Selasa, Mac 24, 2009

Anak-Anakku...

Hari ni saya nak hikayatkan kisah anak-anak saya yang berlaku semalam..

Kita mulakan dulu dengan Aiman.



Boleh pulak semalam dia tertinggal van sekolah. Criternyer cam ni..
Dia selalu tunggu van dalam pukul 11.30 pagi. Memang semalam dia keur umah pukul 11.30. Tempat tunggu tu tak lah jauh dari rumah, + - 10 meter jer. Lepas tu dalam pukul 12.00 sedang saya surf ternet saya dengar bunyi hon.

Mula-mula saya buat dhek jer, pastu bunyi hon tu makin kuat. Saya pun apa lagi, berlarilah ke depan nak intai kat koridor, saya nampak van tu dah blah!!! opsssss...lain macam jer ni..pakcik tu takkan hon kalau aiman ada. Nak kena edisi siasat ni...makanya saya pun turunlah kebawah, tanya dengan adik ipar saya. Dia kata tak ada pulak aiman melepak kat umah dia..tak boleh jadi ni...saya pergi pulak kat kedai depan tempat dia tunggu tu...risau u olls, nak-nak sekarang ni macam-macam kejadian yang berlaku...

Tokey kedai tu pulak tak perasankan dia, ialahlah takkan nak peratikan dia pulak, tapi dia kata memang tak ada sape pun yang naik van tu. Ah! Sudah....Aiman dimana kau!!!!

Saya balik umah, saya call hb, mana tau kot-kot dia terrajin pulak buat penghantaran..

Saya : Yang, awak hantar aiman sekolah ke?
Hb : Apa ke hal pulak abang yang menghantar, kan ke dia naik van..

Saya pun criterlah kisahnya...

Hb : Ala...dia dah naik lah tu.
Saya : Kalau dia dah naik takkan pakcik tu bunyikan hon.
Hb : Dah tu kot...

Hb pun maybe tengah banyak keje, dia pun malaslah nak layan saya punya kerisauan. Saya pun amiklah kata-kata hb, yang aiman memang dah naik van tu.

Dalam 5 minit lepas tu, saya dengar pintu umah dibuka...Hah!!

Aiman : Ibu....tolong hantar Aiman gi sekolah bu. Van dah tinggalkan aiman.
Saya : Kau pergi mana? Nape tak tunggu kat tempat tu.
Aiman : Aiman pegi umah Izmi (kawan dia yg sama naik van) tunggu dia bersiap.

Saya pun apa lagi, masa tu dah pukul 12.15. Cepat jer capai kunci kete.

Abis satu kisah...kisah ke dua pulak...nak criter pasal budak berdua ni hah..


Setiap hari isnin Afiq balik pukul 1.30, so izzati yang balik pukul 1.00 kena tunggulah abang dia. Semalam dalam pukul 1.20 time saya nak gi jemput dia orang, tiba-tiba bila saya bukak pintu, si afiq dah tercegat kat luar. Time tu saya dah lega...tak payahlah saya susah-susah nak jemput..

Afiq : Ibu.....afiq lupa nak bawa zati balik.

Baru saya perasan yang dia balik sorang jer..Izzati tak ada sekali.

Saya : Laaa....budak bertuah ni, adik tunggu kau, kau boleh pulak tinggalkan dia..

Afiq : Sori bu...afiq lupa...Hari ni balik cepat sebab sekolah agama ada exam.

Saya pun apa lagi...berlari turun tangga. Saya membayangkan yang Izzati akan balik sorang-sorang bila tengok afiq tak ada...saya takut kalau dia melintas sensorang...eeeiiii...

Sampai kat sekolah, saya suruh afiq pergi cari Izzati. Saya pulak call hb.

Saya : Yang, saya tak tau lah apa jadi dengan anak-anak awak hari ni.

Hb : Apa pulak kesnyer.

Saya pun criterkan lah kisahnya. Hb pun apa lagi, bla..bla..bla.. lah dengan saya.

Hb : Biar dia, nanti balik kena ngan abang. Suruh jaga adik pun tak boleh. Zati tu boleh jer tunggu dia, dia boleh buat dunno plak ngan adik dia...

Itulah perangai afiq. Sangat berkira dengan Izzati. Kadang-kadang pening kepala dengan dia orang berdua ni. Yang buat kecoh + bising kat rumah ni, dia orang berdualah. Ada jer benda yang nak digaduhkan, tapi kalau time baik....hukhukhuk...


Izzati ni selalu jadi mangsa afiq. Tapi kekadang dia yang buli afiq. Hehe...sama jer dua-dua ni.

Semalam Izzati balik bawa kertas exam. Dengan happynya dia tunjuk kat saya time saya tengah drive. Manalah saya boleh tengok, nak jeling pun tak sempat, dia yang pot pet pot pet kat saya. Alhamdulilah...90% keatas semuanya..

Semalam, exam kat sekolah agama bermula..moga-moga dia orang boleh menjawab dengan jayanya...

4 sentuhan jemari:

nino mok berkata...

ina kdg2 budak2 nih boleh menyebabkan kita sakit jantung

dorang blh selamber jer kan

kita yg risau bagai nak rak, maklumlah skrg macam2 kes

jantung kita rasa nak tertanggal dorang boleh kata "sori"..

macam tu jugak ap, skrg suka menghilangkan diri tak tentu pasal

edrina berkata...

huhuhu..betul cam akak nestumrasberi tu..suka buat kiter kecut perut kan .. la ni tak kira laki ker pompuan dua2 kena jaga..sgt bahaya kan..

syoknya bila anak2 dah besar ni kan.. tah yah lagiks dah usung bakul botol susu kesana kemari hiks..

PUAN THALHA : berkata...

hee. comey! ;p

Tanpa Nama berkata...

kak nestum...

a'ah mmg bole wat jantung gugur ngan perangai derang..
sib baik ina ni tahap kesabaran tinggi, klu tak dah lama kena heart attack..
salah satu sbb ina bhenti keje pn pasal budak2 lah kak...

ed...

tulah..zaman skrg ni budak2 tak bole biarkan...takut,
bila terbaca kes2 budak2 ilang tu..x bole bayangkan klu benda tu kena ngan kita..
mmg skrg ni senang nak kemana2, tak payah dh nk usung bakul ke hulu ke hilir tp kan ed..ina rasa boring sgt...rs mcm nk ber bb plak balik..hehe...

thalha...

heee...apa yg comey???