Isnin, Oktober 19, 2009

Tajuk Apa Yang Patut D Tulis...ENTAH!!!

Hari ni budak2 still CUTI sempena Deepavali, so...seperti biasa bila budak2 bercuti, rumah ni akan bertambah gamat dengan gaduh2 ganaz antara Afiq & Izzati...

Hubby pulak terlebih2 bz sekarang ni. Ada event yang nak d uruskan. Akceli dari last week lagi hubby bz. kalau tidak memang hari ni kita orang akan keluar jalan2.

Semalam pun terpaksa kejer, so kita orang yang dah boring giler duk umah ni, ngikutlah sekali. Kami ke Bangi, tempat d mana event tu akan berlangsung. Nasiblah tak lama mana....

Lepas ke Bangi, kami ke Putrajaya, tempat fav. kitaorang kalau ada masa di hujung minggu. Tapi semenjak hubby sibuk dengan ladang d Melaka, jarang giler dah ke Putrajaya ni. Saya suka jalan2 kat Putrajaya ni dari berjalan sekitar KL. Aman-damai & nyaman je...Orang pun tak berapa ramai, tak sesak macam kat KL.

Tempat yang biasa pergi mestilah Alamanda, dan kedai yang WAJIB masuk mestilah MPH. Walaupun tak membeli tapi mesti nak masuk jugak. Banyak ek novel yang keluar sekarang ni, macam cendawan tumbuh, ramai penulis baru...

Akceli saya nak cari buku untuk mengait benang, entah kenapa sekarang ni macam ter gilers pulak ngan xtvt kait mengait ni. Ni semua sebab tengok gambar2 posting si PJAN. Cantik & sangat2 cute segala bagai baby booties yang dia buat.

Kagum betullah saya dengan si PJAN ni. Buat JAHIT MANIK pandai, KAIT MENGAIT pandai, MASAK MEMASAK pandai, SULAM REBEN pandai...nasiblah dia ni nun jauh d utara..kalaulah duk dekat2 area KL ni, rasanya memang tiap2 ari gi menuntut ilmu ngan dia.

Nak masak apa ek hari ni???? Kalau bab2 masak memasak ni saya memang2 lah lemah. Tak tau nak fikir menu apa dah. Baru setahun setengah jadi suri rumah, orang yang dah bertahun2 duk umah tu lagi lah pulakkan...

Rasanya macam nak masak nasi ayam, tapi bahan2 tak bape nak cukup plak...hhmmm...

0 sentuhan jemari: