Sabtu, April 04, 2009

Novel Terbaru

Tahniah buat Kak Sue dan Jid...
Sukeee tengok cover novel-novel ni.
Novel-novel ni semua bole didapati di Pesta Buku ya..
Booth jemari seni & pts..



Berapa orang ada pulau kecil yang indah nian, lagi terpencil? Di mana ada unggas-unggas berterbangan, arnab-arnab berlari-lari atas rumput yang menghijau, ikan-ikan yang berwarna-warni berenang dalam sungai...

Ashraf memilikinya! Hadiah daripada arwah ibu. Ashraf membenarkan Umar dan adik-adiknya, Nurin, Wafi, dan Wafa bersembunyi di pulau itu. Anak-anak Mejar Azim itu nekad melarikan diri kerana sudah tidak tahan didera, Usu Tija. Lebih malang lagi, ayah Ashraf hilang di laut, sementara sepupunya, Adnin ada sebab tersendiri untuk melarikan diri juga. Ternyata, mereka berenam telah mengalami detik-detik menyeronokkan di pulau indah itu.

Jomlah, sama-sama ikut mereka ke Pulau Harapan! Tetapi, ketenangan itu tidak lama. Ada penyeludup dan ‘pemusnah alam’ dari Pulau Tiga yang sedang bermaharajalela! Bagaimana kita boleh menolong Ashraf dan kawan-kawannya di Pulau Harapan?

Harga: RM13.00

Nabil dan Nurdini seronok sangat apabila dapat berkenalan dengan Luthfil dan Dania. Mulanya, anak-anak pengurus yang baharu itu tidak suka berpindah ke Ladang Seri Taming. Bagaimanapun apabila mereka menubuhkan Kelab Sarjana, keadaan berubah. Pada awalnya, mereka sekadar menyiasat apa sahaja kejadian pelik di ladang itu.

Kadang-kadang, sekadar misteri yang remeh-temeh sahaja. Selalu-selalunya, aktiviti mereka menjadi sukar kerana sering kali diganggu oleh si kembar Intan-Adib yang nakal! Kemudiannya, apabila anak saudara Inspektor Hilmi juga diterima menjadi ahli Kelab Sarjana, mereka telah terjerumus dalam misteri rumah usang yang aneh. Bagaimana dan mengapa rumah itu aneh?

Semuanya akan terjawab dalam siri pertama – Kelab Sarjana: Misteri Rumah Asap di Ladang Seri Taming.

Harga: RM12.00





Fitri, Deena dan Azam mengikut Profesor Aqbal ke Gua Cha, Kelantan. Bapa mereka sedang menjalankan kajian antropologi di situ. Doktor Daniel, kurator muzium dari Australia juga membawa anak-anaknya, Faris dan Johana ke sana. Lalu untuk menghilang rasa bosan menunggu bapa mereka bekerja, si anak memilih untuk masuk ke pinggir Taman Negara. Dengan pertolongan Pak Darus dan Pedik si anak orang asli, mereka berjaya menjejaki pinggir taman itu.

Namun bahaya tetap menanti. Ketika sedang mencari tempat jatuhnya meteor, Faris telah ditawan oleh pemburu-pemburu haram. Manakala Pak Darus pula dipatuk ular. Lalu, siapakah yang boleh diharap pada saat-saat genting ini? Azam si cilik yang montel ataupun Johana si cantik yang suka berangan-agan menjadi peragawati?
Pada waktu yang sama, artifak dari Gua Cha pula hilang! Siapa pula yang mencurinya? Apa yang harus mereka lakukan?
Harga: RM12.00




Kenapa berangan? Bukankah berangan itu hanya membuang masa?Tapi berangan juga boleh bertukar menjadi bercita-cita dan berimpian. Jangan berangan kosong. Dari angan-angan boleh bertukar jadi azam. Dengan keazaman yang kuat pasti kejayaan akan menjadi milik kita.Ingat, Allah makbulkan apa yang kita fikirkan!Jadi, hati-hati bila hendak berfikir sesuatu.Hati-hati bila nak berkata sesuatu.Hati-hati bila nak bermain dengan hati

p/s : Jid, bape rega novel ni? Puas dah akak cari tapi tak jupe..

2 sentuhan jemari:

nino mok berkata...

wah ina ni sangat2 lah akak teruja nak stat baca novel. harus petang nanti akak terjah kedai buku.

nway tq so much sebab banyak entri pasal novel. sikit sebanyak ina telah membuka laluan pada akak utk berjinak2 semula ngan novel..

k, selamat berhujung minggu..daaa

ina @ nina @ infazety berkata...

kak nestum....
best tau baca novel ni..(ayat beli jiwa), bole release mcm2 lah...haha..

jom kak...klu nk beli novel murah, next week bole turun pwtc...ada book fair, sambil2 tu bole kita jupe...hahaha..