Khamis, Oktober 29, 2009

MY DAY!!!!!

HARI NI 29.10.2009. HARI NI GENAP 35 TAHUN SAYA DI LAHIRKAN. SYUKUR ALHAMDULLILAH ATAS LIMPAH KURNIANYA..

TIMA KASIH BUAT MAK YANG TELAH MELAHIRKAN SAYA, YANG DAH BERJAYA MENDIDIK & MEMBESARKAN SAYA SEHINGGA KINI.

TIMA KASIH UNTUK HUBBY YANG SENTIASA MELINDUNGI & MENJAGA SEGALA KEBAJIKAN SAYA, YANG SUDI MENJADI SAHABAT & TEMAN YANG PALING MEMAHAMI DIRI SAYA.

TIMA KASIH UNTUK ANAK2 SAYA, AIMAN..AFIQ..IZZATI..KEHADIRAN KALIAN BERTIGA AMAT2 BERMAKNA DALAM HIDUP IBU

TIMA KASIH UNTUK KAKAK, ABANG & ADIK2 YANG TAK JEMU2 MENCURAHKAN KASIH SAYANG BUAT DIRI SAYA.

TIMA KASIH UNTUK KAWAN2 & SAHABAT2 YANG SUDI MENGINGATI HARI INI. TIMA KASIH UNTUK UCAPAN & DOA2 ANDA SEMUA...

SAYA SAYANG ANDA SEMUA!!!


SELAMAT HARI LAHIR!!!!



ps: opss!!!kenapa tiba2 saya rasa macam berada d atas pentas yang d bawahnya dihuni oleh ribuan manusia????....award apakah yang dah saya menangi???


Isnin, Oktober 26, 2009

Minggu D Melaka...

Rasa macam nak tulis 'sumthing'...tapi tak tau apa yang nak di tulis. 2009 dah semakin ke penghujung, banyak perkara yang masih lagi tak berjaya di capai seperti yang diazamkan. Kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan DIA yang satu.

Sabtu lepas kami ke Seremban menghadiri kenduri kawin adik kawan hb. Dari Seremban kami terus ke Melaka. Susahlah pulak nak cari hotel kali ni, semua yang penuh. Entah apa xtvt yang berlangsung tapi yang nyata hotel semua full.

Keluar je tol Air Keroh terus ke Jasin, ke Hotel Sri Impian..penuh!!!! Dari Jasin pusing balik ke Mitc, try tanya hotel kat sekitar tu...pun penuh jugak....eeeiiiii...nasib je mak saya tak ada kat rumah, kalau tak memang lepas gi kebun memang balik kampunglah gamaknya...

Kalaulah saya tak berbaju kurung memang dah berkhemah kat kebun, tapi mengenangkan kami ni semua shantek2 makanya haruslah cari port untuk tukar baju yang sesuai. At last kami terpaksalah menerima ketentuanNYA...bermalam di hotel yang sama sebelum ni. Hotel ni sangatlah masalah...paling tak tahan bab lampu...memang murah RM 88 je tapi tulah..lampu satu je..itu pun lampu yang jenis disko warna kuning...bantal pulak kalau susun 4 bijik pun sama je tinggi dengan satu bantal yang besaiz normal. u olls pahamlah sendiri ya.

Lepas dah tukar uniform, barulah kami berangkat ke kebun...Seronoknya tengok buah2 mangga yang bergayut-gayutan, makanya xtvt balut membalut pun bermulalah. Aiman, Afiq & Izzati dengan xtvt masing2...sibuk menangkap ikan...saya & hb lah yang duk pulun membalut buah2 tu...

Setengah jam lagi nak masuk Maghrib barulah kami balik. Kalau ikut2kan hati memang nak berlama2 lagi kat kebun...seronok...aman & damai je...dengan angin sepoi2...

Malam lepas dinner semua 'pengsan'. mula2 ingatkan nak gi ronda2 kat bandar Melaka tapi hb tak berani takut nanti sesat kemana pulak...sebab jauh jugaklah dari Jasin ke bandar Melaka dalam 25km.

Pagi, lepas check out terus ke Mydin Melaka..shopping barang2 dapur....hahaha...punyalah jauh bershoppingkan..tapi seronok tau bershopping kat Mydin ni...selain daripada harga murah, orang pun tak ramai mana...memang selesa gilers lah...

Dari Mydin kami terus balik KL, singgah lunch kat Hentian Air Keroh. Sampai KL dalam pukul 3....

Selasa, Oktober 20, 2009

KURUS vs GUMUK !!!!!

Tajuk cam gempak je kan.....tapi itew lah masalah saya buat masa sekarang ni...GUMUK!!

Betul ke saya dah GUMUK???

YA!! Betul jawapannya. Selama bersara ni, dah nak masuk setahun setengah, saya dah berjaya meng GUMUK kan badan saya yang dulu SLIM me LIM.

Kalau time keje dulu berat maintain je 50kg - 53kg tapi sekarang ni 2 kg lagi je nak cecah 60kg, sangatlah ter LAMPAU. Nasib baik jugaklah saya tergolong dalam kategori makhluk Allah yang tinggi. 162cm...kalau tak...lu pikirlah sendiri!!!!

Apakah yang harus saya buat???? DIET ter LAMPAU??? Tak sanggup rasanya nak DIET ni. Bukan apa...saya ni dahlah salah seorang pesakit GASTRIK, kang tak pasal2 dapat pulak penyakit lain.

Sebulan puasa hari tu, macam tak ada perubahan, lagi naik adalah...dan time raya pulak, ramainya yang bersuara tentang reka bentuk tubuhku..

Stok kebaya yang dalam almari, memang dah tak muat. Memang kena simpan je tu...

Buat masa sekarang ni, saya cuma control makan jelah...kalau dulu makan tak hingat dunia. Apa ada, semua nak belasah, tapi sekarang ke ingat dunialah...

Nak gi buat treatment kat SLIM WORLD tak mampu. Rasanya duit yang ada tu, baiklah di gunakan ke jalan yang BETUL...bukanlah saya kata yang SLIM WORLD tu tak betul, tapi kalau ada takat 5 - 10 ribu je...jangan kau mimpilah...

Ofismate saya dulu ada buat treatment kat SLIM WORLD ni...kalau tak silap, dia kata dekat 30 ribu jugak habisnya, mungkin lagi lebih kot sebab time saya berhenti tu dia masih tak SLIM lagi.

Awal tahun ni saya tengok posing dia kat FACEBOOK, mak aiiiii!!!! MENGANCAM... macam tak percaya je...lagi SLIM dari zaman anak dara dulu... memang TABIK SPRING lah kat dia. Akceli ofismate saya ni saiz besar tau, memang stok pakai jubah je, itu pun pakai jubah yang jenis pakai sudut ke sudut tapi sekarang macam2 fesyen dia bergaya.

Tapi yalah kan, itu cerita orang yang banyak duit, macam kita yang tak mampu ni kena lah pikir sendiri cara apa yang patut..

Turun brat badan shgga 5kg dlm 10 hari shj!trial pek 10 biji(utk 10 hari) hnya brhrga RM 30.hnya 10hr pun anda dah blh nmpk kesan YG MENAKJUBKan mklumat lanjut hubungi saya di mail
Nak Slim? Try SIY dapatkan harga promosi

Macam tau2 je saya ni dah GUMUK...2 msg ni saya copy dari tagboard saya. Nak makan pil KURUS??? Rasanya buat masa sekarang ni saya tak perlukan lagi ubat2an yang nak menguruskan badan ni. Bukan tak percaya, cuma ada rasa TAKUT & NGERI pulak.

Biarlah saya guna cara ORIGINAL. Kurangkan makan nasi, banyakkan minum air putih, buah2an dan sayur2an...insyaallah DIET ORIGINAL ni akan BERJAYA. Cuma kena ada DISPLIN yang amat TINGGI lah kan...kalau tak ada DISPLIN pun tak menjadi jugak...

Isnin, Oktober 19, 2009

Tajuk Apa Yang Patut D Tulis...ENTAH!!!

Hari ni budak2 still CUTI sempena Deepavali, so...seperti biasa bila budak2 bercuti, rumah ni akan bertambah gamat dengan gaduh2 ganaz antara Afiq & Izzati...

Hubby pulak terlebih2 bz sekarang ni. Ada event yang nak d uruskan. Akceli dari last week lagi hubby bz. kalau tidak memang hari ni kita orang akan keluar jalan2.

Semalam pun terpaksa kejer, so kita orang yang dah boring giler duk umah ni, ngikutlah sekali. Kami ke Bangi, tempat d mana event tu akan berlangsung. Nasiblah tak lama mana....

Lepas ke Bangi, kami ke Putrajaya, tempat fav. kitaorang kalau ada masa di hujung minggu. Tapi semenjak hubby sibuk dengan ladang d Melaka, jarang giler dah ke Putrajaya ni. Saya suka jalan2 kat Putrajaya ni dari berjalan sekitar KL. Aman-damai & nyaman je...Orang pun tak berapa ramai, tak sesak macam kat KL.

Tempat yang biasa pergi mestilah Alamanda, dan kedai yang WAJIB masuk mestilah MPH. Walaupun tak membeli tapi mesti nak masuk jugak. Banyak ek novel yang keluar sekarang ni, macam cendawan tumbuh, ramai penulis baru...

Akceli saya nak cari buku untuk mengait benang, entah kenapa sekarang ni macam ter gilers pulak ngan xtvt kait mengait ni. Ni semua sebab tengok gambar2 posting si PJAN. Cantik & sangat2 cute segala bagai baby booties yang dia buat.

Kagum betullah saya dengan si PJAN ni. Buat JAHIT MANIK pandai, KAIT MENGAIT pandai, MASAK MEMASAK pandai, SULAM REBEN pandai...nasiblah dia ni nun jauh d utara..kalaulah duk dekat2 area KL ni, rasanya memang tiap2 ari gi menuntut ilmu ngan dia.

Nak masak apa ek hari ni???? Kalau bab2 masak memasak ni saya memang2 lah lemah. Tak tau nak fikir menu apa dah. Baru setahun setengah jadi suri rumah, orang yang dah bertahun2 duk umah tu lagi lah pulakkan...

Rasanya macam nak masak nasi ayam, tapi bahan2 tak bape nak cukup plak...hhmmm...

Jumaat, Oktober 16, 2009

SALAM AIDILFITRI

Lama betul blog ni bersawang. Dari awal Ramadhan sampai nak ke penghujung Syawal. Apa2 pun di kesempatan ini, yang tinggal beberapa hari saja ni, saya nak ucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua pengunjung setia blog ni.

AMPUN & MAAF jika ada terkasar bahasa, tersalah laku dan perbuatan sepanjang saya ber blog ni...

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Khamis, Ogos 20, 2009

Salam Ramadhan...

Assalammualaikum wbt....

Lama tak update apa2 n3 kat sini. Entah! Terasa macam malas nak menaip sebenarnya. Kisah yang nak di hikayatkan memang banyak, tapi.....eeeiiiiii virus M. Erk! Setahun, entah bape kali kena serang arr saya ni kan....

Sekarang ni saya bz dengan keje silang pangkah aka cross stitch. Tekun & gigih mengusahakan. Nanti saya buat tayangan perdana kat sini.

Hari ni 29 syaaban, bersamaan hari melihat anak bulan ramadhan. Cuaca cerah semacam je, tak ada tanda2 hari nak hujan, agaknya anak bulan nampak ke tak? Kalau anak bulan nampak, esok seluruh umat Islam akan menunaikan salah satu daripada lima rukun Islam dan malam ni akan bermulalah sembahyang sunat Terawih.

Kalau dulu, time saya kecik2 umur dalam 8, 9 tahun tiap kali bila Penyimpan Mohor Besar Raja2 ( <--- betul ke ni ) buat pengumuman tarikh bermulanya Ramadhan & Syawal mesti dalam hati berdebar2, puasa ke tidak, raya ke tidak, tapi sekarang ni tak lagi dah. Tarikh 1 Ramadhan & 1 Syawal bole dikatakan dah diketahui sejak awal2 tahun lagi. Kalau dalam kalendar kuda tu siap dah tayang gambar kartun pakai baju raya. Macam tak surprise je kan.

Okeylah, sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf, zahir dan batin pada semua kakak2, abang2, adik2 & kawan2 yang menjadi pengunjung blog saya ni.

Semoga Ramadhan kali ini tidak menjadi Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Waallahualam...



** credit utk tuan hj arshad blog utk gambar ni. terima kasih.

Jumaat, Julai 31, 2009

Tazkirah - Nifsu Syaaban



Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hbsya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepadaAllah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati didalam iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (adadidalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x4. Berpuasa pada siangnya. Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki1
1. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun kelangit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Isnin, Julai 20, 2009

Jabatan Pergigian Institut Pediatrik Hospital Besar Kuala Lumpur

Sikit punya panjang tajuk kat atas tu. Apa ada dengan tajuk tu?

Pagi tadi dalam pukul 10.30 ada temujanji dengan doktor gigi di HKL. Bukan temujanji saya ya...temujanji untuk Aiman.

Temujanji ni sepatutnya bulan Februari ari tu, tapi saya dah lupa call derang untuk set date yang sesuai..kihkihkih..tapi yang sebenar2nya..kad temujanji tu dah hilang. Gelabah jugak mencarinya, biasalahkan...kad tu kecik, pastu main sesuka hati letak. Sib baik jumpa balik, kalau tak makin haru...

Sampai HKL tadi dalam pukul 10.00 pagi. Hb tunggu dalam kete aje..sebab HKL sekarang very the susah nak parking. Kalau dapat parking pun sure berbatu jauhnya. Nak pegi Institut Pediatrik tapi kena parking kat Wad Bersalin...u olls bayangkanlah bape jauh nak catwalk. Mau tercabut tumit kasut..

Orang tak lah ramai sangat, sebab yang datang semua yang ada temujanji aje. Dalam pukul 10.30 Aiman dah masuk kat dalam bilik rawatan. Saya tunggu kat luar aje..malas pulak nak masuk..

Dalam lima minit lepas tu, doktor keluar jumpa saya. Doktor tu kata, dia perlu cuci gigi Aiman, tapi Aiman kena makan antibiotik dulu dan lepas tu kena tunggu dalam 1 jam baru bole buat.

Mula2 doktor tu suruh buat temujanji baru. Alamak!!!! Saya malas lah pulak nak datang dua tiga kali. Akceli bulan depan Aiman memang ada satu lagi temujanji dengan doktor jantung, tapi date yang untuk cek jantung tu, doktor gigi tu pulak cuti...

Lepas discuss dua tiga minit, saya suruh je doktor tu buat hari ni. Saya terus call hb, suruh tunggu lagi satu jam, nasib baik hb tak banyak sangat keje hari ni.

8 biji antibiotik Aiman kena telan, nasib baiklah ubat tu comel2 je...kalau besar gedabak, mau tercekik. Lepas makan kenalah tunggu pulak 1 jam...bershenta betul saya menunggunya, kalau buat silang pangkah banyak jugak siapnya...

Oh! Ya...mesti u olls tertanya2, nape Aiman perlu telan antibiotik bagaikan. Padahal nak cuci gigi aje...

Akceli Aiman ada masalah jantung sejak kecik lagi. Saluran jantung ke paru2 bocor & sempit. Doktor dapat tau masa umur Aiman 5 bulan, dan sejak itulah setiap tahun Aiman akan buat check-up dekat HKL.

Buat masa sekarang ni, Aiman tak perlu makan apa2 ubat untuk jantung, dan tak ada masalah untuk dia xtive dalam apa2 xtvt, cuma kalau dia tak sihat, dan jumpa doktor saya kena bagitau doktorlah masalah dia.

Dan untuk rawatan gigi, memang dia perlu buat rawatan di HKL.

So, berbalik pada criter tadi, lepas 1 jam dalam pukul 11.30 Aiman d panggil masuk. Sebelum tu Aiman dah suruh saya masuk sekali, makanya saya pun masuklah sekali dalam bilik rawatan tu.

Masa doktor tu cuci gigi Aiman, saya pulak yang terangkat2 kaki kat situ...ngilu betullah.. Aduhaiiii....saya kalau berkaitan dengan gigi ni memang ngerilah...

Lepas 20 minit semuanya selesai. Ambik temujanji baru (08.10.09) minta MC untuk Aiman, kami pun balik. Nasib baik jalan tak jam...sampai rumah pukul 12.15. Kelang kelibut saya masak nasi, selalunya kalau time2 macam ni, saya dah bersenang2, semua keje dah beres.

Bulan depan, sekali lagi saya kena berkunjung ke Institut Pediatrik HKL, tapi kali ni, ni bahagian jantung...ni lagilah lama kena tunggu, orang tak ramai tapi setiap sorang tu amik masa hampir 1 jam jugak nak settlekan rawatan.

Jumaat, Julai 17, 2009

Tazkirah - Untuk Wanita2 (Tabiat Bawa Kita Ke Neraka)


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1 :

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.

Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 :

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,

"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar: a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.

Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita.

Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Rabu, Julai 15, 2009

A Lovely & A Best Blog Award

Lama dah dapat award ni...tapi tak buat jugak. Memandangkan hari ni tak ada n3, maka dengan rajinnya saya buat. Award ni dari Edrina. Thank you soooo muchhhh Ed.





Rules:

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

a. Nino

b. Norish

c. Kak Jelly

d. Raihanna

e. Adrianna

f. wan amalyn

cukup lah tu, saya tak bole nak fikir ni....atau sape2 yang sudi menerima, amat2 dialu2kan...

Selasa, Julai 14, 2009

Satu Lagi Penyakit Baru

Akceli banyak benda nak tulis, tapi...aduh!!!!!!! saya jadi sangat M nak menaip dan meng upload gambar2. Banyak sungguh gambar tak tayang kat sini. Nanti kena buat satu n3 yang penuh dengan gambar2 aje..

Tiga, empat hari ni, saya memang tengah gigih menyiapkan wip cross stitch. Satu dah berjaya disiapkan, tinggal lagi dua. Project terbaru dah ready. Kain & benang dah ready, bila2 masa saje bole mulakan. Kalau ikut-ikutkan hati, memang dah lama mulakan, tapi di sebabkan dah berazam bagai, so kenalah siapkan wip yang ada.

U olls bacakan tajuk kat atas tu...Satu Lagi Penyakit Baru... Ya! Saya dapat satu penyakit baru, rasa macam teruk jugaklah penyakit ni, tapi saya tak ambil apa2 ubat pun, masih under control.

GAMES kat FACEBOOK....kihkihkih...saspen je kan. Tapi itulah penyakit saya sekarang ni. Berkebun di alam cyber. Giler kentang betullah. u olls pernah main tak?? Cubalah u olls main, musti jadi gilers macam saya jugak.

Ini semua atas saranan kak Jelly yang saya kenal di alam cyber jugak. Amboiii!!! salahkan orang pulak...Ampun Kak Jelly..adinda tak bermaksud.... tapi sungguh2 sangat..adinda dah terpedaya...

Games ni betul2 buat saya duduk 24 jam kat depan lappy. Haha...gilers betul..Saya dah pandai bertani, saya dah pandai bertanam, saya dah pandai menuai dan saya pun dah pandai merembat hasil tuaian keng kawan...kihkihkih...ampunnnn...

Malaslah nak cerita lebih2..kalau u olls nak tau...u olls gi lah godek2 kat facebook u olls...pastu bole add saya dan kita bole main together2. Banyak dapat duitt ooo...bole jadi kayooo sekelip mata.....kihkihkihkih...menyalahgunakan facebook...

Jumaat, Julai 10, 2009

Tazkirah - Apa Itu Istidraj


Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu.Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan.

Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya.

Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga.

Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati?

Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Rabu, Julai 08, 2009

Aura Rajin Tengah Cemerlang...

Makin RAJIN pulak sekarang ni. Perkataan RAJIN ni kena BESAR kan sebab aura ke RAJIN an sekarang ni tengah mencanak2 meternya...

Last week, gatal2 tapak tangan sebab tengah gilers buat cross stitch. Wip yang pertama tinggal 5% saje lagi nak siap...terbantut sebab benang dah habis lah pulak.

Semalam, start dah untuk wip kedua....kena laju laju ni, sementara aura RAJIN tengah mengganas...

wip yang 5% lagi nak siap..



ni pulak lagi 15% nak siap... nampak macam dah settlekan tapi ada lagi yang belum di silang. Buah anggur hijau & purple, apple merah, daun & tepi bakul sebelah kanan yang perlu di silang.

wip buah2an ni lagi lama dari cottage atas tu...3, 4 taun jugak kot usianya.

Isnin, Julai 06, 2009

Letih Oooooo...

Letih atau pun penat adalah dua perkataan yang sama maksud. Apasal pulak saya tulis n3 ni macam nak jadi cikgu Bahasa Melayu aje...hhmmmm...

Saya penat sebenarnya ni...2 hari di Melaka. Semalam pukul 10.00 malam baru sampai rumah. Pagi ni seawal 6.30 pagi (bagi saya awallah) mesin basuh saya dah beroperasi sampailah sekarang. Dah tiga empat round dah berpusing bertukar ganti baju kotor. Mesin tu pun dah lain macam je bunyinya...

Hari Sabtu lepas seawal pukul 7.15 pagi kami bertolak ke Melaka. Saje bertolak awal, selain dari megelakan jam, speed trap pun pepagi tak ada kan...opssss...

Pukul 8.30 pagi kami dah sampai Melaka. Terus ke ladang mangga. Sekarang ni saya dah merasakan Melaka ni, macam kampung ke dua kami. Setiap minggu mesti ke sana. Sejak hb menceburi bidang pertanian saya dan anak2 pun sama jadi petani.

Anak2 memang hiper gumbira...macam2 peel derang buat kat ladang tu, nak2 ada pulak tali air kecik kat situ. Minggu sebelum ni pergi, tak hebat sangat derang kat ladang, sebab ladang tu pun masih semak lagi, tapi kali ni memang.....

Saya, tolong sikit2 jelah...tolong tengok budak2 tu, selain tu saya ada xtvt sendiri...

Semalam (Ahad), sambung lagi dekat ladang, walaupun hujan tapi tetap maintain masing2 kat ladang tu...budak2 makin sukooooo...paham2 lah kan, hujan ngan kanak2, kita dulu pun peel lebih kurang gak bila time2 hujan ni...

Lepas ladang mangga, kami ke ladang serai pulak....xtvt mancabut rumput2...tapi kami tak lama sangat kat ladang serai...akceli tak larat dah....terlalu-lalu penat..

Balik semalam dari Melaka dalam pukul 7.00 malam....jam teruk...kat exit Simpang Ampat dah start jam...u olls bayangkan bape jauh lagi ngan KL...sampai kat Senawang hb terus keluar, masuk Seremban sebab nak ikut highway Lekas.

Rupa2nya Seremban pun jam jugak....voooooo...apasal semua tempat jam ni???? Oh!! Ialah awal bulan semua orang balik kampung.

Sampai KL...dalam pukul 9.30, isi perut dulu baru balik....

Nanti saya upload gambar...semua dalam hp hb tak sempat nak transfer lagi...

Jumaat, Julai 03, 2009

Bila Tapak Tangan Mula Terasa Gatal

Tapak tangan belah mana yang gatal tu???? Orang kata kalau tapak tangan belah kanan yang gatal, makanya nak masyukkkkk (pepaham sendirilah) dan kalau belah kiri pulak yang gatal, hmmm...apa ek! kalau tadi masyukkkk, ni keurrrrr lah kan....hahaha..entah apa2 punya istilah. Tak ada maknanya semua itu...

Tapak tangan saya gatal bukan disebabkan masyukkkk atau keurrrr tuuu... tapi sebab, dah mula rasa meroyan nak siapkan cross stitch. Banyak wip2 yang tertangguh. Orang sibuk nak siapkan langsir atau baju untuk RAYA yang lagi 3 bulan, saya sibuk nak siapkan cross stitch.

Bukan apa u olls...sebulan tak buat apa2 ni rasa cam hidup tak sempurna je...cheewahhh!!! bukan tak nak buat apa2, cuma tahap kemalasan terlalu tinggi bulan lepas. Novel tak sentuh langsung.....yang saya leka buat adalah bermain games....macam lawakkan tapi itulah kenyataan hidup saya bulan lepas...gilerr main games. kihkihkih...ada sape2 yang berperangai macam saya yang dah beranak 3 ni....kalah budak2...

Maka disebabkan itulah, lalu bulan ni, bermula dari hari ini saya telah menanamkan azam nak siapkan segala wip2 saya yang sangatlah bertimbun2. Kalau tak caya nanti saya tepek gambar kat sini....orang biasa buat azam awal tahun saya buat azam tengah tahun...tak kisahlah labu, janji... azam itu bagi menafaatkan kat diri saya.

Wahhhh!!! Macam bagus je berazam bagai, tapi entah sampai bilalah azam tu nak tercapai. Last2 nanti azam tinggal azam...tapi selagi keazaman tengah membara2 ni baik saya pulun habis-habisan. Saya ni kadang2 ada jugak buat perangai 'hangat2 dot dot' tu. Tak bole sebut...nanti berbau blog ni.

Cehhh!!! dah masuk bab merapu ni...maka dengan itu saya kenalah stop kat sini. Dan buat permulaannya saya nak siapkan wip yang kat bawah ni dulu. Saya start buat sebulan lepas saya berhenti kerja....hahaha...dah setahun saya berhenti. kunun2 time memula dulu, berazam nak siapkan dalam masa 2 bulan je tapiiiiiiiiiii....u olls tengoklah sendiri...hangat2 dot2.

chart ni free...saya download kat internet. Lagi 20% je tak siap. Sebelah kanan kat bahagian bawah tu tak siap lagi...Ni kalau buat tekun2...seminggu siaplah...wahhhh!!!! seminggu tuuu... tapi kita saksikan lah nanti macam mana ek!!!

Masa saya tengah sibuk kira kotak kat chart tu tadi, hb bersuara " dah mula baliklah bini saya ni jadi rabun ". Hb sajalah perli tu sebab tak ada satu pun cross stitch yang saya buat yang pernah siap...asyik beli benang, beli kain, beli chart tapiiii satu pun tak pernah lagi hantar kedai frame...kihkihkih...



Tazkirah - Bagaimana Hendak Dapat Pahala Yang Tidak Nampak Tetapi Berterusan?


Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir! ilmu utk diri sndiri & saudara muslim

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah dengan seseorang.

4. Bantu mendidik seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan doa itu, anda dapat hasanah.

6. Berkongsi CD Quran atau Doa.

7. Terlibat dalam pembangunan masjid (fizikal/mengimarah kan).

8. Tempatkan water cooler di tempat umum.

9. Tanam pohon pokok. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya , Anda dapat hasanah.

Rabu, Julai 01, 2009

H1N1 - Afiq Terkena Tempiasnya

A week closure of kumon desa pdn due 2 influenza (H1N1) outbreak. This is only safety precaution measure since we hv few stdns fr srjk davidson & inline wt an order fr Ministry, 7 days. Hw pack ready 4 collection by 2moro. Our centre will remain open 4 d xchange of ws. pls call 03-928***** for detail.Tq.


Inilah SMS yang pihak pengurusan KUMON hantar pada 22.06.09. Dan hingga hari ini 01.07.09 masih d tutup walaupun sekolah yang terlibat (srjk davidson) dah dibuka seperti biasa.

Worksheet yang diberi pun setakat 30.06.09, so saya kena call hari ni untuk maklumat lanjut. Dah 3 kali class tutup, so nak kena tanya bila masa dia orang adakan class ganti. Hb dah start bebel2.

Biasalahkan bila terlebih hari, class akan tutup. bila tak cukup hari, tak ada pulak class gantian. u olls paham tak? Cam mana ek nak xplain.

Contohnya, bulan June kan ada 5 minggu (akceli terlebih 2 ari je), so minggu yang akhir tu class tutup sebab dah terlebih, tapi kalau ada certain2 date yang jatuh public holiday, class yang tutup pada public holiday tu tak pulak diganti. Lebih kurang macam tulah, uolls paham sendiri lah ek. Kalau tak paham jugak, buat2 pahamlah ya, bukan nak masuk exam pun.

Afiq????? Dialah orang yang paling happy... tak payah nak pening2 paler pikir pasal class. Worksheet pun banyak tak siap lagi, puas dah saya bebel2 kat dia. Dia kalau bole nak berhenti terus je, baru aman damai hidup dia. Selalu lah merungut dengan saya, tak puas hati macam2, tapi saya buat dunno je, sebab saya tahu dia bole buat tapi virus M dia lebih sangat.

Hmmm...bawah ni sijil ke 2 yang Afiq dapat. Dia still di Level F lagi. Kalau tak silap saya dah hampir setaun dia duk kat Level ni. Kadang2 tu memang kesian, tapi kena berkeras jugak sebab saya tau dia boleh, cuma huruf M yang ada dalam diri dia terlebih2 sangat.




Selasa, Jun 30, 2009

Kembali OK

Assalammualaikum.....hey, haiiiiiiii....
MOOD saya dah kembali OK!!!
So, entry2 baru yang dah basi akan saya update.....
tungguuuuu!!!!!..

Jumaat, Jun 26, 2009

Tazkirah - Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Walau bagaimana pun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Isnin, Jun 22, 2009

Entah Kenapa..

Entah kenapa saya tak ada MOOD nak UPDATE BLOG. Bukan tak ada kisah nak d hikayatkan, banyak...kisah novel2 saya, kisah anak2, kisah balik kampung baru2 ni, tapi tulah...bila MOOD dah tak de semua benda tak menjadi.


Oleh itu, tiga empat hari ni blog ni tak akan ber update, tapi tertakluk pada perubahan semasa. Kalau tiba2 MOOD tu datang mengebu2 maka adalah n3 terbaru, kalau tiba2 MOOD tu makin menghilang, maka bersawanglah blog saya ni...Sekian TERIMA KASIH.

Jumaat, Jun 19, 2009

Stok Novel Terkini

Kisah novel lagi ya u olls. Jangan jemu2. Saya ni kalau tengah suka, memang macam ni, terover meghoyan . Kali ni nak kisahkan tentang stok novel terkini. Kalau u olls perasan, saya memang ada buat satu kotak untuk list stok novel kat belah kanan di bawah blog ni.

Dulu saya pernah buat n3 untuk stok novel ni, n3 sebelum book fair. Ada 80 buah novel. Banyakkan. Masa book fair hari tu, adalah dalam 25 buah novel yang saya beli. Setengah daripada novel yang saya beli tu dah berjaya saya khatam.

Dan last week, ditambah pulak dengan novel2 pemberian Akma, makanya list jadi makin panjang. Macam tak percaya...dah ada lebih kurang 120 buah yang belum dibaca.

Nanti saya tunjukkan gambar stok novel saya. Nak kena kemaskan stor yang bersepah gilerr. Nak kena susun balik, dah berterabur. Sib baik stor tu kecik je. Kalau besar, rasanya lagi banyak barang yang tersumbat dalam tu.

Okey....ni listnya...ada penambahan dalam 40 buah dari list yang dulu.

1. abd rahim awang - ego (cesb)
2. abd rahim awang - generasi yang hilang (cesb)
3. abd rahim awang - kompilasi generasi yang hilang (cesb)
4. abd rahim awang - pulang (cesb)
5. abd rahim awang - realiti (cesb)
6. abd rahim awang - saka (cesb)
7. abd talib hassan - jerebu (cesb)
8. ahadiat akashah - katerina (ghost writter)
9. ahadiat akashah - kisah satu malam (ghost writter)
10. aina emir - matahariku (karnadya)
11. aina emir - nama aku N (karnadya)
12. ainon zaini - cinta kembali lagi (ebiza s.b)
13. ainon zaini - kembalikan cinta (ebiza s.b)
14. ainon zaini - kembara rindu di sakura (ibook)
15. aizam aiman - my angel (pts)
16. aizam aiman - my hero (pts)
17. amaruszati noor rahim - bila sena kembali berbunga (cesb)
18. amaruszati noor rahim - kasih sedingin salju (diwangsa)
19. amelly ann kising - sedetik cinta (ghost writter)
20. anis ayuni - sungguh aku cinta (alaf)
21. anis sofea - seharum kemboja (kaki novel)
22. anis zainol - cerita cinta (cesb)
23. anita aruszi - dedalu di hati (ibook)
24. anita aruszi - rembulan berdarah (kaki novel)
25. anwar razali - asmara seribu cinta (kaki novel)
26. athirah natasha - gerimis kasih (prima)
27. azian zahra - bukan sekadar rindu (nhf)
28. azira ahmad - rindu-rinduan (cesb)
29. azizah johor - ragam sekeping hati (cesb)
30. azlini hassan - ratu hatiku (cesb)
31. dina najat - seteguh kasih aina najihah (kaki novel)
32. dina najat - takdir cinta (nylea)
33. diya elora - cintanya kian membara (cesb)
34. diya elora - lagenda seribu kekasih (utusan)
35. durrah fatiha - seteguh cinta (alaf)
36. ebriza aminudin - dakapan kasih (roket kertas)
37. ebriza aminudin - maharkarya cinta (fajar pakeer)
38. eizda amani - ke pangkuan cinta (fajar pakeer)
39. elias hj idris - kehilangan (cesb)
40. eyman hykal - meniti maut (alaf)
41. fatinilam sari ahmad - antara dua hati (cesb)
42. fatin nabila - bahagia kasihmu (alaf)
43. fatin nabila - syurga di hati (alaf)
44. haizal najwa - bukan klon bukan duplikat (cesb)
45. hani fazuha - mengukir bahagia (alaf)
46. haslinda ismail - masih ada cinta (cesb)
47. hannaziera faiz - izinkan aku pergi (nylea)
48. hlovate - rooftop rant (jemari seni)
49. hlovate - tunas (jemari seni)
50. ida nardiel - seindah rindu (nylea)
51. ida rizyani / thalhah - haura harry (pts)
52. imaen - bohemian (jemari seni)
53. imaen - labyrinth (jemari seni)
54. izza aripin - dan mimpi pun bersatu (kaki novel)
55. izza aripin - kerana dia cinta (kaki novel)
56. izza aripin - sebenarnya cinta (nhf)
57. jessy mojuru - permaisuri hati (cesb)
58. john norafizan - garis-garis dejavu (jemari seni)
59. john norafizan - sempadan tanpa seri (cesb)
60. kamsiah abu - tidak ku pinta (prima)
61. khadijah hashim - trilogi khadijah hashim jilid 4 (k publishing)
62. khairyn othman - zahrah de tigris (jemari seni)
63. lamia aimal - tiga wajah (cesb)
64. lili rozita - bukan cinta biasa (ghost writter)
65. lili rozita - mewarna pelangi ( ghost writter)
66. lynn dayana - jika benar cinta (alaf)
67. majidah mat jusoh - dua dunia (pts)
68. majidah mat jusoh - dunia jam 10 (pts)
69. manjlara - persis sebutir pasir (jemari seni)
70. maya adelia - cinta sang pari-pari (nylea)
71. mimi afinie - bila dah suka (karnadya)
72. mina mahanie - seindah pelangi cinta (bmn)
73. muliati abdul - bahasa kalbu (rhythm)
74. najwa aiman - kasih kita (cesb)
75. nazawati - teluki itu untuk aku (jemari seni)
76. nazurah aishah - rahsia hati sofia (jemari seni)
77. noorsuraya - kebun mimpi (jemari seni)
78. noorsuraya - panggil aku dahlia (jemari seni)
79. nora ismail - serasi bersama (nb kara)
80. norhayati berahim - chinta (nb kara)
81. norhayati berahim - kasih yang tercalar (nb kara)
82. norhayati berahim - kembalikan cintaku (nb kara)
83. norhayati berahim - sakitnya sayang (nb kara)
84. nor rafishah md hassan - cinta di hati (fajar pakeer)
85. nur hazma - dialah di hati (utusan)
86. nuriazam ismail / s.iskandar - kutakluki angkasa (pts)
87. puteri andalas - tanpamu disisi (kaki novel)
88. puteri andalas - yang tak terluah (kaki novel)
89. qaseh qaisara - lagu cinta buatmu (fajar pakeer)
90. ramlee awang murshid - adam (alaf)
91. ramlee awang murshid - hatiku di harajuku (alaf)
92. rose harrisa - mulanya satu cinta (alaf)
93. ruby hazri - percayalah (jemari seni)
94. ryana - tautan kasih (alaf)
95. rynsa - radha (jemari seni)
96. samsiah mohd noor - anggerik kota (cesb)
97. samsiah mohd noor - helang bebas di angkasa (cesb)
98. sarnia yahya - cinta adalah cinta (fajar pakeer)
99. sarnia yahya - secantik anugerah (nb kara)
100. sarnia yahya - tiada yang kedua (alaf)
101. sharifah abu salem - biar rindu berlalu (alaf)
102. siti hasneza abdul hamid - sonata kasihku (cesb)
103. siti nur dhuha - akhir sebuah cinta (prima)
104. siti rosmizah - cinta kau dan aku (prima)
105. siti rozilah - biarkan aku sendiri (cesb)
106. siti rozilah - rindu yusof cinta zulaika (fajar pakeer)
107. syamimi aminolah - airmata kasih 2 (cesb)
108. suhaniza sulaiman - impian kasih (cesb)
109. suraya megawati - kasih yang terlerai (ibook)
110. ujang - jibam (cesb)
111. umi azrina - horizon cinta (alaf)
112. zetty zahira - dakapan asmara (nylea)
113. zetty zahira - setulus kasih ika (nylea)
114. zuraidah othman - kompilasi ada cinta dimatanya (cesb)
115. zuraidah othman - mr nice guy (ghost writter)
116. zuraidah othman - rindu terus berbunga (ghost writter)
117. zuriani mustaffa - aku bukan untukmu (prima)

Agak2nya bilalah habis semua2 tu ek. Kalau time aura membaca tu datang, memang sentiasa berkepit je dengan novel ni, tapi kalau aura tu dah pergi, nak pandang novel pun tak lalu.

Satu lagi yang menjadi persoalan saya, apa yang saya nak buat dengan novel2 yang dah abis saya baca tu, yang jadi penghuni stor tu. Kalau anak2 saya mewarisi hobi saya ni, maka dia amat2 lah bertuah. Kalau tidak...kat mana saya nak hantar novel2 tu??