Khamis, Mac 19, 2009

Pulau Lang Tengah - Part 3

Okey, last n3 (malam ke 2 & hari terakhir)...
Disebabkan dari siang kita orang duk sibuk ber snorkeling (besok dah tak boleh sebab kul 10 pagi dah kena check out, makanya kenalah pulun abis-abisan) , malamnya penat gilers...memang stok kalau paler letak bantal terus zzzzzzzz....

Malam yang akhir ni sangat-sangat membuatkan hati saya rasa nak berenang jer balik kl. Dahlah penat + badan sakit-sakit (ialah...snorkeling tak ingat dunia, macam-macam aksi dibuat...hukhukhuk...) bolehlah pulak generator kat resort tu wat hal. Bila dah jadi macam tu, sure arr akan effect letrik sekali...u olls boleh bayangkan tak???? 1 point

Saya memang dah bercadang nak tido awal, lepas jer isyak terus nak tido, tapi disebabkan gangguan letrik maka tido saya sangatlah terganggu..u olls tau, bila jer generator tu stop, air-cond pn effectlah (dah lah aircond jenis zaman jepung) dia punya bunyi + gegar tak ingat dunia...punyalah saya tension, u olls bayangkan baru jer nak mimpi tiba-tiba keur bunyi kuat yang amat.1 point....gggrrrrrr...

Rasanya dekat 4 jam jugak kot aircond tu on and off...tension gilers..

Layan gambar jer lah eh...okey saya dah janjikan nak tunjuk muka perempuan yang serba hitam tu....jom tengok...


naik bot kecik untuk di transfer ke bot besar..bye-bye..lang tengah, tunggukan kedatangan ku lagi, tapiiiii...taubat tak hingin dah duk resort ni...



Ini pic pompuan tu lagi....u olls masih tak kenal ke? Maybe pic ni kecik sangat, u olls try click this pic....




Dah kenal ke u olls??? Okeylah kalau masih jugak kabur-kabur, meh saya criter pasal dia eh! Ini lah FAUZIAH LATIFF aka GEE..dia datang sini untuk skuba diving, dia datang dengan 3 orang kawan dia, salah sorang tu kalau tak silap saya orang kuat astro rasanya, tapi entahlah..muka dia sangat familiar..

Gee ni sangat baik hati + peramah...saya dah rasa macam dia jer tokey resort tu..suka layan budak-budak.

N3 sebelum ni saya ada kata nak criter kisah tokey resort ni kan...meh saya criter..saya bukannya sengaja nak buruk-burukkan dia, tapi....lu pikirlah sendiri..

1. Tokey resort ni perempuan melayu, rasanya umo dia dalam 40++.

2. Sangat sombong u olls. Tak ada langsung tegur guest, nak senyum pun sangat susah.

3. u olls tau masa kami stuck kat jetty merang tu sebenarnya dia pun ada kat situ, tak jauh dari group kami tu dalam 50m jer...

4. Tapi, diaaaaa...wat dhek jer ngan kami yang duk terpinga-pinga tunggu berita ni..saya bukan apa, at least say sumthing lah...bagi tau hal sebenar, ni wat tak tau sambil peluk tubuh...eeeeiiiiii...menci tau...1 point.

5. On da way balik (dalam bot) dia duk criter-criter dengan GEE pasal businesslah, suruh GEE bawa keng kawan lagi, siap bagi business card lagi tu...apa dia ingat kami yang datang ni pun tak boleh bagi business ke kat dia. 1 point ..maybe sebab kami tak glamer kott...

6. Tapi....wakakaka...jahat tau saya ni...tapi tak pelah, criter pasal kebenaran kan..masa dh smpi jetty merang tu, hb & kawan GEE ni g lah ambil kete, tumpang kete orang sebab tempat parking tu kan jauh -+ 1km kott. Hb kata kawan GEE tu komplin bagai nak gilers pasal resort tu...hahaha...& the best part pulak..laki tokey tu pn ada dalam kete tu...hahaha..agaknya pompuan tu tak perasan kot..Tapi okey jugak..at least dia tau yang kami-kami ni semua memang tak puas ati, biar dia sampaikan kat bini dia tu.

disebabkan air cetak..bot kami susah nak parking kat tepi, so kami pun di bawa jenjalan sambil cuci mata...bole pulak macam tu...1 point sempatlah tengok nelayan-nelayan tangkap ikan...gigih sungguh dia orang ni...

Disebabkan kami dah jenjalan kat laut tu...makanya kami tak sempatlah jenjalan kat bandar kuala terengganu. 2 jam setengah okey. Tak ada maknanya nak ke pasar payang tu, tak ada maknanya nak g melawat masjid kristal tu, tak ada maknanya nak pergi melawat bandar tamadun islam tu (betul ke tmpt ni??) & tiada maknanya semuanya..

Disebabkan budak-budak pun sekolah keesokkan harinya + wife abang wan pun dah kejer, makanya memang tak ada masa lah nak gi jenjalan tu...sedey tauuu...akceli saya teringinlah nak singgah kat pasar payang tu, konon-konon nak lah shupping mopping tapi....hampeh..dalam mimpi jer lah..

Kami bertolak dalam pukul 3.30 petang lepas makan.

Makcik yang nganga mulut tu...dia duk ngomel dari dalam bot lagi sebenarnya...boleh pulak dia tak tido-tido. Dia duk bercakap tak henti-henti (saya & hb pun musykil, entah perangai sape yang diikutnya, sangat suka bercakap) ada jer kisah yang dia nak debatkan sampaikan naik penat orang melayan (hikhikhik yang jadi mangsa...uncle wan dia lah)



Dapat amik gambar jerr...itu pun sebab ternampak masa naik jambatan tu...Kalau tak haram...tak perasannya...


Masjid terapungkan...ia kot...calling for tad...sila jawab, betul tak itew masjid terapung??? Lalu jerlah...hukhukhuk..

Time tunggu traffic light, ada pulak kedai terbakar...sian tengah panas tu...kedai jual periuk belanga....



Nampak tak kabus-kabus tu....saya sangat suka tengok....cantik rasa cam best jerr..


Cuaca sangat tak baik dalam perjalanan tu...hujan gerimis jer..pastu jalan pun jem..tapi still gerak jugaklah...


sampai kat kuantan, hujan lebat & dah malam...jalan pun makin teruk pulak jam nyer...sian kat hb..all the way from KT dia yang drive..saya jadi co-pilot jer lah...

Kami sampai KL dalam pukul 10.30 kot...singgah makan dekat 'nasi ayam mengcongkam' dulu sebab hb dah lapar giler...izzati pulak buat hal..dah dekat sampai karak baru nak tido, makanya bila kami singgah nak makan, dia pun meragamlah...tido tak cukup..

Dan selamat sampai kat rumah dalam pukul 11.30 malam....Alhamdulillah...



Dan. inilah akibatnya kalau bercakap non stop...pengsan daaaa....
p/s : point-point yang saya letak tu bukan apa u olls, point tu menandakan yang saya sangat tak puas hati jerr...janganlah u olls ingat saya nak bagi quiz ke apa ya...hukhukhuk...

Isnin, Mac 16, 2009

Pulau Lang Tengah - Part 2

Kita sambung cerita ya....

Perjalanan dari jetty merang ke resort mengambil masa 1 jam.

Sampai kat resort kami sekali lagi kena tukar bot sebabnya....air surut & tak nak merosakkan coral-coral yang ada. Cantik tau laut kat sini, nampak hijauuu jerrr...kami sampai dalam pukul 12 macam tu lah.

Masa saya buat check-in, terpandang notis board kat resort tu...biar betul?????? u ollss nk tau apa yang pihak resort tulis kat situ????

1. Biasalahkan xtvt yang ada mcm snorkeling, diving, fishing dll lah
2. Electricity???? ada pulak certain2 time jerrr....1 point.

Masa baca tu saya buat dhek je lah kan...sebab tak kena lagiiiii. Saya book 3 bilik (2 bilik untuk twin sharing & 1 bilik untuk triple) Aiman + Afiq, Abang Wan + wife duduk kat bawah & saya, hb, izzati duk kat atas.

Masuk jer bilik, saya dah kebil-kebil mata ngan hb. Biar betul ni....macam padat jer, (saya tak snap plak pic bilik tu) tak macam pic bilik yang saya letak kat n3 sebelum ni....hohohohoh itu rupa-rupanya family room. Okeylah, lepas tu, u olls nak tau, hb pun on kan air-cond...hah! tak ada electricity...hb dah hangin jer...ialah dia mengantuk, naklah tido...u olls bayangkan macam mana nak tido macam tu...tak ker nanti macam udang kena panggang...

Group yang lain tadi pun sama jugak, bising-bising pasal letrik ni. Pompuan yang serba hitam tu duduk selang sebilik jer ngan saya. Pastu bila kita orang bising-bising, barulah pihak resort bertindak....konon jer tu, gimik...kami pun legalah bila dah ada letrik, boleh releks sikit. Saya pun berkemaslah, konon-konon nak letak semua baju dalam lemari, hahahah...gelak dulu b4 criter. Nasib baik tak kena hempap dengan lemari. Bila saya tarik jer pintu lemari tu, dengan lemari tu sekali ikut. FFuuhhhh!!! kalau tak....entah saya pun tak nak bayangkan...ngeri...tapi lepas tu saya & hb gelak guling-guling. Entahhhhh!!!! dalam hati sakit-sakit tu ada jugak kelakarnya..

Time lunch pulak....banyaknya komplen sayakan...tapi ini untuk kebaikan u olls jugak yang ada bercadang nak pergi resort ni. U olls nak tau tak, apa hidangannya... hahahaha..gelak lagi...kena gelak kalau tak jadi tension...hukhukhuk..

1. Ayam goreng yang saya rasa sekor ayam tu potong 20 kott...sangat comey okey, tapi rasa dia bolehlah...
2. Ikan goreng bercili. Ikan kembung kot tapi kecik gilers pastu boleh pulak dipotong 2.
3. Sup ayam yang saya rasa banyak sup dari ayam & sayur-sayuran.
4. Jelatah, hb kata tak pernah dia pergi mana-mana hotel/resort yang buat hidangan macam ni. very the kampung...yer kerr kampung??? kerrr nak budget...

Nasib baik aiman, afiq & izzati tak banyak cerita. Belasah jer, maybe derang pun tengah lapar.

Lepas makan kami naik bilik...aduihaiiii...letrik dah tak ada. Budak-budak dah tak sabar nak main laut, so saya suruh jer derang tukar baju, ialah daripada duduk dalam bilik yang panaz tu baik berpanaz kat tepi pantaikan, puas jugak ati. Hb pulak memang dah tak boleh tahan, mengantuk, dia tido jugak panaz-panaz tu, bukak tingkap tapi angin yang bertiup pun sepoi-sepoi jer...saya join bebudak kat tepi pantai, tapi tak mandilah saya cuma duduk kat tepi jerr.

family room.



permandangan dari atas bilik saya.


happy time!!!




derang sronok sebab pantai tu macam derang yang punyer sebab tak ada orang. Sangat-sangat privasi.



main tak sedar diri ni.


inilah jadinyer bila dah puas berendam. pukul 9 derang semua dah selamat..aiman & afiq pun join kita orang kat bilik atas. takut nak biarkan derang berdua kat bawah, kalau apa-apa jadi susah. so kami semua tido berimpit-impitlah...


bila dah puas berendam, pewot sure bergendangkan, nasib baik ada maggie cup, itu pun punyerlah susah nak dapatkan air panaz (kan dalam bilik tak ada apa2).


time dinner ni. lauk apa ya...lupalah pulak tapi apa yang saya ingatkan derang masak telur masak kurma (macam rumah kendurikan), petola masak lemak putih (menggeleng hb tengok lauk ni, saya pulak tergelak sebab saya rasa kelakar sangattt). 1 point. tapi u olls bayangkan kalau ada mat salleh/minah salleh, macam mana derang nak makan masakan yang macam tu?? Dan tak ketinggalan buah betik menjadi hidangan pencuci mulut yang wajib.

Dah lah tuuu, tak boleh pulak nak buat side order 1 point. Kena jugak telan walaupun tak sedap, kalau tak mau mati kebulur kat situ. Tapiiii kalau u olls nak tau, saya sebenarnya hairan bin ajaib bila mata saya terpandang plague (betul ke eja mcm ni?) "jalan-jalan cari makan" kat counter lobby resort tu. Macam lawakkan, agak-agak u olls apa yang Maria Tengku Sabri tu makan??? tapi entahlah, maybe management dulu kott..(last day tu baru saya tau yang resort ni dah bertukar management tapi saya tak tau dah braper lama owner baru ni ambil alih)

Dannnn....ini saya letak lagi pic perempuan yang serba hitam tu ya. u olls tekalah lagi...last n3 nanti saya bagi tau sape dia ni....kesian saya dengan dia ni. Time lunch tu dia turun lambat, lauk dah tinggal sisa, sampaikan dia terpaksa angkat bekas sup & tuang dalam pinggan 1 point. Apa perasaan owner resort tu bila terpandang macam itu ya..hhmmmm...

Oh ya, lupa pulak nak tulis....kalau u olls nak tau, lepas makan kita orang kena angkat pinggan mangkuk sendiri tau & letak dalam container, nasib baik tak kena cuci sendiri. 1 point.




Lepas ni nak cerita apa pulak ya.....tunggguuuuu...banyak benda nak komplen ni. Especially sikap owner resort ni sendiri....

Rabu, Mac 11, 2009

Pulau Lang Tengah - Part 1

Last week, kami anak beranak + kawan hb (semuanya 7 orang + kanak-kanak 3 orang)pergi bercuti ke Pulau Lang Tengah, Terengganu. Nampak tak di sudut atas sebelah kanan blog saya ni saya tulis "holiday kami yang dot..dot..dot". Nak tau apa maknanya dot..dot..dot...tu..meh saya ceriter satu persatu...kihkihkih...


Kami bertolak dari KL dalam pukul 10.30 mlm. Actually hb nak bertolak dalam pukul 12 mlm tapi disebabkan dia tak dapat tido makanya kami mempercepatkanlah waktu bertolak itew.. sementara tunggu abang wan & wife datang...saya layan astro prima tengok Akhir Raja Lawak (siapa yang menang ek??? sampai ke hari ni saya tak tau sape yang menang...kihkihkih tragiskan.) opsss...keur tajuk ni...ok kita sambung lagi...


Sampai Jetty Merang dalam pukul 5.30 pagi (gelap lagi masa tu), lamakan nak sampai ke Terengganu ni...jauh sungguh, sib baik jalan malam taklah panas sangat..dan nasib baik jugak dah ada highway pantai timur, kalau tidak lagi jauh. Kami singgah makan dulu, sebab rasa lapar lah pulak pada hal kalau kat KL mana ada makan time2 subuh ni kecuali kalau time sahurlah..hehe..tapiiii roti canai kat kedai tu sangat-sangat maveles, sedap gilersss...

Kami ke jetty merang semula dalam pukul 7.30 pagi..masa tu dah ada ramai orang jugak. Kami dok usha-usha tempat parking kete, lalu sini khas untuk resort ni, lalu situ khas untuk resort tu, dalam hati, nape tak ada banner untuk parking kete khas untuk resort kami?. 1 point. Tak apalah maybe Pulau lang Tengah ni orang tak ramai pegi, so tempat kete pun tak adalah derang khas-khas kan untuk guest derangkan.

Kami tak puas hati, dah dua tiga kali pusing masih tak nampak jugak banner mana-mana resort yang ada kat Pulau Lang Tengah tu, betul ke naik bot kat Jetty Merang ni?? Hb suruh saya call Sales Office Lang Sari Resort kat Terengganu. Masa tu baru pukul 7.45 pagi, office pun tak bukak lagikan...tapi tak apalah, nak menyedapkan hati saya pun call lah office tu...sekali ada orang pompuan jawab "no. yang anda dial telah ditamatkan perkhidmatan" what?????? biar betul...1 point. dua tiga kali jugak saya call nak puaskan hati, mana tau kot-kot saya silap tekan ke kan, tapi tetap suara pompuan tu yang jawab.

Saya call pulak sales office cuti-cuti malaysia.com, tapi memang tak berjawablah sebab baru pukul brape kan. Pelik, pelik...tak kan pulak cuti-cuti malaysia ni klentong tapi salah saya jugak sebab saya tak call derang nak confirmkan betul-betul pasal jetty tu.

Lepas tu hb berhenti tanya orang kat situ, kot-kot kalau salah jetty ke kan, tapi orang tu kata betullah guna jetty merang tu untuk pergi ke Lang Tengah. Legaaaa.....hb parking dekat kawasan yang dikhaskan untuk resort untuk ke Pulau Redang, belasah jelah kan...dah tak ada parking, lepas tu orang jaga parking tu tak ada pulak tanya nak pergi pulau manakan, so hentam saje lah..Parking yang berbumbung untuk 3D2N RM 25, yang tak berbumbung RM15.

Kami pun jalanlah pegi kat jetty tu, angkutlah segala bag yang berat gilers tu kan. Sampai pulak kat jetty tu satu hal, kat mananyer nak naik bot??? tak nampak pun satu bot, bot orang tangkap ikan banyaklah..masa tu dah pukul 8.30 pagi, hb tanyalah ada sorang pakcik ni yang nampak sibuk betul, kat mana nak tunggu bot. Pakcik tu kata, air surut sekarang ni, bot tak boleh masuk kat jetty tu, kemungkinan besar kena pergi jetty lain. Pulak dah!!!!! Jetty mana ???? Tapi tak apa dia kata, duduk dulu nanti dia inform kemudian berita terkini!!!

Aduihaiiii!!!! dari pukul 8.30 kami tunggu sampailah pukul 10.00 tak nampak satu bot pun yang masuk dannnn pakcik yang kecoh-kecoh tu pun entah mana lesapnya. Kita orang dah naik geram, orang makin ramai, suasana makin kecoh. Saya pulak masa tu mata...mak aiiii ngantuk gilerss, bayangkan dari KL tak tido temankan hb drive kalau tido pun tido-tido ayam jerr..hb lagilah berkali-kali ngantuknya + letih lagi. kesian kat hb...hukhukhuk..

Dah dekat 10.30 baru pakcik yang kecoh tadi muncul, hb & abang wan apa lagi, tanyalah dia & jawab dia "bot memang tak boleh masuk & kami semua kena naik dekat jetty lain (500m dr jetty merang), so kami pun dibawa naik van ke jetty tu.

Sampai je kat jetty tu (bukan jetty kot, sebab tak nampak pun atap jettynya) kami kena turun & jalan ke tepi pantai, orang ramai gilerss (bukan ramai sebab mandi manda okey....ramai sebab nak tunggu naik bot) u olls nak tau tak macam mana keadaannya masa tu??? hb kata kami semua dah tak ubah macam PATI (tau kan apa itu PATI) hahahaha!!! gelak, gelak jugak, dalam hati membara-bara.

Sampai je kat tepi pantai, pakcik yang kecoh tu kata kami semua kena jalan ke tengah sikit sebab bot tak boleh sampai kat pantai (maknanya kami kena harung air laut tu???? oh! tidak!!! 1 point. patutlah masa sampai tadi, saya nampak semua orang dok lipat-lipat kaki seluar. Seksanya nak sampai pulau!!!!!!

Dan air laut yang kami kena harung tu bukanlah cetak sangat, paras lutut & hb terpaksa dukung izzati yang sama berat dengan beras 20kg (kejam betul saya, samakan izzati ngan beras..hikhikhik) + sandang beg..Dannnnnn akhirnya kami berjaya sampai ke bot kecik yang akan transfer kami ke bot yang lebih besar (2 kali transit tuuuu, kalah naik flight). Jom layan gambar.....

Derang ni semua satu group dengan kami. u olls nampak tak belakang tuuuu...yang dekat pantai tuuu...nampakkan orang ramai-ramai, pas tu bot kecik tuuuu...


nampak tak kaki seluar si afiq dah sampai paras mana? dan nampak tak seluar saya yang dah basah paras mana?

Jeng!Jeng!Jeng! u olls dapat agak tak sape pompuan yang serba hitam itewww...dia ni pun satu group dengan kami...hahaha...cepat teka....1,2,3....dia ialahhhhhh...

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?


Siapa pandai teka???? Kalau u olls masih tak kenal siapa dia ni, nantikan next n3 ya...jawapan ada di situ...kihkihkih...tunggguuuuuuu!!!!

p/s : abaikan date pada pic-pic itew...saya lupa nak setkan...dah nak balik baru perasan..hukhuk.

Dan, ini perjalanan kami menuju ke Lang Sari Resort. Nantikan kisah seterusnya..adakah kami amat-amat :-
1. gumbira
2. sedey
3. puas hati
4. keciwa

Jumaat, Mac 06, 2009

Cuti-Cuti Malaysia...

Destinasi Percutian Kami..

Pulau Lang Tengah, Terengganu