Sabtu, Jun 06, 2009

Pukul 3 Pagi...

Tak bole tido lah pulak...dah pukul 3.30 pagi ni...kat rumah ni senyap & sunyi je cuma yang bole dengar jam yang berdetik setiap saat.

Malam tadi (Jumaat malam) cousin saya datang. Dia datang dengan husban, anak2 & mak dia. Akceli sebelah siang tadi, abang saya call, kata nak datang bawa anak2 jalan, tapi tunggu punya tunggu tak datang2.

Nasib baik saya tak siapkan makanan apa2, kalau tak maunya kenduri pulak saya. Saya call dia belah petang, ya lah kan kot2 ada apa2 jadi ke, risau jugak, rupa2nya dia dah on da way balik. Dah tak larat, pening paler, bawa anak2 beli baju RAYA kat sogo.

Cousin saya datang dalam pukul 8.30 malam, saya hidangkan keropok goreng, nugget dan satu lagi, entah apa, kategori nugget jugak produk Iwani yang frozen food tu...hb beli masa gi pameran SMEDEC kat KLCC...sedap jugaklah produk Iwani ni..

Lama tak jumpa, selalu main call je...sekali jumpa...sembang punyalah lama, sampai pukul 11.30 baru dia balik...

Lepas dia balik tadi, saya kemas2 semua. pastu terus baring depan tv, tak ada cite yang bestlah.. lepas hb & anak2 tido saya bukak laptop ni...godek sikit2, tambah mana yang patut. Nak ngadap novel, tak bole dah, rasa nak muntah pulak....kesian novel yang satu lagi tu, half way je saya baca, entah bila nak sambung...sikit2 lah...nak buat macam mana...aura membaca dah abis..

Nak start buat cross stitch pun entah bila, asyik tertangguh je....next week mak saya datang, duduk dua tiga hari, lepas tu dia gi rumah kakak pulak...cuti sekolahkan...

Dah dekat pukul 4.00 pagi ni...mata tak ada rasa nak tido pun...pada hal siang tadi tak tido sikit pun.....penyakit lama dah datang balik ni...insomnia..

So, apa yang bole saya buat ialah......jalan2 gi blog keng kawan....zzzaaaassssss!!!!

0 sentuhan jemari: