Last week, kami anak beranak + kawan hb (semuanya 7 orang + kanak-kanak 3 orang)pergi bercuti ke Pulau Lang Tengah, Terengganu. Nampak tak di sudut atas sebelah kanan blog saya ni saya tulis "holiday kami yang dot..dot..dot". Nak tau apa maknanya dot..dot..dot...tu..meh saya ceriter satu persatu...kihkihkih...
Kami bertolak dari KL dalam pukul 10.30 mlm. Actually hb nak bertolak dalam pukul 12 mlm tapi disebabkan dia tak dapat tido makanya kami mempercepatkanlah waktu bertolak itew.. sementara tunggu abang wan & wife datang...saya layan astro prima tengok Akhir Raja Lawak (siapa yang menang ek??? sampai ke hari ni saya tak tau sape yang menang...kihkihkih tragiskan.) opsss...keur tajuk ni...ok kita sambung lagi...
Sampai Jetty Merang dalam pukul 5.30 pagi (gelap lagi masa tu), lamakan nak sampai ke Terengganu ni...jauh sungguh, sib baik jalan malam taklah panas sangat..dan nasib baik jugak dah ada highway pantai timur, kalau tidak lagi jauh. Kami singgah makan dulu, sebab rasa lapar lah pulak pada hal kalau kat KL mana ada makan time2 subuh ni kecuali kalau time sahurlah..hehe..tapiiii roti canai kat kedai tu sangat-sangat maveles, sedap gilersss...
Kami ke jetty merang semula dalam pukul 7.30 pagi..masa tu dah ada ramai orang jugak. Kami dok usha-usha tempat parking kete, lalu sini khas untuk resort ni, lalu situ khas untuk resort tu, dalam hati, nape tak ada banner untuk parking kete khas untuk resort kami?. 1 point. Tak apalah maybe Pulau lang Tengah ni orang tak ramai pegi, so tempat kete pun tak adalah derang khas-khas kan untuk guest derangkan.
Kami tak puas hati, dah dua tiga kali pusing masih tak nampak jugak banner mana-mana resort yang ada kat Pulau Lang Tengah tu, betul ke naik bot kat Jetty Merang ni?? Hb suruh saya call Sales Office Lang Sari Resort kat Terengganu. Masa tu baru pukul 7.45 pagi, office pun tak bukak lagikan...tapi tak apalah, nak menyedapkan hati saya pun call lah office tu...sekali ada orang pompuan jawab "no. yang anda dial telah ditamatkan perkhidmatan" what?????? biar betul...1 point. dua tiga kali jugak saya call nak puaskan hati, mana tau kot-kot saya silap tekan ke kan, tapi tetap suara pompuan tu yang jawab.
Saya call pulak sales office cuti-cuti malaysia.com, tapi memang tak berjawablah sebab baru pukul brape kan. Pelik, pelik...tak kan pulak cuti-cuti malaysia ni klentong tapi salah saya jugak sebab saya tak call derang nak confirmkan betul-betul pasal jetty tu.
Lepas tu hb berhenti tanya orang kat situ, kot-kot kalau salah jetty ke kan, tapi orang tu kata betullah guna jetty merang tu untuk pergi ke Lang Tengah. Legaaaa.....hb parking dekat kawasan yang dikhaskan untuk resort untuk ke Pulau Redang, belasah jelah kan...dah tak ada parking, lepas tu orang jaga parking tu tak ada pulak tanya nak pergi pulau manakan, so hentam saje lah..Parking yang berbumbung untuk 3D2N RM 25, yang tak berbumbung RM15.
Kami pun jalanlah pegi kat jetty tu, angkutlah segala bag yang berat gilers tu kan. Sampai pulak kat jetty tu satu hal, kat mananyer nak naik bot??? tak nampak pun satu bot, bot orang tangkap ikan banyaklah..masa tu dah pukul 8.30 pagi, hb tanyalah ada sorang pakcik ni yang nampak sibuk betul, kat mana nak tunggu bot. Pakcik tu kata, air surut sekarang ni, bot tak boleh masuk kat jetty tu, kemungkinan besar kena pergi jetty lain. Pulak dah!!!!! Jetty mana ???? Tapi tak apa dia kata, duduk dulu nanti dia inform kemudian berita terkini!!!
Aduihaiiii!!!! dari pukul 8.30 kami tunggu sampailah pukul 10.00 tak nampak satu bot pun yang masuk dannnn pakcik yang kecoh-kecoh tu pun entah mana lesapnya. Kita orang dah naik geram, orang makin ramai, suasana makin kecoh. Saya pulak masa tu mata...mak aiiii ngantuk gilerss, bayangkan dari KL tak tido temankan hb drive kalau tido pun tido-tido ayam jerr..hb lagilah berkali-kali ngantuknya + letih lagi. kesian kat hb...hukhukhuk..
Dah dekat 10.30 baru pakcik yang kecoh tadi muncul, hb & abang wan apa lagi, tanyalah dia & jawab dia "bot memang tak boleh masuk & kami semua kena naik dekat jetty lain (500m dr jetty merang), so kami pun dibawa naik van ke jetty tu.
Sampai je kat jetty tu (bukan jetty kot, sebab tak nampak pun atap jettynya) kami kena turun & jalan ke tepi pantai, orang ramai gilerss (bukan ramai sebab mandi manda okey....ramai sebab nak tunggu naik bot) u olls nak tau tak macam mana keadaannya masa tu??? hb kata kami semua dah tak ubah macam PATI (tau kan apa itu PATI) hahahaha!!! gelak, gelak jugak, dalam hati membara-bara.
Sampai je kat tepi pantai, pakcik yang kecoh tu kata kami semua kena jalan ke tengah sikit sebab bot tak boleh sampai kat pantai (maknanya kami kena harung air laut tu???? oh! tidak!!! 1 point. patutlah masa sampai tadi, saya nampak semua orang dok lipat-lipat kaki seluar. Seksanya nak sampai pulau!!!!!!
Dan air laut yang kami kena harung tu bukanlah cetak sangat, paras lutut & hb terpaksa dukung izzati yang sama berat dengan beras 20kg (kejam betul saya, samakan izzati ngan beras..hikhikhik) + sandang beg..Dannnnnn akhirnya kami berjaya sampai ke bot kecik yang akan transfer kami ke bot yang lebih besar (2 kali transit tuuuu, kalah naik flight). Jom layan gambar.....
Derang ni semua satu group dengan kami. u olls nampak tak belakang tuuuu...yang dekat pantai tuuu...nampakkan orang ramai-ramai, pas tu bot kecik tuuuu...nampak tak kaki seluar si afiq dah sampai paras mana? dan nampak tak seluar saya yang dah basah paras mana?
Jeng!Jeng!Jeng! u olls dapat agak tak sape pompuan yang serba hitam itewww...dia ni pun satu group dengan kami...hahaha...cepat teka....1,2,3....dia ialahhhhhh...
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Siapa pandai teka???? Kalau u olls masih tak kenal siapa dia ni, nantikan next n3 ya...jawapan ada di situ...kihkihkih...tunggguuuuuuu!!!!
p/s : abaikan date pada pic-pic itew...saya lupa nak setkan...dah nak balik baru perasan..hukhuk.
3 sentuhan jemari:
tumpang lalu.. :)
wah! best cuti.. ;p sapa perempuan berbaju hitam tuh? macam fasha sanda pun ada ;p
ina,
maya karin ker...gaya duduk cam fasha sandha
saspen baca citer ina ni tau...masa akak baca cam debar2 jer..banyak kejutan. lepas ni cepat2 hapdet ekk
:: thalhazlin ::
silakan lalu thalha...blog akak xde tol..hikhik..
sape si dia tu kena tunggguuuu...
:: nestumrasberi ::
amboiiii kak... cm tau2 je gaya duduk fasha sanda tu..akak ni die hard fan dia ek? akak pn kena tunggu next n3 yaaa....
Catat Ulasan