Khamis, Jun 18, 2009

Novel Lagi

Ahad lepas, saya & family ke Selayang. Menziarah ex ofismate hb yang baru keluar hospital. Paru2 dijangkiti kuman. Kesian kakak tu, kurus betul dia.

Balik dari rumah kawan hb, kami ke Pasaraya NSK Selayang. Akceli tak pernah lagi sampai ke Pasaraya ni, tapi orang selalulah kata, barang2 kat sini murah2. So, kami pun nak lah survey, apa yang murah sangat tu.

Tapi malangnya parking tak de. Agaknya betullah kot, murah dari tempat lain sebab parking pun penuh. Lagi pun, saya tengok tempat parking tak bape teratur, ada yang parking kat dalam (kat dalam pun tak banyak tempat), yang parking kat tepi2 jalan pun ada.

Malas nak buang2 masa, hb terus blah, kita orang pun bukan terdesak sangat nak berbelanja. Terus ke Sentul makan2. Tak penah lagi datang makan kat Sentul ni, tapi ok lah, best jugak.

Akceli time tu saya tunggu ex ofismate saya, Akma. Kami nak tukar2 novel. Akma ni memang selalu 'sedekah' novel2 yang dia beli kat saya. Tu sebab kat rumah saya dah kira boleh dibuat library.

Sebelum keluar ke Selayang saya dah call Akma, janji nak ke rumah dia, tapi dia nak keluar. So, kita orang janji nak jupe kat luar je.

Dalam pukul 8 malam kot, saya jupe Akma kat Bukit Bintang, kat tempat parking. Saya dengan 2 plastic bag, Akma dengan 3 plastic bag. Sakan kita orang ni. Memang sama2 ulat buku.


2 bag ni, dari saya untuk Akma, semua novel2 yang saya beli kat Book Fair.




Ini pulak, novel2 dari Akma untuk saya. Banyak gilerrss..Ada 35 buah. Itu pun ada 4 buah lagi yang dia tak bagi...Oh! Bila lah masa nak baca niiiiiiii...



1 sentuhan jemari:

Hz Njw berkata...

On top 2 cam nvl antik kak Haiza jerr..if U drop ur addres in my chat box, then I bley post my latest nvl Kalimah Jiwa, present jest 4 U..salamz