Ahad, Mei 31, 2009

Tak Bole Tido..

HHmmmm....dah pukul 1 pagi tapi mata still tak mau lelap...tak ngantuk...nak baca novel dah tak de mood..penat dah paler otak ni kottt...

Nape tak bole tido?? Sebabnya siang tadi saya bantai tido dari kul 3 - 5.30. Lamakan... tak penah saya tido selama tu..entah apa pasal lepas je saya demam ari tu (lepas book fair) saya mesti tido siang...tapi selalu tak lama, dalam 10 ke 15 minit je, paling lama pun 1/2 jam, tapi ari ni terlajak pulak..

Sepatutnya pagi semalam (sabtu) hb pegi Melaka, biasalah xtvt dia, tapi dia cancel. Tak sihat..sakit mata..akceli nak kata sakit mata pun bukan jugak, sebab mata dia bengkak macam kena timbit (bengkak yang ada punat tu).

Last week dia dah kena bahagian bawah sebelah kiri, hb ni memang selalu sakit macam ni. So last week jugak dia pegilah berbekam...bekam darah...eeiiiii ngeri saya nengok bekam dia tu, hb kata darah banyak, berlendir2, macam darah beku tu...

So lepas tu dah ok sikit mata tu, 2 hari lepas, dia gatal tangan gi picit mata tu sebab bengkak tu x mau hilang. Hari Jumaat ari tu, kat bahagian atas pulak bengkak, yang bahagian bawah tu makin teruk pulak jadinya...

Pagi semalam bila hb bangun, terus tak bole nak bukak mata tu, bengkak sungguh, kesian dia...dia kata pedih sangat mata tu, dah tu berair je pulak. So dia call balik tabib yang buat bekam tu (doktor perubatan homeopati), tabib tu suruh dia datang balik.

Kena bekam lagi, kat belah belakang bahagian atas dekat dengan bahu pulak, ari tu kat bahagian pinggang, tabib tu kata bengkak mata disebabkan resdung...hhhmmmm...

So hari ni tak keur rumah langsung, dah lah jiran depan rumah ni kenduri kawin esok, tak tau macam mana, harap2 esok dah ok, kalau tak kenalah pakai spek.

Sebelum tido tadi, hb kata badan dia tak sedap, rasa macam nak demam pulak....siannya hb ku ituu...

Saya pun akceli tak jugak nak bape sihat ni, ialah cuaca tak bape nak ok. Dari petang tadi hidung dah start berair...dan asyiklah terbersin...saya ni jenis yang malas sikit nak makan ubat, kalau betul2 tak larat baru saya telan, selagi bole bertahan saya akan bertahan..

Oklah...nak paksa jugaklah mata ni lelap....zzzzzzzz....

5 sentuhan jemari:

cikpuanpijan berkata...

alahai, macam-macam pulak sakit hb kak nina...tu la, kalau jarang sakit, sekali kena..mmg gitu kan...semoga akak dan hb lekas sembuh...MISS U SIS!!

edrina berkata...

org lelaki mmg selalu cam tu kan.. jarang sakit tapi kalau sakit tu mesti teruk..

Gi lah makan ubat selsema inaa.. malam2 ni elok makan..so leh tido lena..

get well soon..

daa..

ed kat hong kong ni ehehhee

nino mok berkata...

suh hb nina gi klinik. kena cek doktor jugak.lagi pun mata sangat sensitip. pastu boleh ulang gi bekam jugak.
akak kan bab2 mata ni sangatlah seriau.

norish berkata...

kesiannya kat kak ina n hb.. dua2 skali sakit..

ina @ nina @ infazety berkata...

fizan

mmg hb akak selalu kena sakit mata tu (timbit) setahun tu galak kali jugaklah kena, dia kata dah lama dia kena sakit mcm tu, b4 kami kawin lagi...

thanks dear...miss 2u!!!!

ed

welcome home....
mmg arr...derang ni jarang kena sakit tp bila sekali kena mmg tak bangun dibuatnya...

ubat selsema?? hehe..ina paling xsuka mkn ubat selsema ni sbb kesan ubat ni akan wat ina jadi lalok!!!

nino

penah sekali dia kena teruk tau timbit ni, siap ada punat yg klu picit akan keur nanah.

pegi klinik, doc bg ubat, doc kata klu xbaik gak, dia nk operate mata tu....ffuhhhh!!! hb ngeri lah kak.. sib baik baik tp penyakit ni berulang2 pulak...

norish..

tulah dik, sib baik anak2 dah besar pandai bawa diri, klu tak masak gak kita org ni...