Selasa, Jun 30, 2009
Kembali OK
Posted by ina @ nina @ infazety at 10:38 PTG 0 sentuhan jemari
Labels: Blog
Jumaat, Jun 26, 2009
Tazkirah - Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Walau bagaimana pun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Posted by ina @ nina @ infazety at 9:00 PG 2 sentuhan jemari
Labels: Tazkirah
Isnin, Jun 22, 2009
Entah Kenapa..
Posted by ina @ nina @ infazety at 4:20 PTG 4 sentuhan jemari
Labels: Blog
Jumaat, Jun 19, 2009
Stok Novel Terkini
Kisah novel lagi ya u olls. Jangan jemu2. Saya ni kalau tengah suka, memang macam ni, terover meghoyan . Kali ni nak kisahkan tentang stok novel terkini. Kalau u olls perasan, saya memang ada buat satu kotak untuk list stok novel kat belah kanan di bawah blog ni.
Dulu saya pernah buat n3 untuk stok novel ni, n3 sebelum book fair. Ada 80 buah novel. Banyakkan. Masa book fair hari tu, adalah dalam 25 buah novel yang saya beli. Setengah daripada novel yang saya beli tu dah berjaya saya khatam.
Dan last week, ditambah pulak dengan novel2 pemberian Akma, makanya list jadi makin panjang. Macam tak percaya...dah ada lebih kurang 120 buah yang belum dibaca.
Nanti saya tunjukkan gambar stok novel saya. Nak kena kemaskan stor yang bersepah gilerr. Nak kena susun balik, dah berterabur. Sib baik stor tu kecik je. Kalau besar, rasanya lagi banyak barang yang tersumbat dalam tu.
Okey....ni listnya...ada penambahan dalam 40 buah dari list yang dulu.
1. abd rahim awang - ego (cesb)
2. abd rahim awang - generasi yang hilang (cesb)
3. abd rahim awang - kompilasi generasi yang hilang (cesb)
4. abd rahim awang - pulang (cesb)
5. abd rahim awang - realiti (cesb)
6. abd rahim awang - saka (cesb)
7. abd talib hassan - jerebu (cesb)
8. ahadiat akashah - katerina (ghost writter)
9. ahadiat akashah - kisah satu malam (ghost writter)
10. aina emir - matahariku (karnadya)
11. aina emir - nama aku N (karnadya)
12. ainon zaini - cinta kembali lagi (ebiza s.b)
13. ainon zaini - kembalikan cinta (ebiza s.b)
14. ainon zaini - kembara rindu di sakura (ibook)
15. aizam aiman - my angel (pts)
16. aizam aiman - my hero (pts)
17. amaruszati noor rahim - bila sena kembali berbunga (cesb)
18. amaruszati noor rahim - kasih sedingin salju (diwangsa)
19. amelly ann kising - sedetik cinta (ghost writter)
20. anis ayuni - sungguh aku cinta (alaf)
21. anis sofea - seharum kemboja (kaki novel)
22. anis zainol - cerita cinta (cesb)
23. anita aruszi - dedalu di hati (ibook)
24. anita aruszi - rembulan berdarah (kaki novel)
25. anwar razali - asmara seribu cinta (kaki novel)
26. athirah natasha - gerimis kasih (prima)
27. azian zahra - bukan sekadar rindu (nhf)
28. azira ahmad - rindu-rinduan (cesb)
29. azizah johor - ragam sekeping hati (cesb)
30. azlini hassan - ratu hatiku (cesb)
31. dina najat - seteguh kasih aina najihah (kaki novel)
32. dina najat - takdir cinta (nylea)
33. diya elora - cintanya kian membara (cesb)
34. diya elora - lagenda seribu kekasih (utusan)
35. durrah fatiha - seteguh cinta (alaf)
36. ebriza aminudin - dakapan kasih (roket kertas)
37. ebriza aminudin - maharkarya cinta (fajar pakeer)
38. eizda amani - ke pangkuan cinta (fajar pakeer)
39. elias hj idris - kehilangan (cesb)
40. eyman hykal - meniti maut (alaf)
41. fatinilam sari ahmad - antara dua hati (cesb)
42. fatin nabila - bahagia kasihmu (alaf)
43. fatin nabila - syurga di hati (alaf)
44. haizal najwa - bukan klon bukan duplikat (cesb)
45. hani fazuha - mengukir bahagia (alaf)
46. haslinda ismail - masih ada cinta (cesb)
47. hannaziera faiz - izinkan aku pergi (nylea)
48. hlovate - rooftop rant (jemari seni)
49. hlovate - tunas (jemari seni)
50. ida nardiel - seindah rindu (nylea)
51. ida rizyani / thalhah - haura harry (pts)
52. imaen - bohemian (jemari seni)
53. imaen - labyrinth (jemari seni)
54. izza aripin - dan mimpi pun bersatu (kaki novel)
55. izza aripin - kerana dia cinta (kaki novel)
56. izza aripin - sebenarnya cinta (nhf)
57. jessy mojuru - permaisuri hati (cesb)
58. john norafizan - garis-garis dejavu (jemari seni)
59. john norafizan - sempadan tanpa seri (cesb)
60. kamsiah abu - tidak ku pinta (prima)
61. khadijah hashim - trilogi khadijah hashim jilid 4 (k publishing)
62. khairyn othman - zahrah de tigris (jemari seni)
63. lamia aimal - tiga wajah (cesb)
64. lili rozita - bukan cinta biasa (ghost writter)
65. lili rozita - mewarna pelangi ( ghost writter)
66. lynn dayana - jika benar cinta (alaf)
67. majidah mat jusoh - dua dunia (pts)
68. majidah mat jusoh - dunia jam 10 (pts)
69. manjlara - persis sebutir pasir (jemari seni)
70. maya adelia - cinta sang pari-pari (nylea)
71. mimi afinie - bila dah suka (karnadya)
72. mina mahanie - seindah pelangi cinta (bmn)
73. muliati abdul - bahasa kalbu (rhythm)
74. najwa aiman - kasih kita (cesb)
75. nazawati - teluki itu untuk aku (jemari seni)
76. nazurah aishah - rahsia hati sofia (jemari seni)
77. noorsuraya - kebun mimpi (jemari seni)
78. noorsuraya - panggil aku dahlia (jemari seni)
79. nora ismail - serasi bersama (nb kara)
80. norhayati berahim - chinta (nb kara)
81. norhayati berahim - kasih yang tercalar (nb kara)
82. norhayati berahim - kembalikan cintaku (nb kara)
83. norhayati berahim - sakitnya sayang (nb kara)
84. nor rafishah md hassan - cinta di hati (fajar pakeer)
85. nur hazma - dialah di hati (utusan)
86. nuriazam ismail / s.iskandar - kutakluki angkasa (pts)
87. puteri andalas - tanpamu disisi (kaki novel)
88. puteri andalas - yang tak terluah (kaki novel)
89. qaseh qaisara - lagu cinta buatmu (fajar pakeer)
90. ramlee awang murshid - adam (alaf)
91. ramlee awang murshid - hatiku di harajuku (alaf)
92. rose harrisa - mulanya satu cinta (alaf)
93. ruby hazri - percayalah (jemari seni)
94. ryana - tautan kasih (alaf)
95. rynsa - radha (jemari seni)
96. samsiah mohd noor - anggerik kota (cesb)
97. samsiah mohd noor - helang bebas di angkasa (cesb)
98. sarnia yahya - cinta adalah cinta (fajar pakeer)
99. sarnia yahya - secantik anugerah (nb kara)
100. sarnia yahya - tiada yang kedua (alaf)
101. sharifah abu salem - biar rindu berlalu (alaf)
102. siti hasneza abdul hamid - sonata kasihku (cesb)
103. siti nur dhuha - akhir sebuah cinta (prima)
104. siti rosmizah - cinta kau dan aku (prima)
105. siti rozilah - biarkan aku sendiri (cesb)
106. siti rozilah - rindu yusof cinta zulaika (fajar pakeer)
107. syamimi aminolah - airmata kasih 2 (cesb)
108. suhaniza sulaiman - impian kasih (cesb)
109. suraya megawati - kasih yang terlerai (ibook)
110. ujang - jibam (cesb)
111. umi azrina - horizon cinta (alaf)
112. zetty zahira - dakapan asmara (nylea)
113. zetty zahira - setulus kasih ika (nylea)
114. zuraidah othman - kompilasi ada cinta dimatanya (cesb)
115. zuraidah othman - mr nice guy (ghost writter)
116. zuraidah othman - rindu terus berbunga (ghost writter)
117. zuriani mustaffa - aku bukan untukmu (prima)
Agak2nya bilalah habis semua2 tu ek. Kalau time aura membaca tu datang, memang sentiasa berkepit je dengan novel ni, tapi kalau aura tu dah pergi, nak pandang novel pun tak lalu.
Satu lagi yang menjadi persoalan saya, apa yang saya nak buat dengan novel2 yang dah abis saya baca tu, yang jadi penghuni stor tu. Kalau anak2 saya mewarisi hobi saya ni, maka dia amat2 lah bertuah. Kalau tidak...kat mana saya nak hantar novel2 tu??
Posted by ina @ nina @ infazety at 2:00 PTG 4 sentuhan jemari
Labels: Novel
Tazkirah - Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah D Dunia
Posted by ina @ nina @ infazety at 9:00 PG 2 sentuhan jemari
Labels: Tazkirah
Khamis, Jun 18, 2009
Novel Lagi
Ahad lepas, saya & family ke Selayang. Menziarah ex ofismate hb yang baru keluar hospital. Paru2 dijangkiti kuman. Kesian kakak tu, kurus betul dia.
Balik dari rumah kawan hb, kami ke Pasaraya NSK Selayang. Akceli tak pernah lagi sampai ke Pasaraya ni, tapi orang selalulah kata, barang2 kat sini murah2. So, kami pun nak lah survey, apa yang murah sangat tu.
Tapi malangnya parking tak de. Agaknya betullah kot, murah dari tempat lain sebab parking pun penuh. Lagi pun, saya tengok tempat parking tak bape teratur, ada yang parking kat dalam (kat dalam pun tak banyak tempat), yang parking kat tepi2 jalan pun ada.
Malas nak buang2 masa, hb terus blah, kita orang pun bukan terdesak sangat nak berbelanja. Terus ke Sentul makan2. Tak penah lagi datang makan kat Sentul ni, tapi ok lah, best jugak.
Akceli time tu saya tunggu ex ofismate saya, Akma. Kami nak tukar2 novel. Akma ni memang selalu 'sedekah' novel2 yang dia beli kat saya. Tu sebab kat rumah saya dah kira boleh dibuat library.
Sebelum keluar ke Selayang saya dah call Akma, janji nak ke rumah dia, tapi dia nak keluar. So, kita orang janji nak jupe kat luar je.
Dalam pukul 8 malam kot, saya jupe Akma kat Bukit Bintang, kat tempat parking. Saya dengan 2 plastic bag, Akma dengan 3 plastic bag. Sakan kita orang ni. Memang sama2 ulat buku.
2 bag ni, dari saya untuk Akma, semua novel2 yang saya beli kat Book Fair.
Ini pulak, novel2 dari Akma untuk saya. Banyak gilerrss..Ada 35 buah. Itu pun ada 4 buah lagi yang dia tak bagi...Oh! Bila lah masa nak baca niiiiiiii...
Posted by ina @ nina @ infazety at 2:00 PTG 1 sentuhan jemari
Labels: Jalan-Jalan, Novel
Rabu, Jun 17, 2009
Kisah Tentang Novel
Novel2 yang saya beli masa Pesta Buku lepas. Dalam 25 buah. Setahun sekali membeli. Memang sakan sikit. Hb pun terkejut bila tengok novel2 ni tersusun cantik bak KLCC.
Hb hairan bila masa saya berbelanja. Hb tak tau yang setiap kali saya pergi surau, saya sempat lagi bershopping. Tiap hari belilah dua tiga buah...10 hari dah jadi brape kan...haha...
Harta2 yang paling berharga.
dah siap cover. saya kureng sikit bila baca novel bila tak di cover. rasa macam sayang je..
setengah dari novel yang dibeli, berjaya saya habiskan dalam masa sebulan. tapi yang atas sekali tu, masih belum berjaya disudahkan. aura membaca dah merudum.
Posted by ina @ nina @ infazety at 9:30 PG 2 sentuhan jemari
Labels: Novel, Pesta Buku 2009
Selasa, Jun 16, 2009
2 Hari 1 Malam Melaka
Sambungan untuk n3 yang lepas, kisah hari Jumaat & Sabtu. Kami bermalam ni Melaka Watercity. Cantik..memang cantik hotel ni...tapiiii...service sangatlah mendukacitakan.
Kami pergi 3 family (2 family kawan hb). Masa check in, kawan hb ni pun saje je lah tanya facilities yang ada, ialahlahkan, bila dah tengok kehebatan hotel ni, mesti kita nak tau facilities yang ada.
"Facilities yang ada buat masa sekarang ni, swimming pool je, cik". Inilah jawapan yang diberikan oleh si penyambut tetamu. Spa, gym, sauna...semua under renovation. Okey, no hal lah....bukannya nak duduk tiga, empat hari.
Permandangan dari bilik. Saya suka tengok rumah ni. Cantik. Siap ada badminton court lagi. Kalaulah......
Pelamin tunang, cantik...tapi hb snap terlalu jauh pulak. Kamera saya dah KO. Nak kena tuka bateri, dah memang tak bole diselamatkan lagi.
Sampai KL lebih kurang pukul 7 malam, kete banyak gilerrsss kat highway...tapi tak lah sampai jam. Singgah makan kat Cheras & terus balik.
Posted by ina @ nina @ infazety at 1:15 PTG 0 sentuhan jemari
Labels: Bertunang, Melaka, School Holiday
Sabtu, Jun 13, 2009
2 Hari 1 Malam - Melaka
Penat + Letih + Ngantuk, semua ada sekarang ni. Saya baru balik dari Melaka. Sampai rumah dalam pukul 8.30 malam.
Saya bertolak ke Melaka semalam dalam pukul 10.30 pagi. Sampai sana pukul 12.30. tghari. Sampai hotel, konon2nya nak check in, tapi tak boleh. Check in time pukul 2 petang, so kami terus ke Pasaraya Mydin, lunch.
Pukul 2.30 barulah check in. Melaka Watercity. 2 bedroom apartment. Ala... hotel yang dikelilingi air tu, cantik...swimming pool pun besar gedabak, tapiiiiii....... Alamak!!! nanti sambung kisah hikayat ni lah ek!!
Gambar tak upload lagi....nanti saya berhikayat dengan gambar sekalilah...baru best!!! lagi pun penat sangat ni...tak bole nak pikir dengan tenang. Bantal dah memanggil-manggil.
Posted by ina @ nina @ infazety at 9:52 PTG 0 sentuhan jemari
Labels: Bertunang, Melaka, School Holiday
Jumaat, Jun 12, 2009
Tazkirah - Peringatan Buat Semua
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3 . Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR. Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an : Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Posted by ina @ nina @ infazety at 9:30 PG 0 sentuhan jemari
Labels: Tazkirah
Susahnya Nak Fikir Title
Apa pulak nak tulis hari ni. Kalau nak jadi blogger yang tegar 'wajib' ada n3 setiap hari. Betul ke, macam tu? Kalau betul, senang je kan.. taip dua tiga baris, posting, dapat satu n3. Esok, lusa, tulat, mulat dan seterusnya...maka jadilah seorang blogger tegar.
Tapi berapa ramai yang bole buat posting setiap hari? Saya tabik spring pada blogger2 yang sentiasa tak kering n3. Bukan senang setiap hari nak duduk depan pc/laptop menaip kisah2 yang berlaku dalam diri kita kan....
Saya ni pulak...bermusim orangnyer...kalau tiba aura rajin tu, bukan takat tiap2 hari ada n3, selang sejam pun bole buat, cuma...ada ke orang nak baca, kalau dah setiap jam ada posting baru? Nanti d chop giler menghoyan pulakkan...haha...
Tapi bila tiba musim virus M menyerang, satu apa pun tak menjadi. Bukan takat n3 je tak ada, nak jawab msg kat shoutbox pun tak lalu.
Haiiii...apalah yang saya merapu pagi2 buta ni kan..itulah time tido, tak mau tido...inilah jadinya...n3 merapu..
Akceli, saya tengah tunggu sumthing. Aiman download games, punyalah lama...dari pukul 9 tadi, sampai sekarang..dah pukul 1, tak jugak settle. Nak tutup, kesian pulak...dah nak abis, dah 90%.
Dalam pukul 9.30 malam tadi (khamis), saya pergi melawat orang baru balik dari umrah. Guru mengaji budak2 ni kat rumah lama dulu. Dia baru balik hari selasa. Seronok dengar dia cerita kisah di sana. Rindu dengan tanah haram. Teringat pengalaman saya ketika di sana dulu.
Pagi esok, kami sekeluarga akan ke Melaka, biasalah xtvt hujung minggu. Kali ni nak over nite kat sana..kesian pulak kat budak2, cuti sekolah tak pegi mana2.
Posted by ina @ nina @ infazety at 1:10 PG 0 sentuhan jemari
Labels: Jalan-Jalan, Weekday
Rabu, Jun 10, 2009
Karikatur
Tak ada pulak kisah nak d hikayatkan hari ini. Keadaan sudah seperti sediakala, adik & anak2 buah saya dah balik petang tadi, mak pulak ikut kakak ke Kedah.
Rumah yang macam tongkang pecah pun dah kembali pulih, biasalahkan bila dah ramai, macam2 jadi. Serba serbi bersepah, tu yang terlebih penat, tapi tak apalah, sekali sekala tetamu datang, kan tetamu tu datang bawa rezeki...alhamdullilah.
Petang tadi pun, lepas adik saya balik, kawan hb datang satu family, kawan ofis hb. Datang tiga beranak je...siap bawa kuih muih lagi...murah rezeki kami..alhamdullilah...
Dah dua tiga n3 saya tak ada gambarkan..kadang2 n3 yang tak ada gambar ni, nak baca pun tak syok...kihkihkih...so, n3 kali ni....saya letak gambar aiman, afiq & zati...layannnn!!!!
aiman...
afiq..
Penat Betul
Hari ni penuh dengan xtvt. Dari pagi sampai ke tengah malam.
Pagi tadi, saya, hb, mak + izzati gi jalan2 kat jalan TAR. Penat jugaklah, sib baik orang tak berapa ramai, kiranya bershopping dalam keadaan yang selesa.
Kami ke SOGO, tengah sales giler2. Mak beli handbag & bedsheet (ini memang murah giler, 70% disc. rambang mata memilih). Saya kalau bab2 bedsheet ni memang kelip2 mata nengoknya. Kalau hb tak ikut tadi memang saya rembat satu, tapi sebab hb ikut saya tak jadilah merembat.
Saya dah siap tayang2 ngan hb, hb geleng paler. Hb kata kat rumah ni yang belum pakai pun ada dua, tiga lagi. Hisy!!! geram....
Lepas SOGO kami ke GULATIS beli kain ela....kan RAYA tinggal 3 bulan je lagi. Kat sini pun sales giler2 jugak, hb siap offer, suruh amik 1, tapi saya tak maulah. warna & corak macam tak bape nak menariklah. Malaslah pulak nak menambah koleksi kain, yang ada tak buat baju lagi pun ada tiga empat helai lagi.
Sejak dah bersara ni, bukannya ada buat baju pun. Kalau dulu rajin jugak sebab memang tiap2 hari ke ofis berbaju kurung.
Lepas lunch, terus balik, tak bole berlama2 sebab budak2 tinggal kat rumah. Sebelah petang mak, adik2 & anak2 buah saya ke Tesco. Saya tak ikut dah, tak larat sebab migrain. Lepas telan ubat terus tido.
Malam, pergi rumah kakak saya kat Bukit Beruntung. Dalam pukul 8.30 sampai kot. Jalan jam sikit dekat area Rawang. Rumah kakak tengah renovate...aduhhh!!! habuk...teruk sangat. Lepas makan, sembang2 terus balik. Mak & adik2 saya tido kat rumah kakak.
Saya sampai rumah tadi dalam pukul 11.30. Fuhh!!! Penat...bukan bole terus tido. Baju dalam mesin basuh setambun, so kenalah settle kan dulu.
Dalam pukul 12.30 tadi settle semua keje....tak tido lagi, layan games pulak...bukan apa...rehatkan minda..haha...
Esok, tak tau apa pulak kisahnya........
Posted by ina @ nina @ infazety at 1:30 PG 2 sentuhan jemari
Labels: Jalan-Jalan, Tetamu
Selasa, Jun 09, 2009
Ramainya Tetamu
Hari ni report awal sikit dari biasa. Huarrggggg!!!! Nauzubillah....ngantuklah pulak. Menguap kali ke bape entah ni...penat sikit hari ni. Tetamu ramai kat rumah. Mak, adik + family dan anak2 buah saya tiga orang. Penuh...bising ngan suara budak2 bermain.
Saya dah usung laptop masuk bilik. Kat ruang tamu dah bentang comforter, tido ramai2. Derang sampai tadi dalam pukul 5.30 petang. Mak saya siap bawak lauk, gulai lemak udang + nenas.
Tadi saya masak ikan patin stim, yang saya dapat semalam. Criter semalam tak hikayatkan lagi, gambar pun tak sempat nak upload.
Esok nak bawak mak jalan2 gi ukur Jalan TAR..haha..mak nak gi shopping untuk RAYA. Hisy!! Nape semua orang gi shopping RAYA?? 3 bulan lagi nak RAYA, pejam celik, pejam celik, cepatnya masa berlalu. Puasa tahun lepas pun tak habis ganti lagi. Ha! U olls macam mana? Dah langsai hutang puasa??
Dulu time keje, senang je nak ganti puasa ni. Selalu buat hari Isnin & Khamis, tapi sejak bersara ni, macam susah sikit nak mengganti....hhmmm...macam2 alasan saya nikan.
Gambar2 nanti saya upload kemudian. Tiga, empat hari ni saya akan bz sikit.
Posted by ina @ nina @ infazety at 12:05 PG 3 sentuhan jemari
Labels: Tetamu
Isnin, Jun 08, 2009
Normal ke Tak?
Laaaa...dah pukul 1.30 pagi...nape tak ngantuk lagi ek? Saya ni normal ke tidak? Susah betullah mata ni nak lelap. Nak kena telan ubat tido ke? Oppsss...tak kan macam tu sekali kan. Orang yang telan ubat tido ni biasanya orang yang ada masalah je...
Pagi semalam saya ikut hb ke rembau, tengok perkembangan penternakan ikan keli. Nantilah saya cite...gambar tak upload lagi. Balik dalam pukul 2 petang, lepas je masuk tol senawang, saya terus zzzzzzzz.... agaknya tu sebab malam ni susah sikit nak lelap kot..
Tapi bukannya lama sangat, dalam setengah jam je...itu pun tak bape lena. Hb bising ajak sembang...dia pun ngantuk...biasalahkan....cuaca panas lepas tu kena aircon tu yang berat je kelopak mata..
Hey! Saya nak tido la...nak paksa mata ni lelap jugak...thanks 2 norish 4 da nasihat...
Posted by ina @ nina @ infazety at 1:30 PG 0 sentuhan jemari
Ahad, Jun 07, 2009
Kisah Di Hari Sabtu..
Hey!! Dah pukul 12.30 pagi...haiiii...lambat lagi lah saya tido ni. Kan semalam saya ada post satu n3 pasal saya tak bole tidokan...u olls tau tak saya tido pukul bape?? Hahaha...saya tido dikala azan subuh bergema...saya 'cuti', so teruslah zzzzz...
Saya bangun dalam pukul 8.30, hb dah siap2 nak pegi Melaka...penatnya tapi tak mengantuk, terus je buat keje umah macam biasa.
Dah tinggal anak beranak malaslah pulak nak masak, tapi memang saya cuti memasak setiap weekend. Biasanya kalau kami tak balik kampung, hb yang ambil alih tugas memasak ni. Penat dah weeeiiii, tiap2 hari masak ni...sampai tak tau nak pikir lauk apa dah....
So, lunch tadi kami anak beranak mengadap maggie....haha...sangat tak patut saya kan... tapi apa bole buat...budak2 ni bila saya kata nak masak maggie je...bersorak kesukaan...saya pun tak pahamlah budak2 ni, entah apa yang sedap makan maggie pun tak tau...derang ni kalau hari2 saya hidang maggie pun lalu jugak derang makan...tapi tak baikkan untuk kesihatan, so kenalah sekat2 selera maggie tu..
Tadaaa..jus mangga...mabeles sungguh, manis berlemak...RAI jangan jeles, next week balik M'sia pulun sakan2 jus mangga ni...suruh Idzmi buatkan...
Rasanya semalam macam terlebih rajin lah pulak....haha...lama dah tak makan agar2 laici, terus saya selongkar lemari dapur, cari agar2...fuh!! sib baik ada...maka operasi pun bermula..
bahan-bahannya..
asingkan 3 warna...nak bagi colorful sikit..
dah sejuk yang 3 warna tu, hiris2kan bagi kecik, so campurkan lah tiga2 tu..
saya buat dalam bekas kecik2 ni, senang nak makan, kalau buat dalam loyang, susah sikit nak potong, sebab ada laicikan, tapi laici tu saya dan blen bagi hancur..
Dah siap...
Tadaaaaa....sedia untuk dimakan...sejukkan lagi best...
Panasnya petang semalam, sampaikan saya kena migrain. Lama saya tak kena penyakit ni, kalau dulu bole dikatakan every week mesti akan kena, tapi alhamdullilah lepas saya makan produk healin, dah jarang dapat sakit ni.
Lepas telan ubat, saya terus baring depan tv...tak larat dah...urat kat paler belah kanan pun dah timbul...saya kalau demam, insyaallah bole tahan lagi kalau tak makan ubat, tapi kalau kena migrain mesti nak cepat2 makan ubat...sakit migrain ni macam rasa nak tarik2 je rambut, tak pun hentak2 paler kat dinding, kalau yang lagi teruk siap muntah bagai...
Makan malam pun saya minta tolong adik ipar yang belikan, tak larat..hb balik lambat pulak tu. Hb sampai rumah dalam pukul 9.00 mlm, kami anak beranak tengah makan.
Hb bawa balik ubi kayu satu paket besar. Entah menu apa nak buat dengan ubi tu. Sebelum ni, saya bawa balik kampung ...mak saya buat macam2 dengan ubi tu, masak gulai lemak (1st time saya makan...oklah no bad), buat lepat. Adalah dua tiga kuih lagi yang mak buat...
Dah dekat pukul 1.00 pagi, nak tido...esok nak ikut hb pegi rembau tengok ikan keli...
Posted by ina @ nina @ infazety at 1:00 PG 3 sentuhan jemari
Labels: Masak Time, Weekend