Apa pulak nak tulis hari ni. Kalau nak jadi blogger yang tegar 'wajib' ada n3 setiap hari. Betul ke, macam tu? Kalau betul, senang je kan.. taip dua tiga baris, posting, dapat satu n3. Esok, lusa, tulat, mulat dan seterusnya...maka jadilah seorang blogger tegar.
Tapi berapa ramai yang bole buat posting setiap hari? Saya tabik spring pada blogger2 yang sentiasa tak kering n3. Bukan senang setiap hari nak duduk depan pc/laptop menaip kisah2 yang berlaku dalam diri kita kan....
Saya ni pulak...bermusim orangnyer...kalau tiba aura rajin tu, bukan takat tiap2 hari ada n3, selang sejam pun bole buat, cuma...ada ke orang nak baca, kalau dah setiap jam ada posting baru? Nanti d chop giler menghoyan pulakkan...haha...
Tapi bila tiba musim virus M menyerang, satu apa pun tak menjadi. Bukan takat n3 je tak ada, nak jawab msg kat shoutbox pun tak lalu.
Haiiii...apalah yang saya merapu pagi2 buta ni kan..itulah time tido, tak mau tido...inilah jadinya...n3 merapu..
Akceli, saya tengah tunggu sumthing. Aiman download games, punyalah lama...dari pukul 9 tadi, sampai sekarang..dah pukul 1, tak jugak settle. Nak tutup, kesian pulak...dah nak abis, dah 90%.
Dalam pukul 9.30 malam tadi (khamis), saya pergi melawat orang baru balik dari umrah. Guru mengaji budak2 ni kat rumah lama dulu. Dia baru balik hari selasa. Seronok dengar dia cerita kisah di sana. Rindu dengan tanah haram. Teringat pengalaman saya ketika di sana dulu.
Pagi esok, kami sekeluarga akan ke Melaka, biasalah xtvt hujung minggu. Kali ni nak over nite kat sana..kesian pulak kat budak2, cuti sekolah tak pegi mana2.
Jumaat, Jun 12, 2009
Susahnya Nak Fikir Title
Posted by ina @ nina @ infazety at 1:10 PG
Labels: Jalan-Jalan, Weekday
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 sentuhan jemari:
Catat Ulasan