Ahad, Mei 31, 2009

Tak Bole Tido..

HHmmmm....dah pukul 1 pagi tapi mata still tak mau lelap...tak ngantuk...nak baca novel dah tak de mood..penat dah paler otak ni kottt...

Nape tak bole tido?? Sebabnya siang tadi saya bantai tido dari kul 3 - 5.30. Lamakan... tak penah saya tido selama tu..entah apa pasal lepas je saya demam ari tu (lepas book fair) saya mesti tido siang...tapi selalu tak lama, dalam 10 ke 15 minit je, paling lama pun 1/2 jam, tapi ari ni terlajak pulak..

Sepatutnya pagi semalam (sabtu) hb pegi Melaka, biasalah xtvt dia, tapi dia cancel. Tak sihat..sakit mata..akceli nak kata sakit mata pun bukan jugak, sebab mata dia bengkak macam kena timbit (bengkak yang ada punat tu).

Last week dia dah kena bahagian bawah sebelah kiri, hb ni memang selalu sakit macam ni. So last week jugak dia pegilah berbekam...bekam darah...eeiiiii ngeri saya nengok bekam dia tu, hb kata darah banyak, berlendir2, macam darah beku tu...

So lepas tu dah ok sikit mata tu, 2 hari lepas, dia gatal tangan gi picit mata tu sebab bengkak tu x mau hilang. Hari Jumaat ari tu, kat bahagian atas pulak bengkak, yang bahagian bawah tu makin teruk pulak jadinya...

Pagi semalam bila hb bangun, terus tak bole nak bukak mata tu, bengkak sungguh, kesian dia...dia kata pedih sangat mata tu, dah tu berair je pulak. So dia call balik tabib yang buat bekam tu (doktor perubatan homeopati), tabib tu suruh dia datang balik.

Kena bekam lagi, kat belah belakang bahagian atas dekat dengan bahu pulak, ari tu kat bahagian pinggang, tabib tu kata bengkak mata disebabkan resdung...hhhmmmm...

So hari ni tak keur rumah langsung, dah lah jiran depan rumah ni kenduri kawin esok, tak tau macam mana, harap2 esok dah ok, kalau tak kenalah pakai spek.

Sebelum tido tadi, hb kata badan dia tak sedap, rasa macam nak demam pulak....siannya hb ku ituu...

Saya pun akceli tak jugak nak bape sihat ni, ialah cuaca tak bape nak ok. Dari petang tadi hidung dah start berair...dan asyiklah terbersin...saya ni jenis yang malas sikit nak makan ubat, kalau betul2 tak larat baru saya telan, selagi bole bertahan saya akan bertahan..

Oklah...nak paksa jugaklah mata ni lelap....zzzzzzzz....

Jumaat, Mei 29, 2009

Tazkirah - Luasnya Neraka



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: ' Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: ' Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: ' Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lain nya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga F ir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'e ir .'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab' Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Al-Quran Su rah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud.

Bekas SUJUD tidak dihilangkan.Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati melahirkan/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Su rah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Su rah Al- Baqarah : 237

Khamis, Mei 28, 2009

Hari Yang Sangat Panaz

Panaznya hari niiiiiii....hhhmmmm...siang tadi dari pukul 10 pagi sampai 6 petang bekalan letrik terputus kat rumah saya ni. u olls bole bayangkan macam mana keadaan bila tak ada letrik dengan cuaca yang ala2 panaz terik ni...

Notis pemberitahuan berkenaan bekalan letrik tak ada ni dah di kabarkan 2 hari awal, makanya hari ni pagi2 lagi saya dah kelang kelibut kat dapur. Seawal 6 pagi mesin basuh saya dah beroperasi padahal sebelum ni pukul 10 baru nak isikan air...oopppsss.. kecualilah kalau musim bulan tengkujuh..

Hb pulak pagi2 sibuk tanya pasal nasi. Pukul 7 saya dah panaskan siap2 nasi yang balance semalam, banyak tu bole makan sefamily, tapi dia duk jugak bising suruh saya masak nasi lagi...alahai cik abang saya ni...risau sungguh dia.. saya pun malas nak berpidato pepagi ni...saya masaklah jugak bagi dia puas ati...hehe..

Hari ni saya masak sotong sambal, maka dengan itu saya perlukan santan kelapa. Awal2 saya dah bagitau aiman suruh ke kedai beli kelapa...dia duk asyik lepak depan tv tengok Ben-10 lah, dec. conanlah & bermalas-malasan...saya ni jenis yang malas nak cakap ulang2 kali, penat mulut ni...

Tepat pukul 10 seperti dijanjikan, terputuslah bekalan letrik tu...hhmmm...sabar je lah..saya pun malas nak tunggu lama2 terus masak...potong sotong, tumbuk bawang semua, sambil2 tu jeritlah kat aiman suruh gi kedai beli kelapa...alamak!!!!!! kalau letrik dah tak ada mananya nak mesin kelapa????? Alahaiiiiiii kassimmm...tension tau, tadi ibu suruh awal2 tak mau pegi...dah lah bebel lebih2 pun buat apakan, bukan bole dapat santan pun..sib baik ada santan kotak...belasah je lah...

Tengahari & petang paling kritikal keaadaannya...saya dah macam cacing kepanasan...rasa tak nak pakai baju je...ooppppssss...panazzzz....panazzzz...peluh jangan cakaplah...berciciran..kalau bole nak berrendam dalam kolah je...hahaha.. sabar...sabar...

Hmmmmm...okies..okiess.. saya nak settle keje...baju ada 2 baldi lagi tak sidai...


Selasa, Mei 26, 2009

5 Hari Lagi

Apa yang 5 hari lagi???? Hahaha...macam suspen je kan... akceli tak ada apa2 yang suspen pun, cuma tajuk tu refer kepada xtvt sepanjang bulan may ni.. Bulan Membaca Novel..

U olls nampak tak novel2 yang tersusun macam tangga kat sebelah kanan blog ni.. hari ni saya mula baca novel yang ke 12 untuk bulan ni...fuhhhh!!!! tak pernah sebelum ni saya buat keja mempulun baca novel macam ni sekali.

31 May ni hari terakhir saya pulun baca novel. Dalam masa 5 hari lagi rasanya bole habis 2 novel ni.. lepas ni nak rest kan paler otak ni.. penat dah berimiginasi tiap kali membaca...untuk menghayati sesebuah criter tu, kita kenalah letakkan diri kita dalam cerita tu barulah bila baca tu ada feeelllll... bila part sedey menangis, bila part lawak kenalah gelakkan.

Bulan depan nak kena menghadap 'hutang-hutang' yang tak di settlekan lagi. Lama dah berhutang ni...nanti ya...next month saya criterkan kisah hutang ni...



Isnin, Mei 25, 2009

Screen Tag

Tag dari FIZAN. Lama dah tag ni...baru sekarang baru berkesempatan nak tunaikan. HHmmm... sib baik sikit je...kalau tak kematu jemariku... FIZAN...tak bole nak copy paste lah dari blog FIZAN...

1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah guna sekarang...





2) Bagitau nape anda suka wallpaper anda itu...
Akceli wallpaper ni selalu tuka2...sebelum ni pic anak2, la ni tuka pic mak bapak pulak..
3) Tag 10 orang...
a. kak nestumrasberi
b. kak jelly
c. kak mar
d. edrina
e. thalhazlin
f. alinone
g. norish
h. naiz
i. kak ayu
j. kak ryn

Sabtu, Mei 23, 2009

Ceritera Pesta Buku - Part 2

Hai....sambung lagi ek!


Hari ke 2 - Sabtu


~ Aiman, Afiq & Zati saya usung sekali ke Pwtc. Suka hati, happy giller derang. Ialah tak penah2 dapat peluang macam ni...seronok tolong berniaga.


~ Orang ramai gilerrsss...tak cukup kaki tangan nak handle. Memang terasa kepenatan tahap apa ek! ENtahlah...


~ Sape yang saya jupe ek!! Nanti nak kena recall...


1. Adhan - laga pp kat kaunter je...

2. Cousin saya - sembang pn kat depan kaunter je...

3. kak nestumrasberi - dia kata dia datang tapi saya tak jumpa...sedey tau...dah depan mata..nino...ina rasa ms tu ina mmg jaga kat cashier, tapi ampunlah ina mmg tak prasan...akceli dah ramai sangatkan...sepatutnya ina bole kenal muka baby..sebab muka dia banyak kat blog nino...tapi mmg agaknya jodoh kita tak sampai lagi....ina pun duk tunggu2 gak...yang mana satulah yang akan kenalkan diri sebagai nino ni...hukhukhuk...


4. Saya nantikan tiga empat orang jugak mana ni...geng2 kat SKAC...kak jelly, B & kak ct tapi derang pun tak muncul2 jugak.





Hari ke 3 - Ahad



~ Orang memang ramai...


~ Badan saya dah start sakit sana sini...betis macam rasa ditarik2.


~ Saya dah tak ingat kisah & orang yang saya jumpa...ampunkan saya...


Hari ke 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10


~ Saya ringkaskan je lah...dah hilang ingatan pulak rasanya...

~ Kak Mar & Kak Ija - sempat bersembang & posing bagai...time orang x ramai, rasanya akak2 berdua ni datang hari biasa.

~ Hari Sabtu akhir tu....ramai jugak yang dapat saya jumpa....kak norash (penulis dari kota Singa ni, salam2 kat depan kaunter je) kak ayu (ni kes paling sedey...time dia datang booth saya tengah ramai giler, tapi sempat angkat2 tangan & angguk2...saya ingatkan sebelah petang bolehlah sembang2 ngan dia kejap, tau2 je, dia call yang dia dah on da way balik...hukhukhuk.. sedey ooo...lama giler tak jumpa kak ayu ni, last year pun x jumpa jugak)

~ Jumpa Jid. Sempat kirimkan 'sesuatu' untuk kakak2 saya diseberang laut..thanks jid.

~ Diya Nordin...1st time jupe dia ni, jupe kat booth jemari seni. last day dah masa tu. Itu pun saya lari kejap sebab nak say bye2 tu kak su, kak yah & nawwir...kat booth JS ni jugak saya jupe wabbit (rindu ngan budak tecik ni, lama x jupe), wan, carrie & lia..

~ Rasanya ramai yang saya jupe, tapi saya dah lupa...ampun pada sape2 yang saya jupe tu tapi saya lupa letak nama anda di sini ya...maklum je lah kisah sebulan lalu...next year kalau umur panjang, insyaallah kena bawak buku nota...nak kena wat catatan, tak adalah lupa macam ni...hukhukhuk...

~ Dan hari terakhir ni, saya dah mula merasakan badan saya seram2 sejuk. Sempat jugak telan panadol 2 bijik itupun afiq punya ubat, puas hb cari x jupe last dia suruh belasah ubat afiq je.

nota kaki....part 3 ni nnt sapa letak gambar je ek!!!!..

Jumaat, Mei 22, 2009

Kenapa? Kenapa? Why? Why?

Dah masuk tiga empat hari saya tak bole nak masuk blog saya sendiri. Ada certain2 blog pun saya tak bole nak masuk....kenapa? why? adakah???... oh! tidakkkkk....blog sendiri pun kena block ke?

Saya tak bole nak jawab tagboard, saya tak bole nak jawab comment kat n3... macam mana ni???

Tapi saya bole create n3, ni yang kureng kefahaman ni...sedey betullah....

Sape yang terror bab2 blogging ni...bole jawab tak untuk problem saya ni....please...



Internet explorer cannot open the internet site http://infazety.blogspot.com. Operation aborted


Tazkirah - Wudhuk Zahir & Batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.

Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk..

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama HatimAl-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat*
* Menyesali dosa yang telah dilakukan*
* Tidak tergila-gilakan dunia*
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')*
* Tinggalkan sifat berbangga*
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu *
* Meninggalkan sifat dengki.*

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham ! maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Rabu, Mei 20, 2009

Ulangtahun ke 14

Hari ni, 20 May 2009 genap 14 taun usia perkahwinan saya & hb.

Lama dah saya hidup dengan dia...alhamdullilah...kami berkahwin di usia muda...opsss...nak bukak hikayat lah pulak...tak pe tak pe...bukak sikit je ek!!!

Saya berkenalan dengan hb bulan Ogos 1992, tarikh jangan tanya..dah tak ingat dah u olls... tempat??? Adalah 'rahsia'. lawaklah kalau nak di pikir2 balik tempat tu...sape yang ngorat sape? Hehehe...sure lah hb yang ngorat sayakan...tak kan saya pulak nak mencemar duli...

Sebulan lepas berkenalan, hb tanya saya, sape dia di hati saya....uwahhhh!!!! cepat giler tanya soklan cepu cemas tu...ada ke patut???? cam mana saya jawab ek! Hahaha...opppsss time tu bukan saya gelak ek!!! saya terkedu, terkebil2, tercemas & macam2 ter lagi lah...standardlah kan macam yang biasa dalam novel shenta tu....bila hero berbicara hati & perasaan, mestilah heroin malu2 kushing...

Saya merapu dah ni....ni kalau hb baca sure dia cebik2 kat saya...tak ngaku dia yang mula dulu tu...

Nak kata time tu saya ada steady boypren tak jugak...time sekolah2 sebelum tu ada jugaklah... tapi tak de lah sampai jatuh shenta tahap cinta monyet tu kan.... takut oooo...mak saya dah warning siap2, jangan gatal2 nak bershenta2 time2 belajar ni...

Saya pun tak tahu perasaan saya macam mana kat hb time tu...ialahkan baru sebulan kenal, tapi memang contact tiap2 arilah, jumpa pun selalu sebab umah hb dekat ngan umah makcik saya (dulu time saya keje, saya duk menumpang umah makcik), kiranya pegi keje pun naik satu bas yang sama...& ofis hb dekat dengan ofis kakak saya. Boleh dikatakan seminggu tu, tiga empat kali jugak terserempak...



Nak dijadikan hikayat saya pun terimalah hb..ialahlah saya pun tak de terikat dengan sape2 time tukan....

Makanya & jadinya saya pun bercouple2 lah dengan dia...Kami seusia ya..sama2 muda remaja, tapi dah gatai...opppsss bukan gatai tapi jodoh ketentuan DIA.

Hb ni walaupun muda remaja time tu...bape ek umur kami time tu...hmmm 18 taun...dia sangatlah gentleman, sampaikan kegentleman hb tu amat2 menakutkan saya.

Lepas 3 bulan kami couple, hb sibuk nak bawak saya jupe parents dia...ada ke patut!!!! baru 3 bulan tu u olls.. ngerikan...macam2 alasan & ulusan saya mengelak...saya ni darah gemuruh tinggi tahap bole kena strok..kang tak pasal2 saya terpengsan kat depan parents dia, kan tak pasal2 turun saham jadinya!!! hahaha...

Saya memang rahsia dengan parents saya, cuma kakak sorang je yang tahu kami couple.. Nak di jadikan kisah, abah saya sakit..dari hospital kampung, kami bawa dia ke hospital tawakal.

Time ni memang saya dah tak bole nak ngelak dah...hb sibuk sangat nak gi jupe parents saya... ayooyoo time tu rasa cam mimpi ngeri je...entah macam mana nak reka alasan dah...ialah parents saya tak taukan...takkan tiba2 nak bawak hb mengadap pulak.

Tapi akhirnya hb berjaya jugak datang mengadap parents saya...time tu, entah macam mana perasaan saya...bercampur2 macam ABC tu...haha...saya just kenalkan hb sebagai KAWAN aje ngan mak & abah, tak cakap lebih2 pun...takutttttt!!!!!

16 March 1993, abah saya meninggal dunia. Saya tak sangka pulak hb datang sekali ngan parents dia...time tu memang dah sedey kan...tak tau nak kata apa dah...terharu pun ya jugak tengok penerimaan parents hb tu..

Panjang dah ni....u olls nak baca lagi ke??? tadi kata nak bukak sikit je..ni rasa macam dah tersingkap semuanya ni...

Dipendekkan cerita, 3 bulan lepas abah meninggal mak hb pulak meninggal, tapi sebelum tu saya dah dua tiga kali jugak jupe & pergi rumah dia. Hb kata, sebelum mak dia jatuh sakit adalah mak dia kata nak masuk meminang saya...mak hb suruh kami tunang dulu. Bila dah jadi macam tu (mak hb meninggal) kisah bertunang kami pun senyap macam tu aje..

Hujung tahun 1993, hb hantar rombongan merisik saya. Ikut adatkan... Lepas merisik surelah bertunang.....tapiiiii saya lupalah bila kami bertunang...eeiiiii terukkan saya...tarikh penting pun bole lupa...

Dan akhirnya 20 May 1995 kami selamat disatukan. Alhamdullilah...

Dan dalam tempoh 14 taun ni, nilah hasilnya...2 lelaki & 1 pompuan..



Doakan kebahagiaan rumahtangga kami berkekalan hingga ke syurga Allah.

" Ya!Allah...rahmatilah hidup kami, kekalkanlah kebahagian rumahtangga kami, tabahkanlah hati kami menempuh segala ujian & dugaan yang KAU turunkan. Kuatkanlah ikatan kasih sayang kami dan lindungilah kebahagian kami...ameennn"


Selasa, Mei 19, 2009

Ceritera Pesta Buku 2009 - Part 1

Baru ada kesempatan nak wat n3 pasal pesta buku yang dah selesai sebulan yang lepas. Ni kiranya macam cerita basi lah ek!!


Tak kisahlah kan, basi ke tak, janji tetap janji...


10 hari berlangsungnya pesta buku di pwtc...apa yang saya rasa?


1. Keterujaan tahap maksimum...selama ni setiap kali pesta buku saya hanya berpeluang menjengah sekali dua je..


2. Kepenatan tahap kalau tido bom meletup kat sebelah pun tak sedar. Penat u ollss...tak penah saya rasa sepenat 10 hari tu...


3. Kesakitan badan tahap rasa nak duduk kat kerusi Osim tiap2 malam..paling tak tahan sakit belakang dari paras pinggang sampailah ke tapak kaki...agaknya sebab berdiri terlalu lama kot..


4. Kesedihan paling melampau sebabnya....saya tak dapat nak sok sek sok sek ngan keng kawan...cukup tahap main lambai2 sebelah tiang je...ni paling haru biru saya rasa.


Hari Pertama - Jumaat


~ sure lah saya happy gilers kan...walaupun badan penat. Kami seramai enam orang, 2 pompuan 4 laki. Saya dan Kak As bertugas sebagai cashier.

~ Izzul & Izza orang pertama menayangkan muka. Rindunya ngan derang berdua. Lama sungguh tak ketemu. Izzul tengah preggy, sempat lagi saya duk usap2 pewot dia, mana tau next year saya punya turn pulak...aminnn...

~ Kak Noor, Nacha, Kak Notie...sape lagi ek...lupa dah weeiii...lama dah ni. akceli nacha & kak noor ni lalu kat depan booth, tapi dia tak prasan, saya ni duk teriak lah nama dia...hikihkih... sikit pun tak paling, ialah orang pun ramai & bising..tapi jupe gak akhirnya...rindu..rindu..rindu...

~ Wan..lama gak saya chit chat ngan dia. Kebetulan time dia datang orang tak ramai, bolelah gossip2 dua tiga benda...hahaha...

~ Akhirnya saya dapat jumpa dengan rose harissa @ nora ismail, tapi sayang kami tak bole nak chit chat lama2, tak bole nak wat sesi suai kenal ngan rose...insyaallah next year ya rose..ko turunkan ilmu novel ko tu, nanti aku bole wat novel cam ko, kan ko kata aku ni ada tulis novel sebelum ni... ps : ko jangan marah rose, sampai sekarang aku tak bole lupa ayat ko tu...


~ Saya dapat jupe kak lily haslina, kak Yati Berahim, Iejay Zakaria, Kak Nik yang selalu lepak kat NB Kara tu dan Kak Suraya dari NB Kara...ps : rindu nak usik2 ngan kak su.


~ Siapa lagi yang saya jupe ya hari pertama...hhhmmmm...sebulan dah nk kena refresh balik ni.

~ Kak Anim....kakak yang cumel ni saya jupe kat booth NB Kara...

~ Petang2 sikit bila orang tak ramai, saya lari kat bawah jap, kat booth Jemari Seni, jupe sape lagi kalau bukan jupe kak su, kak yah & nawwir...sape lagi ada kat booth JS ya...lupa lagi lah...erk!

bersambung di part 2



Isnin, Mei 18, 2009

Birthday Party @ Mc. D

Semalam saya & family ke Centre Point Bandar Utama PJ. Ada jemputan Besday Party anak kawan hb, Linda & Kamal.




Besday gurl. Sangat2 cute. Damia Daniella. 2 tahun. Tp susah sangat nak tengok senyuman dia.



Hadiah untuk si besday gurl.
Standardlah kan kalau wat besday party kat Mc. D ni sure ada games bagai untuk bebudak. Aiman yang mulanya tak nak join (kan dia dah masuk kategori adult), last2 terpaksa gak join sebab tak cukup korum.



Lawak betullah...mula2 ramai je main, last2 tinggal 3 beradik ni. Ialah dalam ramai2 tu derang bertiga dikira paling besar.



Aiman & Afiq. Games ni Aiman yang menang.



Tiup belon. Pastu letupkan..



Ni games passing2 bola.



Zati menang. Tiga2 games, aiman , afiq & zati yang menang. Kesian pulak ngan budak2 lain. Tapi nak buat cam manakan....Aiman kata "kan, aiman dah kata tak nak main, tengok semua aiman sapu..."




Besday cake. sangat2 mabeles rasanya...




cute betullah si damia ni...tapi mmg susah betul nak senyum.



posing time!!!!




sorang satu makan ice cream...



Hadiah yang derang dapat. Kebanyakan sticker...


Award & Tag

AWARD & TAG dari kiriman FIZAN lagi....thank you ribu2 lemon dear...makin cutes lah blog akak ni...hehe...



Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan

Ya memang pompuan Melayu Terakhir ni...kalau x caya gi baca profile..


2. Copy badge sebagai award anda

Memang dah copy dah ni..tapi ni akak nak bagi tau FIZAN ni...bagi kita award pastu bila copy x bole pulak tu...sib baik akak pi masuk blog si U-JIN tu.

3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

1. Bangga tu xde lah ek...tapi alhamdullilah atas kurniaan DIA...perempuan ni kan golongan yang paling senang masuk syurga, taat pada suami, ikut perintah DIA..insyaallah mudahlah jalan kita ke syurga..

2. Dapat melahirkan penyambung zuriat & keturunan.

3. Dapat menyusukan anak...lelaki tak ada keistimewaan ini kan...

4. Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu...

5. Boleh manja2 ngan laki...opsss...hubby okey...

6. Disayangi anak2 yang 3 orang tu...sikit2 ibu, sikit2 ibu...apa2 pun ibu...

7. Ada Hubby, Anak2, Abang, Kakak, Adik2 & Kawan2 yang sayang & ambil berat...

4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda ...

so u olls, sila ambil award & tag ni ya...

kak jelly

kak nestumrasberi

arriana

Edrina

Naiz

thalhazlin


Jumaat, Mei 15, 2009

Tazkirah - Kehebatan Surah Al-Ikhlas


"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut .

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".

Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Rabu, Mei 13, 2009

Cerita Kampung

Lama pulak tak berhikayat kat sini. Almaklumlah....bulan membaca novel masih lagi berlangsung.

Last week saya balik kampung. Lama sangat dah tak balik, adalah dekat sebulan kot..kan ari tu 2 minggu bz kat pwtc. oppssss...cerita kat pwtc tak buat lagi lah....nanti lah eh!!!

Kami balik Jumaat malam dalam pukul 10 malam bertolak dari KL. Kenapa bertolak malam? Ini adalah kerana, esok paginya hb nak pergi ladang kat melaka...

Ikut PLUS highway...jalan tak jem..tapi kete banyak. Dalam perjalanan adik saya call, katanya dekat Bukit Putus ada lori askar terbalik masa dia lalu dekat situ dalam pukul 7.30 malam. Kalau ikut2 perkiraan saya, maybe time kami lalu nanti, lori tu dah dialihkan.

Sampai kat Ampangan, adik saya yang sorang lagi call, dia kata jalan jem kat Bukit Putus. Ayooo.....sudah pukul 11.30 malam pun masih jem ka? Kami nak buat macam mana kan, kena jugaklah tempuh, sebab itu je jalan yang ada...

Nasib baiklah kete tak berapa banyak malam tu, walaupun masih jem. Lama jugaklah kete tak bergerak, rasa cam parking je...agaknya dalam 20 minit baru kami nampak lori yang terbalik tu.. Memang satu jalan je bole lalu, so kenalah ikut giliran....sian budak2 askar ni, dah lah gelap giler, kena pulak jadi polis trafik...ngeri tau...dah lah derang ni pakaian serba hijau gelap...bahaya... takut kete atau lori tak nampak derang ni...dah lah dekat selekoh.

Saya sampai kampung dekat pukul 12 kot....Sembang2 ngan mak sekejap terus zzzzz...

Pagi Sabtu tu, dalam pukul 7.30 saya, hb & zati terus gerak ke Melaka, pergi tengok perkembangan ladang serai. Kali ni Ladang yang dekat Jasin. Ladang yang satu lagi dekat Bukit Katil, buat masa ni tak boleh diusahakan sebab tanah berair, kena tunggu lagi 3 bulan.

So layan gambar je lah eh!!!




Ladang yang baru ni berdekatan dengan homestay.

Mula2 sampai, saya pelik tengok derang rebus buah kanbas (buah yang pahit tu, macam peria, tapi lagi besar dari peria) yang hijau dan yang dah kuning. Dalam pikiran saya ni, takkan nak makan yang dah kuning tu...hahaha...rupa2nya buah2 tu untuk bagi ikan makan daaaaa...



posing ngan topi uwan. suka dia pakai topi ni...kat KL manalah ada orang pakai topi ni kan...hahaha..




pokok cili yang masak ranum...banyak giler u ollsss...pokok2 cili ni akan dibuang, so sayanglah tengok buah2 cili yang merah tukan....kat KL cili mahal tau...so saya dengan gigihnya, tengah panaz2 tu, mengutip cili2 ni dari satu pokok ke satu pokok...banyak pokoknyaa....berbatas2...



hb yang 'turun padang' tapi sekejap je...mana nak tahankan...dah biasa keje dalam aircon. Sekarang ni cuaca panaz melampau2....peluh menitik2.



Inilah hasilnya....merah2kan...banyak tau saya petik. Dekat penuh satu baldi kecik. Sensorang pulak tu..Saya pikirkan panaz jeeee....kalau redup mau berbaldi2 saya petik...banyak gilerr lagi yang saya tak petik...sayang je...harap2 minggu ni saya datang ada lagi cili ni...



Ada sungai kecik dekat dengan ladang ni....Kalau lah air penuh mau terjun tiruk rasanya...hahaha...ingat zaman dolu2 kala....



Ni dah nak balik dah ni...sempat lagi posing padahal badan dah melekit2...


On da way balik ingatkan nak singgah kolam ikan tapi abang yang jaga kolam tu tak de...so tak jadilah....terus balik, sampai rumah dalam pukul 5 petang...ramai pulak makcik2 saya yang balik kampung....

Derang bila tengok je saya bawak cili...huikkkk....berebut2 nak tapau. Tak kisahlah kan memang banyak pun...nak buat apa cili sampai sebaldi tu...bukan bole buat ulam pun cili tu. Akceli saya bawak jantung pisang sekali...banyak oooo jantung tu tapi tak snap lah pulak....lupa dah ramai2 tak sempat dah...dan ada pokok limau 2 batang yang hb ambik...konon2 nak bawak balik KL, nak tanam kat umah ni tapi pokok tu pun kena rembat gak ngan makcik2 saya tu...x pelah, insyaallah minggu ni pergi lagi, harap2 ada lagi lah pokok2 tu semua....



Kek untuk mak saya sempena mother's day.




Ahad, Mei 10, 2009

Hari Ibu






Buat ibu, mak, mummy, umi, mama....selamat menyambut Hari Ibu...bersyukurlah kita menjadi hambaNYA yang terpilih untuk bergelar seorang ibu. Ibu yang telah melahirkan setiap insan di dunia ini...


Jumaat, Mei 08, 2009

Award


Dah lama dapat AWARD ni, tapi baru la ni nak wat tayangan kat sini...Terima Kasih Daun Keladi pada FIZAN yang sudi bagi AWARD ni kat saya, walaupun perkenalan kami masih BARU lagi....
Tak kisahlah baru ke lama kan....janji berkekalan....insyaallah...
Dengan ini saya nak buat penyerahan AWARD ni pada list nama di bawah, & silalah ambil yaaa....
1. kak nestumrasberi
2. edrina
3. arianna
4. kak ryn
5. kak ayu
6. kak sue
7. kak nina aka kak mon
8. wan amalyn
9. kak mar (wpun xde blog, tp simpanlah kat mana2 pun)
10. naiz
11. jid