Khamis, Oktober 29, 2009

MY DAY!!!!!

HARI NI 29.10.2009. HARI NI GENAP 35 TAHUN SAYA DI LAHIRKAN. SYUKUR ALHAMDULLILAH ATAS LIMPAH KURNIANYA..

TIMA KASIH BUAT MAK YANG TELAH MELAHIRKAN SAYA, YANG DAH BERJAYA MENDIDIK & MEMBESARKAN SAYA SEHINGGA KINI.

TIMA KASIH UNTUK HUBBY YANG SENTIASA MELINDUNGI & MENJAGA SEGALA KEBAJIKAN SAYA, YANG SUDI MENJADI SAHABAT & TEMAN YANG PALING MEMAHAMI DIRI SAYA.

TIMA KASIH UNTUK ANAK2 SAYA, AIMAN..AFIQ..IZZATI..KEHADIRAN KALIAN BERTIGA AMAT2 BERMAKNA DALAM HIDUP IBU

TIMA KASIH UNTUK KAKAK, ABANG & ADIK2 YANG TAK JEMU2 MENCURAHKAN KASIH SAYANG BUAT DIRI SAYA.

TIMA KASIH UNTUK KAWAN2 & SAHABAT2 YANG SUDI MENGINGATI HARI INI. TIMA KASIH UNTUK UCAPAN & DOA2 ANDA SEMUA...

SAYA SAYANG ANDA SEMUA!!!


SELAMAT HARI LAHIR!!!!



ps: opss!!!kenapa tiba2 saya rasa macam berada d atas pentas yang d bawahnya dihuni oleh ribuan manusia????....award apakah yang dah saya menangi???


Isnin, Mei 18, 2009

Birthday Party @ Mc. D

Semalam saya & family ke Centre Point Bandar Utama PJ. Ada jemputan Besday Party anak kawan hb, Linda & Kamal.




Besday gurl. Sangat2 cute. Damia Daniella. 2 tahun. Tp susah sangat nak tengok senyuman dia.



Hadiah untuk si besday gurl.
Standardlah kan kalau wat besday party kat Mc. D ni sure ada games bagai untuk bebudak. Aiman yang mulanya tak nak join (kan dia dah masuk kategori adult), last2 terpaksa gak join sebab tak cukup korum.



Lawak betullah...mula2 ramai je main, last2 tinggal 3 beradik ni. Ialah dalam ramai2 tu derang bertiga dikira paling besar.



Aiman & Afiq. Games ni Aiman yang menang.



Tiup belon. Pastu letupkan..



Ni games passing2 bola.



Zati menang. Tiga2 games, aiman , afiq & zati yang menang. Kesian pulak ngan budak2 lain. Tapi nak buat cam manakan....Aiman kata "kan, aiman dah kata tak nak main, tengok semua aiman sapu..."




Besday cake. sangat2 mabeles rasanya...




cute betullah si damia ni...tapi mmg susah betul nak senyum.



posing time!!!!




sorang satu makan ice cream...



Hadiah yang derang dapat. Kebanyakan sticker...


Rabu, Mac 04, 2009

Xtvt Hujung Minggu - Part 2

Majlis Aqiqah & Birthday





ini lah baby cute yang di aqiqah kan sabtu lepas, nama penuh baby ni saya tak tau, yang saya tau nama pendek dia damia anak kazen saya. Saya geram nengok rambut dia tu..panjang sungguh lepas itew tegak je...masa saya dukung dia, hujung rambut dia yang tegak tu bergesel-gesel dengan dagu saya, naik geli pulak saya dibuatnya. Tapi ketika n3 ini ditulis, rambut yang tegak itu telah selamat dicukur..sudah botak maa....



Dua kek kat atas tu untuk besday kakak & abang damia. Kek bulat tu untuk Hafy (2 tahun) & yang barbie tu untuk Qistina (7 tahun). Pic kakak & abang damia ni saya tak sempat nak snap.

Dan pic kat atas ni souvenier dari tuan rumah. Dalam paper beg tu ada cupcake, gula-gula & dodol (bekas merah) & dalam plastic beg tu ada apa entah...tak sempat saya nak tengok dah dibelasahnya kat izzati, itu pun plastic beg tu saya jumpa dalam tong sampah..hukhukhuk..




Lepas majlis itew, saya & family berkunjung ke IKEA..saya tak beli apa pun, adik saya yang bershupping sakan..Orang punyalah ramai, sampai berlaga troli (bukan sekarang ni ekonomi tengah meleset ke???...hhhmmm).


Dahlah IKEA tu luas gedabak..stroller Haziki adik saya tak bawak, so kenalah bergilir dukung dia..sib baik badan cute je...
Shira, Salsabila, Izzati & Afiq


Salsabila & Izzati

Izzati Afiq
Keluar IKEA dalam pukul 7.30. Pergi Subang Jaya hantar kakak saya balik rumah kakak ipar dia. Hubby dia duk lepak kat sini, malas nak ikut bila kita org kata nak pergi IKEA. Ngelat lah tu....Mak & family adik tinggal kat sana sebab kakak janji nak belanja mak. saya sefamily gerak balik KL, hubby nak pergi open ceremony kedai kawan dia.


Ini menu kat kedai itew (Kafe D'GILING - menu utama asam pedas)...uwahahahaha...saya gelak dulu eh!! nanti saya stories...uwahahaha...
kita orang sampai, kafe tu penuh dengan orang, siap kena tunggu giliran lagi.. lepas je dapat duduk, waiter pun datanglah hulur menu....nak tau apa dialog waiter tu...
"minta maaf kak, abang...sekarang ni boleh order air aje sebab makanan dah habis"
hah!!!! saya kebil-kebil mata kat aiman...dalam hati "biar betul ni" hubby pun jawab "tak apa ya dik, kejap lagi kita order"
hubby tanya macam mana ni...semua tengah lapar ialah dah pukul 9. Budak-budak pun dah mengeluh je..
Kejap tu datang kawan hubby...dia kata yang ada cuma asam pedas ikan terubuk je.. aduihaiii...mana boleh....nak bagi budak-budak ni makan ikan terubuk, ada pulak yang kena hantar kat hospital kat sebelah tu (kafe D'Giling ni bersebelahan dengan Hospital Ampang)
At last...kita orang gi cari makan-makan kat tempat lain. Saya ajak hubby gi makan pedas linda onn kat tesco (ialah..takut pulak ada yang kempunan nanti) hubby tak mau pulak...
Tiga empat tempat jugak kita orang singgah tapi semua penuh, nak kena q pulak sebelum dapat duduk...kenapa???? oh!!! baru saya ingat...hujung bulan, orang dah dapat gaji maaaaaaa...
Akhirnya kita orang makan kat warung tepi highway MRR2...kahkahkah!!!! pukul 10 makan malam tuuu....betul2 lawak lah...



Saya tak ada pulak snap pic warung tu...sebab bateri dah kong....

Tunggu next n3 ya..n3 last untuk xtvt hujung minggu...