk tu?

Pagi tadi dalam pukul 10.30 ada temujanji dengan doktor gigi di HKL. Bukan temujanji saya ya...temujanji untuk Aiman.

Temujanji ni sepatutnya bulan Februari ari tu, tapi saya dah lupa call derang untuk set date yang sesuai..kihkihkih..tapi yang sebenar2nya..kad temujanji tu dah hilang. Gelabah jugak mencarinya, biasalahkan...kad tu kecik, pastu main sesuka hati letak. Sib baik jumpa balik, kalau tak makin haru...

Sampai HKL tadi dalam pukul 10.00 pagi. Hb tunggu dalam kete aje..sebab HKL sekarang very the susah nak parking. Kalau dapat parking pun sure berbatu jauhnya. Nak pegi Institut Pediatrik tapi kena parking kat Wad Bersalin...u olls bayangkanlah bape jauh nak catwalk. Mau tercabut tumit kasut..

Orang tak lah ramai sangat, sebab yang datang semua yang ada temujanji aje. Dalam pukul 10.30 Aiman dah masuk kat dalam bilik rawatan. Saya tunggu kat luar aje..malas pulak nak masuk..

Dalam lima minit lepas tu, doktor keluar jumpa saya. Doktor tu kata, dia perlu cuci gigi Aiman, tapi Aiman kena makan antibiotik dulu dan lepas tu kena tunggu dalam 1 jam baru bole buat.

Mula2 doktor tu suruh buat temujanji baru. Alamak!!!! Saya malas lah pulak nak datang dua tiga kali. Akceli bulan depan Aiman memang ada satu lagi temujanji dengan doktor jantung, tapi date yang untuk cek jantung tu, doktor gigi tu pulak cuti...

Lepas discuss dua tiga minit, saya suruh je doktor tu buat hari ni. Saya terus call hb, suruh tunggu lagi satu jam, nasib baik hb tak banyak sangat keje hari ni.

8 biji antibiotik Aiman kena telan, nasib baiklah ubat tu comel2 je...kalau besar gedabak, mau tercekik. Lepas makan kenalah tunggu pulak 1 jam...bershenta betul saya menunggunya, kalau buat silang pangkah banyak jugak siapnya...

Oh! Ya...mesti u olls tertanya2, nape Aiman perlu telan antibiotik bagaikan. Padahal nak cuci gigi aje...

Akceli Aiman ada masalah jantung sejak kecik lagi. Saluran jantung ke paru2 bocor & sempit. Doktor dapat tau masa umur Aiman 5 bulan, dan sejak itulah setiap tahun Aiman akan buat check-up dekat HKL.

Buat masa sekarang ni, Aiman tak perlu makan apa2 ubat untuk jantung, dan tak ada masalah untuk dia xtive dalam apa2 xtvt, cuma kalau dia tak sihat, dan jumpa doktor saya kena bagitau doktorlah masalah dia.

Dan untuk rawatan gigi, memang dia perlu buat rawatan di HKL.

So, berbalik pada criter tadi, lepas 1 jam dalam pukul 11.30 Aiman d panggil masuk. Sebelum tu Aiman dah suruh saya masuk sekali, makanya saya pun masuklah sekali dalam bilik rawatan tu.

Masa doktor tu cuci gigi Aiman, saya pulak yang terangkat2 kaki kat situ...ngilu betullah.. Aduhaiiii....saya kalau berkaitan dengan gigi ni memang ngerilah...

Lepas 20 minit semuanya selesai. Ambik temujanji baru (08.10.09) minta MC untuk Aiman, kami pun balik. Nasib baik jalan tak jam...sampai rumah pukul 12.15. Kelang kelibut saya masak nasi, selalunya kalau time2 macam ni, saya dah bersenang2, semua keje dah beres.

Bulan depan, sekali lagi saya kena berkunjung ke Institut Pediatrik HKL, tapi kali ni, ni bahagian jantung...ni lagilah lama kena tunggu, orang tak ramai tapi setiap sorang tu amik masa hampir 1 jam jugak nak settlekan rawatan.

Jumaat, Julai 17, 2009

Tazkirah - Untuk Wanita2 (Tabiat Bawa Kita Ke Neraka)


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1 :

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.

Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 :

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,

"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar: a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.

Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita.

Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Rabu, Julai 15, 2009

A Lovely & A Best Blog Award

Lama dah dapat award ni...tapi tak buat jugak. Memandangkan hari ni tak ada n3, maka dengan rajinnya saya buat. Award ni dari Edrina. Thank you soooo muchhhh Ed.





Rules:

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

a. Nino

b. Norish

c. Kak Jelly

d. Raihanna

e. Adrianna

f. wan amalyn

cukup lah tu, saya tak bole nak fikir ni....atau sape2 yang sudi menerima, amat2 dialu2kan...