Rabu, Mac 04, 2009

Xtvt Hujung Minggu - Part 2

Majlis Aqiqah & Birthday





ini lah baby cute yang di aqiqah kan sabtu lepas, nama penuh baby ni saya tak tau, yang saya tau nama pendek dia damia anak kazen saya. Saya geram nengok rambut dia tu..panjang sungguh lepas itew tegak je...masa saya dukung dia, hujung rambut dia yang tegak tu bergesel-gesel dengan dagu saya, naik geli pulak saya dibuatnya. Tapi ketika n3 ini ditulis, rambut yang tegak itu telah selamat dicukur..sudah botak maa....



Dua kek kat atas tu untuk besday kakak & abang damia. Kek bulat tu untuk Hafy (2 tahun) & yang barbie tu untuk Qistina (7 tahun). Pic kakak & abang damia ni saya tak sempat nak snap.

Dan pic kat atas ni souvenier dari tuan rumah. Dalam paper beg tu ada cupcake, gula-gula & dodol (bekas merah) & dalam plastic beg tu ada apa entah...tak sempat saya nak tengok dah dibelasahnya kat izzati, itu pun plastic beg tu saya jumpa dalam tong sampah..hukhukhuk..




Lepas majlis itew, saya & family berkunjung ke IKEA..saya tak beli apa pun, adik saya yang bershupping sakan..Orang punyalah ramai, sampai berlaga troli (bukan sekarang ni ekonomi tengah meleset ke???...hhhmmm).


Dahlah IKEA tu luas gedabak..stroller Haziki adik saya tak bawak, so kenalah bergilir dukung dia..sib baik badan cute je...
Shira, Salsabila, Izzati & Afiq


Salsabila & Izzati

Izzati Afiq
Keluar IKEA dalam pukul 7.30. Pergi Subang Jaya hantar kakak saya balik rumah kakak ipar dia. Hubby dia duk lepak kat sini, malas nak ikut bila kita org kata nak pergi IKEA. Ngelat lah tu....Mak & family adik tinggal kat sana sebab kakak janji nak belanja mak. saya sefamily gerak balik KL, hubby nak pergi open ceremony kedai kawan dia.


Ini menu kat kedai itew (Kafe D'GILING - menu utama asam pedas)...uwahahahaha...saya gelak dulu eh!! nanti saya stories...uwahahaha...
kita orang sampai, kafe tu penuh dengan orang, siap kena tunggu giliran lagi.. lepas je dapat duduk, waiter pun datanglah hulur menu....nak tau apa dialog waiter tu...
"minta maaf kak, abang...sekarang ni boleh order air aje sebab makanan dah habis"
hah!!!! saya kebil-kebil mata kat aiman...dalam hati "biar betul ni" hubby pun jawab "tak apa ya dik, kejap lagi kita order"
hubby tanya macam mana ni...semua tengah lapar ialah dah pukul 9. Budak-budak pun dah mengeluh je..
Kejap tu datang kawan hubby...dia kata yang ada cuma asam pedas ikan terubuk je.. aduihaiii...mana boleh....nak bagi budak-budak ni makan ikan terubuk, ada pulak yang kena hantar kat hospital kat sebelah tu (kafe D'Giling ni bersebelahan dengan Hospital Ampang)
At last...kita orang gi cari makan-makan kat tempat lain. Saya ajak hubby gi makan pedas linda onn kat tesco (ialah..takut pulak ada yang kempunan nanti) hubby tak mau pulak...
Tiga empat tempat jugak kita orang singgah tapi semua penuh, nak kena q pulak sebelum dapat duduk...kenapa???? oh!!! baru saya ingat...hujung bulan, orang dah dapat gaji maaaaaaa...
Akhirnya kita orang makan kat warung tepi highway MRR2...kahkahkah!!!! pukul 10 makan malam tuuu....betul2 lawak lah...



Saya tak ada pulak snap pic warung tu...sebab bateri dah kong....

Tunggu next n3 ya..n3 last untuk xtvt hujung minggu...

4 sentuhan jemari:

nestumrasberi berkata...

ha ha ha boleh pulak lauk abes..mmmm mesti makan kat situ bestkan sampai abes lauk-pauk dier.

kesian kat budak2 tu kol 10 baru makan...mesti lapar tahap gaban tuh..

ina berkata...

tulah pasal kak...1st day open lauk dah abis...tp kn kak, dia start frm lunch time lagi..nina je pegi nk dekat2 supper...hikhikhik..

edrina berkata...

Ina,

make sure tukar link tu ke link blog ina.. contoh cam kat bawah ed dah tukar link ker blog ed. Ed tak leh nak paste penuh script tu sebab tag script tu not allowed kat ruangan komen..ina carik yg ada /feeds/comment tu:

"http://edrina.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=showrecentcomments"

comeinya baby damia tu..rambut tegak2 ekekeke.. ramai org pasal ikea tgh sale kot.

ina berkata...

eddddddd.....ina dh berjaya...tq!tq! akceli ina dh buat benda yg sama mcm ed tulis tu time buat ari tu, tp entah nape x kuar plak....hehe...

ni...ina try wat sekali lagi br berjaya... tq ed..nnt ina bolelah tanya lagi ya *wink*

damia tu mmg comei je, pas2 pakai plak hair band lagi lah ina rasa nk bawak balik je...hukhuk..

mmg pn ed...area ctu jalan jam gilerss...nk cari parking, punyalah payah..klu bukan bawa mak mmg hb xkn tempuh g sana time2 ni..