Khamis, Ogos 20, 2009

Salam Ramadhan...

Assalammualaikum wbt....

Lama tak update apa2 n3 kat sini. Entah! Terasa macam malas nak menaip sebenarnya. Kisah yang nak di hikayatkan memang banyak, tapi.....eeeiiiiii virus M. Erk! Setahun, entah bape kali kena serang arr saya ni kan....

Sekarang ni saya bz dengan keje silang pangkah aka cross stitch. Tekun & gigih mengusahakan. Nanti saya buat tayangan perdana kat sini.

Hari ni 29 syaaban, bersamaan hari melihat anak bulan ramadhan. Cuaca cerah semacam je, tak ada tanda2 hari nak hujan, agaknya anak bulan nampak ke tak? Kalau anak bulan nampak, esok seluruh umat Islam akan menunaikan salah satu daripada lima rukun Islam dan malam ni akan bermulalah sembahyang sunat Terawih.

Kalau dulu, time saya kecik2 umur dalam 8, 9 tahun tiap kali bila Penyimpan Mohor Besar Raja2 ( <--- betul ke ni ) buat pengumuman tarikh bermulanya Ramadhan & Syawal mesti dalam hati berdebar2, puasa ke tidak, raya ke tidak, tapi sekarang ni tak lagi dah. Tarikh 1 Ramadhan & 1 Syawal bole dikatakan dah diketahui sejak awal2 tahun lagi. Kalau dalam kalendar kuda tu siap dah tayang gambar kartun pakai baju raya. Macam tak surprise je kan.

Okeylah, sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf, zahir dan batin pada semua kakak2, abang2, adik2 & kawan2 yang menjadi pengunjung blog saya ni.

Semoga Ramadhan kali ini tidak menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Waallahualam...



** credit utk tuan hj arshad blog utk gambar ni. terima kasih.