Isnin, Mac 16, 2009

Pulau Lang Tengah - Part 2

Kita sambung cerita ya....

Perjalanan dari jetty merang ke resort mengambil masa 1 jam.

Sampai kat resort kami sekali lagi kena tukar bot sebabnya....air surut & tak nak merosakkan coral-coral yang ada. Cantik tau laut kat sini, nampak hijauuu jerrr...kami sampai dalam pukul 12 macam tu lah.

Masa saya buat check-in, terpandang notis board kat resort tu...biar betul?????? u ollss nk tau apa yang pihak resort tulis kat situ????

1. Biasalahkan xtvt yang ada mcm snorkeling, diving, fishing dll lah
2. Electricity???? ada pulak certain2 time jerrr....1 point.

Masa baca tu saya buat dhek je lah kan...sebab tak kena lagiiiii. Saya book 3 bilik (2 bilik untuk twin sharing & 1 bilik untuk triple) Aiman + Afiq, Abang Wan + wife duduk kat bawah & saya, hb, izzati duk kat atas.

Masuk jer bilik, saya dah kebil-kebil mata ngan hb. Biar betul ni....macam padat jer, (saya tak snap plak pic bilik tu) tak macam pic bilik yang saya letak kat n3 sebelum ni....hohohohoh itu rupa-rupanya family room. Okeylah, lepas tu, u olls nak tau, hb pun on kan air-cond...hah! tak ada electricity...hb dah hangin jer...ialah dia mengantuk, naklah tido...u olls bayangkan macam mana nak tido macam tu...tak ker nanti macam udang kena panggang...

Group yang lain tadi pun sama jugak, bising-bising pasal letrik ni. Pompuan yang serba hitam tu duduk selang sebilik jer ngan saya. Pastu bila kita orang bising-bising, barulah pihak resort bertindak....konon jer tu, gimik...kami pun legalah bila dah ada letrik, boleh releks sikit. Saya pun berkemaslah, konon-konon nak letak semua baju dalam lemari, hahahah...gelak dulu b4 criter. Nasib baik tak kena hempap dengan lemari. Bila saya tarik jer pintu lemari tu, dengan lemari tu sekali ikut. FFuuhhhh!!! kalau tak....entah saya pun tak nak bayangkan...ngeri...tapi lepas tu saya & hb gelak guling-guling. Entahhhhh!!!! dalam hati sakit-sakit tu ada jugak kelakarnya..

Time lunch pulak....banyaknya komplen sayakan...tapi ini untuk kebaikan u olls jugak yang ada bercadang nak pergi resort ni. U olls nak tau tak, apa hidangannya... hahahaha..gelak lagi...kena gelak kalau tak jadi tension...hukhukhuk..

1. Ayam goreng yang saya rasa sekor ayam tu potong 20 kott...sangat comey okey, tapi rasa dia bolehlah...
2. Ikan goreng bercili. Ikan kembung kot tapi kecik gilers pastu boleh pulak dipotong 2.
3. Sup ayam yang saya rasa banyak sup dari ayam & sayur-sayuran.
4. Jelatah, hb kata tak pernah dia pergi mana-mana hotel/resort yang buat hidangan macam ni. very the kampung...yer kerr kampung??? kerrr nak budget...

Nasib baik aiman, afiq & izzati tak banyak cerita. Belasah jer, maybe derang pun tengah lapar.

Lepas makan kami naik bilik...aduihaiiii...letrik dah tak ada. Budak-budak dah tak sabar nak main laut, so saya suruh jer derang tukar baju, ialah daripada duduk dalam bilik yang panaz tu baik berpanaz kat tepi pantaikan, puas jugak ati. Hb pulak memang dah tak boleh tahan, mengantuk, dia tido jugak panaz-panaz tu, bukak tingkap tapi angin yang bertiup pun sepoi-sepoi jer...saya join bebudak kat tepi pantai, tapi tak mandilah saya cuma duduk kat tepi jerr.

family room.



permandangan dari atas bilik saya.


happy time!!!




derang sronok sebab pantai tu macam derang yang punyer sebab tak ada orang. Sangat-sangat privasi.



main tak sedar diri ni.


inilah jadinyer bila dah puas berendam. pukul 9 derang semua dah selamat..aiman & afiq pun join kita orang kat bilik atas. takut nak biarkan derang berdua kat bawah, kalau apa-apa jadi susah. so kami semua tido berimpit-impitlah...


bila dah puas berendam, pewot sure bergendangkan, nasib baik ada maggie cup, itu pun punyerlah susah nak dapatkan air panaz (kan dalam bilik tak ada apa2).


time dinner ni. lauk apa ya...lupalah pulak tapi apa yang saya ingatkan derang masak telur masak kurma (macam rumah kendurikan), petola masak lemak putih (menggeleng hb tengok lauk ni, saya pulak tergelak sebab saya rasa kelakar sangattt). 1 point. tapi u olls bayangkan kalau ada mat salleh/minah salleh, macam mana derang nak makan masakan yang macam tu?? Dan tak ketinggalan buah betik menjadi hidangan pencuci mulut yang wajib.

Dah lah tuuu, tak boleh pulak nak buat side order 1 point. Kena jugak telan walaupun tak sedap, kalau tak mau mati kebulur kat situ. Tapiiii kalau u olls nak tau, saya sebenarnya hairan bin ajaib bila mata saya terpandang plague (betul ke eja mcm ni?) "jalan-jalan cari makan" kat counter lobby resort tu. Macam lawakkan, agak-agak u olls apa yang Maria Tengku Sabri tu makan??? tapi entahlah, maybe management dulu kott..(last day tu baru saya tau yang resort ni dah bertukar management tapi saya tak tau dah braper lama owner baru ni ambil alih)

Dannnn....ini saya letak lagi pic perempuan yang serba hitam tu ya. u olls tekalah lagi...last n3 nanti saya bagi tau sape dia ni....kesian saya dengan dia ni. Time lunch tu dia turun lambat, lauk dah tinggal sisa, sampaikan dia terpaksa angkat bekas sup & tuang dalam pinggan 1 point. Apa perasaan owner resort tu bila terpandang macam itu ya..hhmmmm...

Oh ya, lupa pulak nak tulis....kalau u olls nak tau, lepas makan kita orang kena angkat pinggan mangkuk sendiri tau & letak dalam container, nasib baik tak kena cuci sendiri. 1 point.




Lepas ni nak cerita apa pulak ya.....tunggguuuuu...banyak benda nak komplen ni. Especially sikap owner resort ni sendiri....

4 sentuhan jemari:

edrina berkata...

ish teruk gak ek resort neh..ed pegi dulu resort apa ek dah lupa nama dia tapi yang pasti bukan resort lang sari ni lah..

Tanpa Nama berkata...

mmg ed....rasa cm nyesal jer pilih resort ni..klu tgk website resort ni....cm hampeh jerr...tipu sokmo..

ni 2nd time ina ke pulau lang tengah, 1st time pegi 1997. duk kat blue coral island resort, best resort tuu....

PUAN THALHA : berkata...

kak, saya rasa fasha sanda la. uhuhu. betol tak ek? ;p

hm.. cite akak pasal resort nie macam resort nie tak best je. banyak point-point di berikan tapi nampaknya semua bad point jek.

tapi, naseb baik percutian dengan family, so, orang sekeliling lah yang menjadikan percutian itu happening! ye tak ? ;p

ina @ nina @ infazety berkata...

thalha...
fasha sanda??? tunggu ya...akak tgh upload pic utk part 3...

mmg bad pun, sib baik pulau sangat cantik....

oleh itew nnt g honeymoon jgn pilih resort ni...