Khamis, Oktober 29, 2009

MY DAY!!!!!

HARI NI 29.10.2009. HARI NI GENAP 35 TAHUN SAYA DI LAHIRKAN. SYUKUR ALHAMDULLILAH ATAS LIMPAH KURNIANYA..

TIMA KASIH BUAT MAK YANG TELAH MELAHIRKAN SAYA, YANG DAH BERJAYA MENDIDIK & MEMBESARKAN SAYA SEHINGGA KINI.

TIMA KASIH UNTUK HUBBY YANG SENTIASA MELINDUNGI & MENJAGA SEGALA KEBAJIKAN SAYA, YANG SUDI MENJADI SAHABAT & TEMAN YANG PALING MEMAHAMI DIRI SAYA.

TIMA KASIH UNTUK ANAK2 SAYA, AIMAN..AFIQ..IZZATI..KEHADIRAN KALIAN BERTIGA AMAT2 BERMAKNA DALAM HIDUP IBU

TIMA KASIH UNTUK KAKAK, ABANG & ADIK2 YANG TAK JEMU2 MENCURAHKAN KASIH SAYANG BUAT DIRI SAYA.

TIMA KASIH UNTUK KAWAN2 & SAHABAT2 YANG SUDI MENGINGATI HARI INI. TIMA KASIH UNTUK UCAPAN & DOA2 ANDA SEMUA...

SAYA SAYANG ANDA SEMUA!!!


SELAMAT HARI LAHIR!!!!



ps: opss!!!kenapa tiba2 saya rasa macam berada d atas pentas yang d bawahnya dihuni oleh ribuan manusia????....award apakah yang dah saya menangi???


Isnin, Oktober 26, 2009

Minggu D Melaka...

Rasa macam nak tulis 'sumthing'...tapi tak tau apa yang nak di tulis. 2009 dah semakin ke penghujung, banyak perkara yang masih lagi tak berjaya di capai seperti yang diazamkan. Kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan DIA yang satu.

Sabtu lepas kami ke Seremban menghadiri kenduri kawin adik kawan hb. Dari Seremban kami terus ke Melaka. Susahlah pulak nak cari hotel kali ni, semua yang penuh. Entah apa xtvt yang berlangsung tapi yang nyata hotel semua full.

Keluar je tol Air Keroh terus ke Jasin, ke Hotel Sri Impian..penuh!!!! Dari Jasin pusing balik ke Mitc, try tanya hotel kat sekitar tu...pun penuh jugak....eeeiiiii...nasib je mak saya tak ada kat rumah, kalau tak memang lepas gi kebun memang balik kampunglah gamaknya...

Kalaulah saya tak berbaju kurung memang dah berkhemah kat kebun, tapi mengenangkan kami ni semua shantek2 makanya haruslah cari port untuk tukar baju yang sesuai. At last kami terpaksalah menerima ketentuanNYA...bermalam di hotel yang sama sebelum ni. Hotel ni sangatlah masalah...paling tak tahan bab lampu...memang murah RM 88 je tapi tulah..lampu satu je..itu pun lampu yang jenis disko warna kuning...bantal pulak kalau susun 4 bijik pun sama je tinggi dengan satu bantal yang besaiz normal. u olls pahamlah sendiri ya.

Lepas dah tukar uniform, barulah kami berangkat ke kebun...Seronoknya tengok buah2 mangga yang bergayut-gayutan, makanya xtvt balut membalut pun bermulalah. Aiman, Afiq & Izzati dengan xtvt masing2...sibuk menangkap ikan...saya & hb lah yang duk pulun membalut buah2 tu...

Setengah jam lagi nak masuk Maghrib barulah kami balik. Kalau ikut2kan hati memang nak berlama2 lagi kat kebun...seronok...aman & damai je...dengan angin sepoi2...

Malam lepas dinner semua 'pengsan'. mula2 ingatkan nak gi ronda2 kat bandar Melaka tapi hb tak berani takut nanti sesat kemana pulak...sebab jauh jugaklah dari Jasin ke bandar Melaka dalam 25km.

Pagi, lepas check out terus ke Mydin Melaka..shopping barang2 dapur....hahaha...punyalah jauh bershoppingkan..tapi seronok tau bershopping kat Mydin ni...selain daripada harga murah, orang pun tak ramai mana...memang selesa gilers lah...

Dari Mydin kami terus balik KL, singgah lunch kat Hentian Air Keroh. Sampai KL dalam pukul 3....

Selasa, Oktober 20, 2009

KURUS vs GUMUK !!!!!

Tajuk cam gempak je kan.....tapi itew lah masalah saya buat masa sekarang ni...GUMUK!!

Betul ke saya dah GUMUK???

YA!! Betul jawapannya. Selama bersara ni, dah nak masuk setahun setengah, saya dah berjaya meng GUMUK kan badan saya yang dulu SLIM me LIM.

Kalau time keje dulu berat maintain je 50kg - 53kg tapi sekarang ni 2 kg lagi je nak cecah 60kg, sangatlah ter LAMPAU. Nasib baik jugaklah saya tergolong dalam kategori makhluk Allah yang tinggi. 162cm...kalau tak...lu pikirlah sendiri!!!!

Apakah yang harus saya buat???? DIET ter LAMPAU??? Tak sanggup rasanya nak DIET ni. Bukan apa...saya ni dahlah salah seorang pesakit GASTRIK, kang tak pasal2 dapat pulak penyakit lain.

Sebulan puasa hari tu, macam tak ada perubahan, lagi naik adalah...dan time raya pulak, ramainya yang bersuara tentang reka bentuk tubuhku..

Stok kebaya yang dalam almari, memang dah tak muat. Memang kena simpan je tu...

Buat masa sekarang ni, saya cuma control makan jelah...kalau dulu makan tak hingat dunia. Apa ada, semua nak belasah, tapi sekarang ke ingat dunialah...

Nak gi buat treatment kat SLIM WORLD tak mampu. Rasanya duit yang ada tu, baiklah di gunakan ke jalan yang BETUL...bukanlah saya kata yang SLIM WORLD tu tak betul, tapi kalau ada takat 5 - 10 ribu je...jangan kau mimpilah...

Ofismate saya dulu ada buat treatment kat SLIM WORLD ni...kalau tak silap, dia kata dekat 30 ribu jugak habisnya, mungkin lagi lebih kot sebab time saya berhenti tu dia masih tak SLIM lagi.

Awal tahun ni saya tengok posing dia kat FACEBOOK, mak aiiiii!!!! MENGANCAM... macam tak percaya je...lagi SLIM dari zaman anak dara dulu... memang TABIK SPRING lah kat dia. Akceli ofismate saya ni saiz besar tau, memang stok pakai jubah je, itu pun pakai jubah yang jenis pakai sudut ke sudut tapi sekarang macam2 fesyen dia bergaya.

Tapi yalah kan, itu cerita orang yang banyak duit, macam kita yang tak mampu ni kena lah pikir sendiri cara apa yang patut..

Turun brat badan shgga 5kg dlm 10 hari shj!trial pek 10 biji(utk 10 hari) hnya brhrga RM 30.hnya 10hr pun anda dah blh nmpk kesan YG MENAKJUBKan mklumat lanjut hubungi saya di mail
Nak Slim? Try SIY dapatkan harga promosi

Macam tau2 je saya ni dah GUMUK...2 msg ni saya copy dari tagboard saya. Nak makan pil KURUS??? Rasanya buat masa sekarang ni saya tak perlukan lagi ubat2an yang nak menguruskan badan ni. Bukan tak percaya, cuma ada rasa TAKUT & NGERI pulak.

Biarlah saya guna cara ORIGINAL. Kurangkan makan nasi, banyakkan minum air putih, buah2an dan sayur2an...insyaallah DIET ORIGINAL ni akan BERJAYA. Cuma kena ada DISPLIN yang amat TINGGI lah kan...kalau tak ada DISPLIN pun tak menjadi jugak...

Isnin, Oktober 19, 2009

Tajuk Apa Yang Patut D Tulis...ENTAH!!!

Hari ni budak2 still CUTI sempena Deepavali, so...seperti biasa bila budak2 bercuti, rumah ni akan bertambah gamat dengan gaduh2 ganaz antara Afiq & Izzati...

Hubby pulak terlebih2 bz sekarang ni. Ada event yang nak d uruskan. Akceli dari last week lagi hubby bz. kalau tidak memang hari ni kita orang akan keluar jalan2.

Semalam pun terpaksa kejer, so kita orang yang dah boring giler duk umah ni, ngikutlah sekali. Kami ke Bangi, tempat d mana event tu akan berlangsung. Nasiblah tak lama mana....

Lepas ke Bangi, kami ke Putrajaya, tempat fav. kitaorang kalau ada masa di hujung minggu. Tapi semenjak hubby sibuk dengan ladang d Melaka, jarang giler dah ke Putrajaya ni. Saya suka jalan2 kat Putrajaya ni dari berjalan sekitar KL. Aman-damai & nyaman je...Orang pun tak berapa ramai, tak sesak macam kat KL.

Tempat yang biasa pergi mestilah Alamanda, dan kedai yang WAJIB masuk mestilah MPH. Walaupun tak membeli tapi mesti nak masuk jugak. Banyak ek novel yang keluar sekarang ni, macam cendawan tumbuh, ramai penulis baru...

Akceli saya nak cari buku untuk mengait benang, entah kenapa sekarang ni macam ter gilers pulak ngan xtvt kait mengait ni. Ni semua sebab tengok gambar2 posting si PJAN. Cantik & sangat2 cute segala bagai baby booties yang dia buat.

Kagum betullah saya dengan si PJAN ni. Buat JAHIT MANIK pandai, KAIT MENGAIT pandai, MASAK MEMASAK pandai, SULAM REBEN pandai...nasiblah dia ni nun jauh d utara..kalaulah duk dekat2 area KL ni, rasanya memang tiap2 ari gi menuntut ilmu ngan dia.

Nak masak apa ek hari ni???? Kalau bab2 masak memasak ni saya memang2 lah lemah. Tak tau nak fikir menu apa dah. Baru setahun setengah jadi suri rumah, orang yang dah bertahun2 duk umah tu lagi lah pulakkan...

Rasanya macam nak masak nasi ayam, tapi bahan2 tak bape nak cukup plak...hhmmm...

Jumaat, Oktober 16, 2009

SALAM AIDILFITRI

Lama betul blog ni bersawang. Dari awal Ramadhan sampai nak ke penghujung Syawal. Apa2 pun di kesempatan ini, yang tinggal beberapa hari saja ni, saya nak ucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua pengunjung setia blog ni.

AMPUN & MAAF jika ada terkasar bahasa, tersalah laku dan perbuatan sepanjang saya ber blog ni...

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN