Selasa, Jun 16, 2009

2 Hari 1 Malam Melaka


Sambungan untuk n3 yang lepas, kisah hari Jumaat & Sabtu. Kami bermalam ni Melaka Watercity. Cantik..memang cantik hotel ni...tapiiii...service sangatlah mendukacitakan.

Kami pergi 3 family (2 family kawan hb). Masa check in, kawan hb ni pun saje je lah tanya facilities yang ada, ialahlahkan, bila dah tengok kehebatan hotel ni, mesti kita nak tau facilities yang ada.

"Facilities yang ada buat masa sekarang ni, swimming pool je, cik". Inilah jawapan yang diberikan oleh si penyambut tetamu. Spa, gym, sauna...semua under renovation. Okey, no hal lah....bukannya nak duduk tiga, empat hari.






Biasalah, bila dah nampak swimming pool, budak2 yang terlebih exited. Puas dah dipujuk2, tunggu petang sikit sebab cuaca terlalu panas, tapi derang tetap berkeras nak mandi jugak. So, bagi tak menghampakan derang, kami pun turunlah ke kolam.

Hb dan kawan dia dah siap tukar baju, nak join sekalilah tu, saya tak adalah, macam biasa jadi penunggu tepi kolam je.








Kolam memang gah besarnya, boleh buat macam2 gaya, tapiiiii...air adalah paras pinggang aiman. Adakah patut??? Hb, langsung tak jadi mandi, budak2 je yang bergumbira. Tengoklah, siap ada gelongsor lagikan....hahaha tapiiii....adalah setengah jam budak2 tu bergumbira, turun naik gelongsor....air tiba2 stop. Air terjun tecik tu pun stop jugaklah.

Kawan hb gi lah tanya kat life guard yang duk terpacak kat tepi kolam tu. "Electricity tak adalah bang" inilah jawapan budak tu. Adussss!!! sungguh malang nasib anak2ku.. tapi biasalahkan letrik ada ke tak ada, derang tetap maintain mandi sampai ke petang.



Permandangan dari bilik. Saya suka tengok rumah ni. Cantik. Siap ada badminton court lagi. Kalaulah......




Ni permandangan dari tepi. Kolam yang mengelilingi apartment. Dalam kolam tu, derang bela ikan puyu, talapia & keli.



Duduk hotel biasanya ada b'fast kan. Kami pun dapat jugak b'fast untuk 4 orang. Dalam pukul 9.30 pagi, kami kaum2 ibu, turunlah ke coffee house. Nampak macam lengang je, ke kami yang lambat datang.

Masuk kat dalam coffee house tu, memang tak ada orang, cuma ada 2 staff hotel. Bila tanya pasal b'fast ni "hari ni kita orang tak ada b'fast lah kak" selamba badak je budak tu jawap. Layan pun nak tak nak je...saya apa lagi " kalau tak ada b'fast, nape bagi kupon ni kat kami ". Akceli bukanlah lapar mana, tapi sebab budak tu jawap nak tak nak, tu yang saya terlenting sikit.

Pergi lobby kaunter, budak tu jawap "kita orang ada technical prob, nanti kita orang refund duit b'fast ni" senangnya derang jawap, tak abis2 dengan technical prob.

Bila dah tak ada b'fast, kami apa lagi, cepat2 lah nak naik bilik. Kaum2 bapa kata nak b'fast kat luar, takut pulak kena tinggal. Sib baik cepat, jupe derang kat bawah, dah naik kete pun. Kalau kena tinggal tadi, berlaparlah kami ni....

Lepas b'fast, budak2 ni sibuk nak mandi lagi. Saya pulak gi announce kat derang yang air kolam dah penuh, dah capai tahap piawaian untuk mandi manda, lagi menggeletek lah derang nak mandi. Hb & kawan2 pun tumpang sekaki..

Kami, kaum2 ibu tak adalah turun. Kami lepak kat bilik sambil sembang2. Dalam pukul 12.30 derang naik. Siap2 mandi semua, kemas....dan check out.

U olls, tekalah bape kami dapat refund untuk b'fast....Hahaha...ada ke patut RM5.00 sorang, so, 4 orang jadi RM20.00 hinggit...grrrrr...

Sebab malas nak kecoh2 & bising2 kami pun redha je lah apa yang dapat tu. RM5.00 tu makan kat kedai mamak pun tak lepas lah weiiiii...

So....melaka watercity hotel...adalah di blacklist.

Dari hotel kami terus ke ladang serai & mangga, dan dari ladang kami terus ke majlis bertunang, cucu mak angkat saya dekat Ozana Impian. Akceli saya tak rancang pun nak pegi, tapi disebabkan Ozana ni dekat dengan hotel, saya pun singgahlah...tak sedap pulakkan, orang dah jemput, itu pun pergi dengan jeans & tshirt je.

Kami sampai pun, majlis dah selesai. Makan2, sembang2, terus minta diri sebab nak balik KL terus.


Pelamin tunang, cantik...tapi hb snap terlalu jauh pulak. Kamera saya dah KO. Nak kena tuka bateri, dah memang tak bole diselamatkan lagi.


Sampai KL lebih kurang pukul 7 malam, kete banyak gilerrsss kat highway...tapi tak lah sampai jam. Singgah makan kat Cheras & terus balik.


0 sentuhan jemari: