Isnin, Julai 20, 2009

Jabatan Pergigian Institut Pediatrik Hospital Besar Kuala Lumpur

Sikit punya panjang tajuk kat atas tu. Apa ada dengan tajuk tu?

Pagi tadi dalam pukul 10.30 ada temujanji dengan doktor gigi di HKL. Bukan temujanji saya ya...temujanji untuk Aiman.

Temujanji ni sepatutnya bulan Februari ari tu, tapi saya dah lupa call derang untuk set date yang sesuai..kihkihkih..tapi yang sebenar2nya..kad temujanji tu dah hilang. Gelabah jugak mencarinya, biasalahkan...kad tu kecik, pastu main sesuka hati letak. Sib baik jumpa balik, kalau tak makin haru...

Sampai HKL tadi dalam pukul 10.00 pagi. Hb tunggu dalam kete aje..sebab HKL sekarang very the susah nak parking. Kalau dapat parking pun sure berbatu jauhnya. Nak pegi Institut Pediatrik tapi kena parking kat Wad Bersalin...u olls bayangkanlah bape jauh nak catwalk. Mau tercabut tumit kasut..

Orang tak lah ramai sangat, sebab yang datang semua yang ada temujanji aje. Dalam pukul 10.30 Aiman dah masuk kat dalam bilik rawatan. Saya tunggu kat luar aje..malas pulak nak masuk..

Dalam lima minit lepas tu, doktor keluar jumpa saya. Doktor tu kata, dia perlu cuci gigi Aiman, tapi Aiman kena makan antibiotik dulu dan lepas tu kena tunggu dalam 1 jam baru bole buat.

Mula2 doktor tu suruh buat temujanji baru. Alamak!!!! Saya malas lah pulak nak datang dua tiga kali. Akceli bulan depan Aiman memang ada satu lagi temujanji dengan doktor jantung, tapi date yang untuk cek jantung tu, doktor gigi tu pulak cuti...

Lepas discuss dua tiga minit, saya suruh je doktor tu buat hari ni. Saya terus call hb, suruh tunggu lagi satu jam, nasib baik hb tak banyak sangat keje hari ni.

8 biji antibiotik Aiman kena telan, nasib baiklah ubat tu comel2 je...kalau besar gedabak, mau tercekik. Lepas makan kenalah tunggu pulak 1 jam...bershenta betul saya menunggunya, kalau buat silang pangkah banyak jugak siapnya...

Oh! Ya...mesti u olls tertanya2, nape Aiman perlu telan antibiotik bagaikan. Padahal nak cuci gigi aje...

Akceli Aiman ada masalah jantung sejak kecik lagi. Saluran jantung ke paru2 bocor & sempit. Doktor dapat tau masa umur Aiman 5 bulan, dan sejak itulah setiap tahun Aiman akan buat check-up dekat HKL.

Buat masa sekarang ni, Aiman tak perlu makan apa2 ubat untuk jantung, dan tak ada masalah untuk dia xtive dalam apa2 xtvt, cuma kalau dia tak sihat, dan jumpa doktor saya kena bagitau doktorlah masalah dia.

Dan untuk rawatan gigi, memang dia perlu buat rawatan di HKL.

So, berbalik pada criter tadi, lepas 1 jam dalam pukul 11.30 Aiman d panggil masuk. Sebelum tu Aiman dah suruh saya masuk sekali, makanya saya pun masuklah sekali dalam bilik rawatan tu.

Masa doktor tu cuci gigi Aiman, saya pulak yang terangkat2 kaki kat situ...ngilu betullah.. Aduhaiiii....saya kalau berkaitan dengan gigi ni memang ngerilah...

Lepas 20 minit semuanya selesai. Ambik temujanji baru (08.10.09) minta MC untuk Aiman, kami pun balik. Nasib baik jalan tak jam...sampai rumah pukul 12.15. Kelang kelibut saya masak nasi, selalunya kalau time2 macam ni, saya dah bersenang2, semua keje dah beres.

Bulan depan, sekali lagi saya kena berkunjung ke Institut Pediatrik HKL, tapi kali ni, ni bahagian jantung...ni lagilah lama kena tunggu, orang tak ramai tapi setiap sorang tu amik masa hampir 1 jam jugak nak settlekan rawatan.

2 sentuhan jemari:

PUAN THALHA : berkata...

ehehe. biasalah kak. kenalah sabar kalau pergi hospital tu ;)

nino mok berkata...

akak seriau la kalo budak kecik sakit camni. kesian kat dorangkan. apepun akak doakan semoga aiman diberikan kekuatan menempuhi segala dugaan dari Allah.