Alhamdullilah saya dah sihat dah...tapiiiiiiii...afiq & zati plak amik alih...akceli afiq last week lagi dah demam, time kat pwtc ari sabtu...tapi sibuk jugak nak ngikut ke sana. Saya pulak start rasa demam, ari last kat pwtc...kuat kan semangat jugak...kalau bole MC time tu memang gi amik MC jer..
Tengahari tadi baru balik klinik, hantar afiq...teruk sangat demam dia...panas giler badan dia...ni zati plak dah start panas badan, mula-mula tadi dia saje je kelengtong sebab tak nak gi sekolah, tapi bila rasa betul2, memang panas sikit badan dia.
Maybe tak cukup rehat & tido...badan saya rasa tak larat sangat di tambah dengan hidung tersumbat lagi mengharu birukan keadaan...
Nasib baik 10 ari je...kalau sebulan tak tau nak kata apa...penat tak usah nak kata.. pagi keluar umah dalam pukul 8.30 pagi. Balik pulak dalam pukul 10.00 malam.. sampai umah bukan bole terus tido...kemas itu ini sikit-sikit bagi mata tak sakitkan...tido dalam pukul 12 malam...pagi pukul 6 dah bangun kena iron baju budak2 nak ke sekolah...adoiii aiii sangat-sangat stress...
Dua ari saya demam...saya belasah tido...tido...tido...sampai hb naik pelik dia kata.. dia gi keje saya tido, dia balik keje pun saya tido...entah bila masa saya makan pun dia tak tau...hahaha...penangan pesta buku ni...rasa tak sanggup plak nak buat lagi tahun depan...tapi agreement dah sign...
Walaupun saya demam, tapi selera makan saya tak kurang, tak macam demam-demam saya sebelum ni, memang tak lalu makan. Kuat jer saya makan, agaknya tu sebab saya tak teruk sangat...
Masuk ari ke tiga saya tak bole tahan tengok keadaan umah yang dah macam tongkang pecah, walaupun badan & paler rasa macam di awang-awangan saya gagahkan diri jugak wat kejer2 pembersihan...u olls bayangkan 10 hari tak berkemas...habuk ada di sana sini...
Agaknya bila peluh dah keluar, badan rasa sihat jer....ni pun akceli tak abis lagi mengemas ni, dalam bilik macam-macam kazanah nak kena kemaskan...maklum je lah budak-budak ni, bila kita tinggalkan, derang pun main campak-campak jerrr...
Akceli malas nak wat n3 ari ni, tapi bila masuk blog, banyaklah msg2 dari keng kawan semua....rindu pulak rasanya....
Criter pesta buku nanti saya update...tak sempat nak upload gambar lagi...banyak benda nak di hikayatkan ni....kisah-kisah suka duka di sana...
Khamis, April 30, 2009
^ - ^
Posted by ina @ nina @ infazety at 4:00 PTG 0 sentuhan jemari
Selasa, April 28, 2009
Jumaat, April 24, 2009
Tazkirah - Petua Untuk Murah Rezeki & Dijauhkan Kesulitan
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki.Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Posted by ina @ nina @ infazety at 8:00 PG 3 sentuhan jemari
Labels: Tazkirah
Isnin, April 20, 2009
Penat + Suka + Letih + Gembira
Hai....pesta buku sudah 4 hari berlalu...penat tak usah nak kata...rasa tak cukup oksigen...yang saya pasti berat badan mesti akan turun 2, 3 kg...
Tapi dalam penat-penat + letih-letih....gembira tak terkata, bila berpeluang berkampung di pwtc selama seminggu, saat yang di tunggu-tunggu oleh orang yang macam saya ni "ulat buku"..
Banyak benda nak cerita, tapi simpanlah cerita ni dulu....ni pun dapat masuk sekejap jenguk blog, dah pukul 12 tengah malam, esok pukul 6 pagi nak bangun, baju budak2 tak iron lagi....
Tolong! Tolong! Tolong!......
Posted by ina @ nina @ infazety at 11:54 PTG 7 sentuhan jemari
Labels: Pesta Buku 2009
Jumaat, April 17, 2009
Tazkirah - 10 Amalan Yang Terbalik
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.
Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah . Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara , kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir,maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalaunanak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja . Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke>masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manus begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.>>>>10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,>bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan>yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias >untuk>orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga >kurang>bahagia
Posted by ina @ nina @ infazety at 8:00 PG 2 sentuhan jemari
Labels: Tazkirah
Khamis, April 16, 2009
Pesta Buku 2009
Posted by ina @ nina @ infazety at 2:00 PTG 0 sentuhan jemari
Labels: Pesta Buku 2009
Rabu, April 15, 2009
Hari Minggu d Melaka
Note : Panjangnya n3 kali ni & banyak sangat pic...layan..
Last week, kami ke melaka. Akceli ari sabtu tu aiman, afiq & izzati sekolah ganti untuk hari raya, tapi sorang pun tak pegi..alasan...nanti kena tinggal ngan ayah...
Kami dari KL dalam pukul 11.30 pagi. Singgah makan kat highway dulu..
saya harus ada temankan..inilah teman saya...tak abis lagi baca..
lepas makan, terus tido. nape tau dia tido cm tu...sebab dia pakai hair clip baru..
Kami stay kat hotel ni...seri warisan resort, betul2 sebelah mini malaysia. akceli kawan hb booked chalet 3 bilik (kami pegi 4 kete), tapiiiii....chalet tu sungguh tak selamat. Belakang chalet tu hutan, punyalah banyak beruk...kami masuk chalet, tak sempat tutup pintu, beruk2 tu dah serbu....fuuhhhhhh!!!! sungguh ngeri...
last, hb suh tukar...kami duk bilik ni...okeylah untuk kami anak beranak. rm 177 semalam siap b'fast untuk 2 orang.
kawan sejati ni...
playground
inilah tujuan sebenar kami ke melaka. selain sign agreement, melihat perkembangan penanaman serai. ada 15 ekar semuanya..hhmmmm...zaman kegawatan eko. ni kenalah pikir pendapatan sampingan...
nilah pemegang2 saham serai tu...
dah hampir 80% siap. tinggal untuk dibakar aje..insyaallah awal bulan depan dah bole tanam.
izzati & miza...member kamcing ni...orang sibuk tengok tanah, dia dua orang sibuk main tanah.
macam mengidam tau saya ni...lama dah saya cari benda ni, sampai melaka baru jumpa..sedap...keropok ubi...
mandi kolam...besar kolam hotel ni....
Malam kami makan kat umbai, medan ikan bakar...orang ramai gilersss & makanan sangatlah sedap, hingga menjilat pinggan...atas tu...ketam yang dah tinggal kulit...mabeles..
seeeee....tinggal pinggan jerrr...ketam, udang, ikan kerapu, ikan pari & otak2..rega pun taklah mahal, 11 orang makan dalam 200 ++..
2 orang ni, memang tak makan...derang dah belasah dadih sorang 2 gelas...dadih kelapa muda amat2 mabeles...
hantu seafood ni...punyalah banyak dia belasah...abis kaki tangan ketam dia gigit...
Lepas check out, kita orang gi makan kat restoran ni...restoran nasi kandar subaidah. saya tak makan sebab time b'fast dah belasah banyak..pewot penuh lagi...
hb makan ni...ayam tu sangat mabeles...semua mabeles kan...ayoooo...
kari kepala ikan...ini lagilah mabeles...
zati & miza share maggi goreng...laju je derang makan..
ada auto show kat depan restoran tu...apa eh nama tempat tu...kalau tak silap depan MTDC ke..aiman & afiq sibuk nak tengok, tapi no..no..no..banyak lagi agenda nak kena buat ni..
Lepas makan, we olls ke rumah abang kamal, dia nilah yang menguruskan penanaman serai tu, kira macam 'kepala' lah. kami dijamu dengan mangga muda, hhmmm...sangat sodap..sampaikan dengan tak malunya kami sendiri yang kait buah2 tu untuk bawak balik...tu keje hb ngan kawan dia. Tapi serius...sangat sodap..makan cicah ngan kicap + gula....fuhhhh!!! tapi saya lupa nak snap lah....
kami bertolak dari melaka dalam pukul 2.30..sepanjang jalan hujan turun dengan lebatnya..tapi sampai kat rembau hujan tiba-tiba berhenti..
kebetulan time kami sampai tu, ikan2 keli ni sedang diberi makan...fuhhhh!!! sungguh kureng sopan..abis baju2 kami kena air...ikan ni betul2 kelaparan..berebut2..tu yang air abis percik kat kita org.
gaya seorang petani...hehe..hb tengah berusaha tangkap ikan tu...kita orang nak bawak balik sikit. lama dah tak makan keli...
dapat pun...
ada 10 kolam...satu kolam 10,000 ekor anak ikan, tapi tak semua yang hidup, adalah dalam 2, 3 ratus jugak yang mati...
Posted by ina @ nina @ infazety at 3:30 PTG 0 sentuhan jemari
Ahad, April 12, 2009
Pesta Buku - Jom Cuci Mata - Part 3
t-shirt muslimah...ada macam2 color & corak. T-shirt ni labuh tau. Saya upload yang ada setakat ini aje. Kalau ada yang baru, insyaallah akan ditayangkan jugak..
biru
Harga : RM 35.00 sehelai
t-shir berkolar & logo KLIBF - hijau
biru gelap
biru laut
Harga : RM 35 sehelai
Harga tertakluk pada perubahan.
Posted by ina @ nina @ infazety at 2:00 PTG 0 sentuhan jemari
Labels: Pesta Buku 2009
Sabtu, April 11, 2009
Pesta Buku - Jom Cuci Mata - Part 2
Posted by ina @ nina @ infazety at 2:00 PTG 0 sentuhan jemari
Labels: Pesta Buku 2009
Jumaat, April 10, 2009
Pesta Buku - Jom Cuci Mata - Part 1
Okey u ollsss...ari ni saya nak wat tayangan perdana, barang-barang yang akan ada di booth jualan nanti...cuci-cuci mata dulu ya..banyak lagi barangnya tapi setakat ni, ini yang sampai dulu...akan saya update dari masa ke semasa...
t-shirt untuk kanak-kanak & dewasa
Posted by ina @ nina @ infazety at 2:00 PTG 2 sentuhan jemari
Labels: Pesta Buku 2009